A Request

 

From: Andreus .Devoni
To: ‘Pengurus Laman’
ebacaan@yahoo.com

Sent: Sun, Aug 17, 2014 5:41:32 PM 
Subject: Re: Salam 1435 Hijrah ;-) 
 

Salam,

 

I'm devastated to have received this news. I'm shocked, I must say that my tears are still flowing.

 

I apologize for replying late. I hope you are well. Are you Pengurus Laman's daughter? I'm very pleased to hear from you. Your father's work meant a lot to me. He mattered, his existence was just as significant, his honesty in conveying the Quranic message was undeniably great and he had done impeccably so. He has taught me a lot since I first encountered this website in 2011.

 

Kali terakhir saya bercakap (email) dengan bapa saudari, pada bulan Ogos 2013, selepas itu, saya tidak mendengar apa-apa khabar berita lagi darinya. Saya pelik juga sebab saya ada hantar email beberapa kali tapi saya anggap mungkin beliau sibuk dan tak dapat membalas email-email saya. Sejak itu saya tunggu artikel-artikel baru tapi tiada. Nampaknya, jawapan yang saya cari, telah saya terima hari ini, dengan sedih. 

 

Selama 2 tahun saya ada berniat untuk bertemu dengan bapa saudari, saya cari informasi dari internet dan hanya dapat tahu tentang sejarah perjuangan beliau dan KA dalam memperjuangkan Kesusasteraan Bahasa Melayu dan Al Quran. Sejak dari tahun 1980an, arwah bapa anda adalah seorang ilmuan yang amat luar biasa, pemikirannya jauh ke hadapan berbanding sasterawan dan akademik yang lain. Sayangnya, kita berlatar-belakangkan pegangan turun-temurun, dan golongan-golongan rasional seperti bapa saudari dianaktirikan dan mereka digelar Anti-Hadis dan sebagainya. Golongan Al-Quran masih wujud, dan semakin berkembang, bapa saudari adalah salah seorang Muslim yang menyumbang kepada cabang ilmu ini. Izinkan saya untuk mengatakan bahawa penulisan dan karya beliau dalam memperjuangkan Al Quran telah membawa ramai orang Melayu Islam kembali kepada ajaran Al Quran, biarpun hanya Allah dan saksi-saksi di sepanjang kehidupan beliau yang tahu akan keperitan dan kesusahan beliau dalam menerima tohmahan dan cacian golongan yang tidak mahu membuka minda dan hati. 

 

Laman web eBacaan ini pernah disekat pada tahun 2012, dan saya terpaksa guna IP Proxy untuk melawatnya. Dan Alhamdulillah berjaya, teringat kata-kata arwah yang bersandarkan Al Quran yang berbunyi lebih kurang begini: "Jika ilmu pengetahuan datang kepada seseorang dari Allah, tiada kuasa lain yang dapat menahannya.". Jika dulu buku-buku beliau dikritik, ditapis, di'banned' dan diharamkan, maka, Allah memberi ruang jalan yang baru, melalui teknologi, dan internet telah menghubungkan golongan-golongan yang mencintai Al Quran tidak kira masa. Walaupun ada penghalang, tetap ada jalan lain yang dapat membawa kita kepada petunjuk dan kebenaran.

 

Yang hidup pasti mati. Satu kehilangan teramat besar bagi golongan yang telah menjadi sebahagian dari perjuangannya dan penulis-penulis yang sudah biasa berbicara dengannya, juga pembaca-pembaca yang mencintai Al Quran dan pastinya saya akan rindu akan kata-kata arwah tentang kisah-kisah dan celotehnya yang semuanya berlandaskan ajaran Al Quran. Segala nasihat dan buah pemikirannya yang diplomatik dan begitu bernas sekali tidak akan saya lupakan sepanjang hayat.

 

TERIMA KASIH PENGURUS LAMAN. 

DOA SAYA SEMOGA ALLAH MENEMPATKANNYA DI KALANGAN ORANG-ORANG

MUKMIN DI FIRDAUSI. 

 

Tidak sempat bertemu arwah, banyak yang saya ingin tanya kepada beliau, untunglah saudari kerana mendapat asuhan dan ajaran dari bapa dan sudah pasti banyak ilmu-ilmu yang dikongsinya. Alangkah baiknya, saya berharap agar laman web ini dapat diteruskan, walaupun dengan tujuan sebagai rujukan, biarlah ia 'hidup' dan ini adalah warisan karya yang dapat diselamatkan. Saya akan tetap melawati eBacaan.

 

Bolehkah saudari menunaikan permintaan saya, jika tidak keberatan, bolehkah saudari memaparkan tulisan ini ke dalam laman web dengan tujuan saya ingin menyampaikan mesej ini juga kepada teman-teman pencinta Al Quran yang lain, sebagai luahan hati.

 

Arwah adalah guru saya, guru virtual yang sempat membuka mata dan hati saya dengan izin Allah, walau sekejap, saya dikurniakan sebuah kebahagiaan iaitu HATI KEMBALI KEPADA AL QURAN.

 

Salam Ikhlas, dan mohon maaf atas kekhilafan dalam bicara ini.

 

Take Care.