Dzkrillaah itu Mengingati Allah atau Peringatan Allah?
Semasa menyemak kegunaan kalimat dasar dzakara dan terbitannya yang
berada di dalam al-Qur'an, terbit suatu kehendak untuk membetulkan
terjemahannya yang sedia dipakai di Bacaan. Ia kerana kalimat tersebut membawa beberapa
erti
seperti
ingat atau sebut, atau peringatan
yang lazim ditujukan kepada Kitab atau ayat-ayat-Nya. Maka pembetulannya adalah
atas pilihan perkataan-perkataan tersebut.
Namun, yang paling ketara dalam pembetulan itu ialah mengenai frasa Mengingati Allah yang sudah lama dipakai umum.
Frasa tersebut diterjemah daripada kalimat-kalimat dzakaruullaaha (3:135, 26:227), dzakaruunallaaha (3:191), dzakarallaaha (33:21), dzaakiriinallaaha (33:35) dan laa yadzkuruunallaaha (4:142) yang bermaksud "tidak mengingati Allah".
Kesemua mereka didapati tepat apabila diterjemah kepada
Mengingati Allah setelah merenungkan konteks ayat yang mengandungi mereka.
Akan tetapi, tidak begitu pula didapati bagi kalimat
dzkrillaahi atau
dzikrullaahi apabila diterjemah kepada
Mengingati Allah. Kerana majoriti daripada perkataan dzkri atau
zikir didapati
sesuai dengan maksud peringatan. Daripada 76 perkataan dzikr yang
terdapat di dalam al-Qur'an hanya 10 didapati tidak sesuai diterjemah kepada
peringatan, tetapi kepada ingat atau sebut. Sila lihat
di sini.
Sebagai contoh ialah frasa ahli zikir yang tidak bermaksud orang yang tahu dalam mengingati (Allah) tetapi tahu dalam pengetahuan Kitab atau Peringatan (16:43 dan 21:7).
Oleh kerana dirasakan tidak begitu sesuai maka frasa Mengingati Allah ditukar kepada Peringatan Allah bagi dzkrillaahi atau dzikrullaahi.
Misalan, ayat pertama daripada kalimat pertama tadi yang berbunyi (setelah
Mengingati Allah ditukar kepada Peringatan Allah):
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
Jika ia Mengingati Allah maka akan timbul redundant kerana kehadiran amalan solat di situ yang turut membawa maksud mengingati Allah.
Selain itu, apabila direnungkan kegunaan perkataan halangi di dalam al-Qur'an ia banyak sekali dituju kepada menghalangi jalan Allah dan lain yang berkaitan dengan Peringatan seperti Masjidil Haram, ayat-ayat Allah, petunjuk, atau berperang.
Malah ayat yang menyusul didapati menyebut mengenai ayat-ayat al-Qur'an pula, atau Peringatan, berbunyi,
5:92. ..... Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanya untuk sampaikan yang jelas.
Ayat kedua, yang lazim mengandungi Mengingati Allah tetapi kini ditukar kepada
Peringatan Allah bermaksud:
dengan Peringatan Allah - dengan Peringatan Allah, hati jadi tenteram.13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram
Alasan yang menguatkan untuk berbuat demikian terkandung di dalam mesej ayat sebelum, di mana tersurat perkataan tidak percaya, sesat dan petunjuk yang berkait rapat dengan Peringatan:
13:27. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada-Nya semua yang berkesesalan."
Mungkin tidak dapat dinafikan bahawa ayat-ayat Allah, atau Peringatan, memang dapat mententeramkan hati, seperti didapati disebut ayat 39:23 yang bakal dibincang di sini.
Selanjutnya, diutarakan ayat mengandungi dzikrillaahi
yang
ketiga:
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
Kehadiran perkataan pesong dan solat mendorong kepada pertukaran maksud daripada Mengingati Allah kepada Peringatan Allah. Ia ditambah dengan konteks ayat, yang pada hemat penulis bermula dari dua ayat sebelum, 24:35, iaitu ayat "Cahaya" yang berakhir dengan "
Allah beri petunjuk kepada Cahaya-Nya siapa Dia hendaki".Turut menguatkan ialah bunyi dua ayat selepas, 24:39, yang bermula dengan "Dan orang-orang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas..."
Kerana
berkontekskan petunjuk dan ayat-ayat Kitab maka frasa Peringatan Allah
disematkan pada ayat
24:37.
Ayat keempat yang ditukar maksud ialah:
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Adalah dirasakan bahawa perkataan cahaya dan sesat yang berada di dalamnya lebih menjurus kepada Peringatan daripada Mengingati.
Di samping itu, pada ayat yang menyusul, iaitu yang kelima dalam pembetulan, tercangkuk pula perkataan petunjuk yang mengiakan lagi pertukaran yang dibuat. Ayat tersebut berbunyi,
39:23. Allah turunkan hadis paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
Beralih kepada ayat keenam, iaitu yang terakhir. Perkataan pesong muncul
lagi. Ayat tersebut berbunyi,
63:9. Wahai orang-orang yang percaya, jangan harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada Peringatan Allah; sesiapa buat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.
Ayat adalah mengenai nafkah yang banyak disebut di dalam Peringatan-Nya, dan ia mampu dipesongkan oleh faktor harta dan anak-anak.
Namun begitu, terdapat pula pengecualian, di mana kalimat dzikrillaahi
kekal diterjemah kepada Mengingati Allah kerana pengaruh konteks
ayat. Ayat tersebut berbunyi,
62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingati Allah, dan tinggalkan jual beli, itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu.
Ia menjadi kekal kerana amalan solat ialah Mengingati Allah.
Akhir sekali diturunkan satu-satunya ayat mengandungi kalimat dzikrullaahi
berbunyi,
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.
Frasa yang lazim dipakai di situ, Mengingati Allah, ditukar kepada Peringatan Allah kerana topik bagi ayat ialah membaca ayat-ayat al-Kitab. Justeru, perkataan Peringatan adalah lebih tepat untuk diguna, sekali gus menunjukkan ia lebih besar daripada (kebesaran) amalan solat.
Dengan pertukaran tersebut, kemusykilan mengenai mengingati Allah menjadi lebih besar daripada solat dapat dihuraikan.
Demikian pendapat penulis atas pertukaran maksud bagi kalimat dzikrillaahi
dan
Allah disanjung!
~ Sila rujuk kalimat Zikir/Ingat di dalam al-Qur'an
Penulis
Bacaan
20 Sept 2013
Artikel /
English
Articles
Halaman Utama Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis
kepada
Pengurus Laman