Respon 10 Tahun E-Bacaan (14) dan Haji

 

From: janggutputih
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, March 15, 2012 9:59 AM
Subject: 10 tahun...


Salamun'alaikum...

Atas kehendak Allah, laman web e-bacaan telah berusia 10 tahun. Atas kehendak-Nya juga, saya telah bertemu dengan laman ini. Terima kasih kepada Allah, kerana laman ini telah banyak membuka minda dan mencelikkan mata saya mengenai ayat-ayat-Nya.

Semoga Allah rahmati sahabat dalam meneruskan perjuangan.

Salam.


Salamun alaikum,

Atas kehendak-Nya juga kami menerima e-surat sahabat. Terima kasih. Mohon maaf atas kelewatan membalas. Sejak kebelakangan ini terasa berat untuk menulis. Telah cuba beberapa kali namun berkesudahan dengan memadamnya pula.

Lebih berat dirasakan apabila cuba merujuk Concordance untuk menyenaraikan ayat-ayat mengandungi beberapa kalimat yang antaranya dipohon oleh pembaca. Keadaan jadi lebih buruk apabila senarai didapati panjang.

Demikianlah itu ada kaitan dengan kesihatan, dan beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan, misalan kunjungan ke Mekah.

Beberapa tahun lalu kami telah cuba pergi ke sana pada tiga bulan haram selepas bulan Haji. Setelah kian lama menunggu kami diberitahu pihak berkuasa di sana tidak keluarkan visa dalam tempoh tersebut.

Kemudian baru-baru ini seorang sahabat yang baru balik dari umrah beritahu paspot pengunjung diambil sejurus selepas keluar dari lapangan terbang, setelah tiba di sana (dikembalikan ketika hendak balik ke Malaysia). Bermaksud, pengunjung tidak bebas untuk melakukan sesuatu aktiviti bersendirian, contoh, melawat Arafah. Aktiviti seperti itu hanya dapat dilakukan dengan kumpulan.

Justeru, pengunjung tidak dapat dipisahkan daripada kumpulan yang ditetapkan. Kumpulan seperti itu pula menimbulkan masalah bagi orang-orang Qur'an, misalan, mereka terpaksa memakai ihram, dan dalam Haji pula, terpaksa berada di Arafah pada 9hb bukan 1hb seperti difahamkan daripada al-Qur'an.

Pendek kata, peribadatan di sana tidak dapat dilaksana sepenuhnya menurut petunjuk Allah daripada al-Qur'an.

Dalam kebuntuan ini tiba pula sepucuk surat daripada seorang sahabat, membawa cadangan mengenai kunjungan tersebut, yang dapat dibaca di bawah ini:


From: husmali
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, March 22, 2012 8:00 PM
Subject:


Tuan Pengurus Laman
Semoga berada di dalam PengasihanNya.

Salamun Alaikum,

Tujuan pertama saya adalah untuk memesan Quran terjemahan Inggeris, Arberry semoga masih ada stok lagi.

Kedua, saya ingin sekali mencadangkan diadakan rombongan umrah yang dipimpin oleh Tuan Pengurus Laman sendiri. Ini supaya kita pun dapat ber-umrah ke Mekah dengan sahabat2 yang lain yang teguh berpegang dengan Quran satu-satunya,

Ini kerana memandangkan kesukaran yang mungkin akan kita hadapi dalam kerjakan umrah dengan jemaah2 mereka dan pasti akan terkongkong dengan travel agency yang tidak mengikut sepenuhnya petunjuk daripada Allah.

Semoga dapatlah Tuan mencetuskan pandangan dalam hal ini dan Allah bentangkan jalan.

Allah disanjung!

husmali
 

Kesedihan bertambah setelah membaca surat di atas. Kami mohon maaf kerana tidak dapat buat apa-apa, kecuali sabar dan memohon ampun kepada-Nya sahaja.


Kembali kepada surat pertama. Memang rasa bersyukur dapat bertemu sahabat di sini. Andaikata kami menuruti suatu nasihat tujuh tahun lalu (supaya laman web ini ditutup) maka kami tidak akan kenal seorang yang berjanggut seperti kami, berwarna putih, walaupun janggut kami dicukur setiap kali pergi ke kedai gunting rambut.

Alhamdulillah. Allah disanjung!


27 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman