Kepuasan hati Manusia
Manusia ingin hidup berpuas hati di dunia dan di akhirat. Namun, itu bukan yang pertama dipelajari daripada ayat-ayat mengandungi frasa berpuas hati di dalam al-Qur'an. Sebaliknya ia menyebut orang-orang yang tidak berpuas hati - terhadap golongan lain, atas kepercayaan, - selagi golongan tersebut tidak ikut anutan mereka. Mereka adalah orang-orang Yahudi dan Kristian.
"Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, 'Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.' Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong." (2:120)
Golongan yang menyebabkan mereka tidak berpuasa hati terdiri daripada orang-orang yang ikut Petunjuk Allah, diturunkan kepada Nabi, dan golongan tersebut seterusnya didapati diuji oleh kumpulan lain pula.
Kumpulan ini ikut wahyu syaitan-syaitan jenis manusia dan jin, berupa ucapan yang indah-indah, tetapi palsu, untuk menipu, demi melawan apa diturunkan kepada Nabi. Mereka adalah musuh Nabi, dan orang-orang yang ikut, adalah bukan daripada golongan Nabi, walaupun apa yang mereka datangkan dikatakan wahyu.
"Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
Dan supaya hati orang-orang tidak percayai akhirat condong kepadanya, dan supaya mereka sangat puas hati dengannya, dan supaya mereka memperoleh apa yang mereka perolehkan." (6:112-113)
Mereka akan berasa sangat berpuas hati apabila manusia jadi condong kepada apa yang mereka ada-adakan. Lalu manusia akan berhakimkan kepada apa yang mereka usahakan. Akan tetapi, ayat menyusul (6:114) dengan jelas mengatakan bahawa Nabi (dan golongannya) tidak akan ikut mereka tetapi hanya berpegang, tanpa ragu-ragu, pada Kitab yang diturunkan Allah.
Ayat tersebut berbunyi "Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu."
Maka dapat disimpulkan daripada keterangan di atas, bahawa antara perkara-perkara yang mampu buat manusia berpuas hati adalah bersangkutan dengan anutan atau agama, dan kitabnya - diringkaskan seperti di bawah:
orang lain jadi seanutan
orang lain ikut selain al-Qur'an
Ayat kedua dalam susunan kronologi ialah mengenai kiblat yang memuaskan hati, dan diikuti ayat mengenai saksi dalam kontrak. Keterangan dipendekkan seperti berikut:
kiblat itu Masjidil Haram:
"Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan." (2:144)
saksi dalam kontrak:
"Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu." (2:282)
(Saksi-saksi yang tidak memuaskan hati diganti dengan orang-orang lain.)
Selanjutnya disebut mengenai kehidupan dunia, dan benda-benda bercangkuk seperti tempat tinggal, ahli keluarga, harta benda, dan perdagangan, yang menerbitkan kepuasa hati manusia.
tempat tinggal dan lain:
"Katakanlah, 'Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.'" (9:24)
(Segala benda yang disebut itu tidak seharusnya lebih dicintai daripada Allah, Rasul-Nya dan berjuang di jalan-Nya supaya tidak jadi orang-orang fasiq.)
kehidupan dunia:
"Wahai orang-orang yang percaya, mengapakah kamu apabila dikatakan kepada kamu, 'Berperanglah di jalan Allah', kamu menyerap dengan berat kepada bumi? Adakah kamu sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini daripada akhirat? Namun begitu, kesenangan kehidupan dunia ini, dibandingkan dengan akhirat, adalah suatu yang sedikit." (9:38)
(Keutamaan telah ditetapkan, iaitu akhirat, bukan kesenangan kehidupan dunia yang dikatakan sedikit berbanding kehidupan di akhirat.)
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, dan yang sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami, Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka usahakan." (10:7-8)
(Lalai daripada ayat-ayat Allah berkait rapat dengan kehidupan yang sangat berpuas hati serta tenteram dalam kehidupan dunia.)
Terdapat satu lagi Peringatan mengenai kehidupan dunia dan kepuasan hati yang sebenar. Ia menjelaskan mengenai kehidupan dunia pula:
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang tidak percaya; kemudian ia jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian ia jadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan ampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan." (57:20)
diberi sedekah:
"Antara mereka cari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.
Sekiranya mereka sangat puas hati dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya beri mereka, dengan berkata, 'Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan beri kami daripada pemberian-Nya, dan Rasul-Nya; kepada Allah kami harapkan.'" (9:58-59)
(Bila diberi rasa puas hati, tapi bila tidak diberi naik marah pulak! Marah kepada siapa? Sepatutnya mereka rasa puas hati dengan apa mereka ada, yang diberi Allah.)
Telah disebut mengenai berjuang dan berperang di jalan Allah dalam beberapa ayat puas hati sebelum ini. Perkara disebut lagi dengan ceritakan pula mengenai orang-orang yang sangat berpuas hati bila tidak pergi berperang - satu tindakan yang menyebabkan mereka jadi tidak memahami dan tidak tahu.
tidak pergi berperang:
"Maka, jika Allah kembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka minta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat puas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal.'" (9:83)
"Mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak faham." (9:87)
"Jalan hanyalah kepada orang-orang yang minta izin kepada kamu, padahal mereka orang-orang kaya; mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah letak satu penutup pada hati mereka, maka mereka tidak tahu." (9:93)
Dan akhir sekali, dalam senarai perkara-perkara bangkitkan kepuasan hati manusia, ialah mengenai bekas isteri yang dirujuk balik. Mereka akan sangat puas hati atas apa yang diberi.
bekas isteri yang dirujuk kembali:
"dan jika kamu (Nabi) ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikianlah itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun." (33:51)
Turut diceritakan di dalam al-Qur'an ialah orang-orang yang cuba memuaskan hati atau menyenangkan hati orang lain, contoh, hati Nabi. Tetapi mereka adalah orang-orang fasiq, dan bukan juga orang-orang mukmin. Dua ayat di bawah menjelaskan lebih lanjut:
"Bagaimanakah, jika mereka atasi kamu, mereka tidak akan endahkan sebarang pertalian atau perjanjian dengan kamu? Mereka menyenangkan hati kamu dengan mulut mereka, tetapi di dalam hati mereka menolak, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)." (9:8)
(Mulut dan hati tidak sedenyut.)
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan Allah, untuk menyenangkan hati kamu; tetapi Allah dan Rasul-Nya - adalah lebih berhak untuk mereka menyenangkan hati-Nya, jika mereka orang-orang mukmin." (9:62)
(Menyenangkan hati-Nya, bukan hati Nabi/Rasul.)
Sehubungan itu, Nabi juga telah cuba memuaskan hati isteri-isterinya, tapi dengan cara tidak betul!
"Wahai Nabi, mengapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih." (66:1)
Ayat pertama tadi ada menyebut Petunjuk Allah. Mereka yang ikut Petunjuk Allah, atau al-Qur'an, akan disimbah dengan kata-kata buruk oleh orang-orang tidak percaya kepada-Nya. Atas kebenaran ini, Allah menjelaskan supaya mereka berasa sangat berpuas hati dengan melafaz sanjungan kepada-Nya, dan memuji-Nya pada waktu-waktu tertentu.
"Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat puas hati." (20:130)
Namun, perasaan puas hati yang sebenar-benarnya hanya dapat dikecapi di akhirat, oleh orang-orang yang jiwa mereka tenteram, iaitu yang bertakwa kepada Allah, dan mereka selanjutnya didapati menyucikan diri dengan memberi harta mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan.
"Wahai jiwa yang tenteram, Kembalilah kepada Pemelihara kamu, dengan sangat berpuas hati, sangat memuaskan hati!
Masuklah kamu di kalangan hamba-hamba-Ku! Masuklah kamu Taman-Ku!" (89:27-30)
"Dan daripadanya (Api), orang yang sangat bertakwa akan dijauhkan, Yang beri hartanya untuk menyucikan dirinya, Dan tidak memihak dalam kurniaan kepada seseorang untuk dibalas, Hanya menginginkan Wajah Pemeliharanya, Yang Tinggi, Dan sungguh, dia akan berpuas hati." (92:17-21)
Di situ saja. Semoga sangat berpuas hati :)
Allah disanjung!
Sila rujuk kalimat Puas Hati.
Penulis Bacaan
2 Okt 2011
Artikel /
English
Articles
Halaman Utama Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman