Surah 5
MEJA
HIDANGAN
(120 ayat)
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:4. Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, "Kami dengar, dan kami taat." Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah tahu apa yang di dalam dada.
5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
5:9. Allah janjikan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, bagi mereka ampunan dan upah yang besar.
5:10. Dan orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni Jahim.
5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia tahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
5:12. Allah telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:13. Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan jadikan hati mereka keras. Mereka kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan; dan kamu tidak akan berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu, maafkanlah mereka dan ketepikanlah; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.
5:14. Dan dengan orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian," Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan. Maka Kami timbulkan di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat; dan Allah pasti akan beritahu mereka apa yang mereka kerjakan.
5:15. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
5:16. Allah beri petunjuk kepada siapa ikuti kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.
5:17. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Katakanlah, "Siapakah pula yang akan batalkan Allah dalam apa jua jika Dia hendak musnahkan al-Masih putera Mariam, dan ibunya, dan kesemua yang di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan mencipta apa yang Dia hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu."
5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula Dia azab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia ampun siapa Dia hendaki, dan Dia azab siapa Dia hendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.
5:19. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, "Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran." Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu.
5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia lantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia lantik kamu jadi raja-raja, dan dia beri kamu yang Dia tidak beri seseorang pun di semua alam.
5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu, dan jangan kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk balik sebagai orang-orang yang rugi."
5:22. Mereka berkata, "Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan masuk sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk."
5:23. Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah rahmati, "Masuklah temui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu masuk, kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan tawakallah kepada Allah, jika kamu orang-orang mukmin."
5:24. Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selagi mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini."
5:25. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa, kecuali diriku dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)."
5:26. Berkatalah Dia, "Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka jangan kamu dukacita terhadap kaum yang fasiq."
5:27. Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa.
5:28. Sungguh, jika kamu menjulurkan tangan kamu kepadaku, untuk membunuhku, aku tidak akan menjulurkan tanganku kepada kamu untuk membunuh kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.
5:29. Aku hendak supaya kamu dibebankan dengan dosaku dan dosa kamu, dan jadi penghuni-penghuni Api; itulah balasan ke atas orang-orang zalim."
5:30. Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya, dan jadi antara orang-orang yang rugi.
5:31. Kemudian Allah kirim seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk perlihatkan kepada dia bagaimana dia akan sembunyikan mayat saudaranya yang aib. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti burung gagak ini, untuk aku sembunyikan mayat saudaraku yang aib?" Dan dia jadi antara orang-orang yang menyesal.
5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.
5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.
5:35. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan carilah jalan untuk dekat dengan-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya agar kamu beruntung.
5:36. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, walaupun bagi mereka kesemua yang di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, untuk tebus diri mereka daripada azab Hari Kiamat dengannya, ia tidak akan diterima daripada mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
5:37. Mereka hendak keluar dari Api, dan mereka tidak akan keluar darinya; bagi mereka, azab yang kekal.
5:38. Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana.
5:39. Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan terima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:40. Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi? Dia azab siapa Dia hendaki, dan ampun siapa Dia hendaki; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.
5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,
5:42. Yang dengar yang dusta, dan makan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu, hakimkan antara mereka, atau berpaling daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka, mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu hakimkan, maka putuskan dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang adil.
5:43. Dan bagaimanakah mereka angkat kamu jadi hakim sedang mereka ada Taurat, yang di dalamnya terdapat hukum Allah, kemudian sesudah itu mereka berpaling? Mereka bukanlah orang-orang mukmin.
5:44. Sesungguhnya Kami telah turunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang tundukkan diri hakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka jangan kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir).
5:45. Dan di dalamnya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan (qisas); tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebus. Dan sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang zalim.
5:46. Dan Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami beri kepadanya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
5:47. Maka hendaklah ahli Injil hakimkan menurut apa yang Allah turunkan di dalamnya. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang fasiq.
5:48. Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi supaya Dia uji kamu dalam apa Dia beri kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.
5:49. Dan hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak goda kamu daripada sebarang apa yang Allah turunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah hanya hendak timpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.
5:50. Adakah putusan jahiliah yang mereka inginkan? Dan siapakah lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?
5:51. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
5:52. Kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit bersegera kepada mereka, dengan berkata, "Kami takut giliran buruk timpa kami." Mudah-mudahan Allah datangkan kemenangan, atau perintah daripada-Nya, dan kemudian mereka dapati diri-diri mereka, kerana apa yang mereka rahsiakan di dalam diri mereka, penuh sesal.
5:53. Dan orang-orang yang percaya akan berkata, "Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka berserta kami?" Amalan-amalan mereka jadi sia-sia; mereka jadi orang-orang yang rugi.
5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya yang lakukan solat, dan mereka beri zakat, dan mereka tunduk.
5:56. Sesiapa jadikan Allah sahabatnya, dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya, maka golongan Allah, merekalah orang-orang yang menang.
5:57. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil sebagai wali-wali (sahabat-sahabat) kamu daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang tidak percaya, yang ambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.
5:58. Dan jika kamu panggil kepada solat, mereka ambilnya dalam ejekan, dan sebagai satu permainan; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
5:59. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, adakah kamu dendami kami kerana kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan sebelumnya, dan bahawa kebanyakan kamu adalah orang-orang fasiq?"
5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."
5:61. Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami percaya"; tetapi mereka masuk dengan ketidakpercayaan, dan mereka keluar dengannya; Allah sangat-sangat tahu apa yang mereka sembunyikan.
5:62. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka makan yang haram; buruknya apa mereka buat!
5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak larang mereka daripada ucapan dosa, dan makan yang haram? Buruknya apa yang mereka kerjakan!
5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.
5:65. Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya dan bertakwa, tentu Kami lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan tentu Kami masukkan mereka ke Taman Kebahagiaan.
5:66. Sekiranya mereka lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada mereka daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka, dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa mereka buat.
5:67. Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu sampaikan Mesej-Nya. Allah lindung kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.
5:68. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, kamu tiada di atas sesuatu, sehingga kamu lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu." Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan daripada mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; maka jangan dukacita terhadap kaum tidak percaya.
5:69. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
5:70. Dan Kami telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami utus Rasul-Rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang Rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak inginkan, segolongan mereka dustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:71. Dan mereka sangka tidak akan jadi cubaan; mereka jadi buta, dan jadi pekak. Kemudian Allah terima taubat mereka; kemudian mereka jadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka jadi pekak; dan Allah lihat apa mereka buat.
5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong."
5:73. Orang-orang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa mereka kata, tentu akan sentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:74. Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah, dan minta ampunan-Nya? Allah Pengampun, Pengasih.
5:75. Al-Masih putera Mariam, hanyalah seorang Rasul; Rasul-Rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikan bagaimana Kami jelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikan bagaimana mereka berpaling.
5:76. Katakanlah, "Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh mudaratkan, atau manfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui."
5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."
5:78. Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.
5:79. Mereka tidak saling melarang daripada sebarang kemungkaran yang mereka lakukan; sungguh buruk apa mereka buat!
5:80. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka jadikan orang-orang tidak percaya sebagai sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka dahulukan untuk diri-diri mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka tinggal selama-lamanya.
5:81. Sekiranya mereka percayai Allah, dan Nabi, dan apa diturunkan kepada mereka, tentu mereka tidak ambil mereka sebagai wali-wali (sahabat-sahabat); tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.
5:82. Sungguh, kamu dapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang sekutukan; dan sungguh kamu dapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu adalah kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak sombong.
5:83. Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.
5:84. Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?"
5:85. Dan Allah ganjari mereka kerana apa mereka kata, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik.
5:86. Tetapi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni Jahim.
5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah haramkan benda-benda yang baik yang Allah halalkan bagi kamu, dan jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.
5:88. Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.
5:89. Allah tidak pertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu beri keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau merdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak dapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itu penebus bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanyalah untuk sampaikan yang jelas.
5:93. Tidak salah ke atas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan buat baik; Allah suka orang-orang buat baik.
5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah uji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah tahu siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu tahu bahawa Allah tahu semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah tahu segala sesuatu.
5:98. Ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya, dan bahawa sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:99. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan, dan Allah tahu apa yang kamu nampakkan, dan apa kamu sembunyikan.
5:100. Katakanlah, "Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu." Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda agar kamu beruntung.
5:101. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah tanya sesuatu yang, jika ia dinampakkan kepada kamu, akan sakitkan hati kamu; namun begitu, jika kamu tanya mengenainya ketika al-Qur'an sedang diturunkan, akan dinampakkan kepada kamu. Allah maafkannya; dan Allah Pengampun, Penyantun.
5:102. Satu kaum sebelum kamu telah bertanyakannya, kemudian jadilah mereka orang-orang tidak percaya (kafir).
5:103. Allah tidak tentukan Bahirah, dan tidak juga Saaibah, dan tidak juga Wasilah, dan tidak juga Haam, tetapi orang-orang tidak percaya ada-adakan dusta terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak faham.
5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul," mereka berkata, "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak tahu sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?
5:105. Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang yang sesat tidak mudaratkan kamu jika kamu dapat petunjuk yang benar. Kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia akan beritahu kamu apa kamu buat.
5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang empunya keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut timpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan sembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."
5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim."
5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan datangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.
5:109. Pada hari apabila Allah kumpulkan Rasul-Rasul, dan berkata, "Apakah sahutan yang kamu diberi?" Mereka berkata, "Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib."
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
5:111. Dan ketika Aku wahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan Rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'"
5:112. Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, "Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?" Dia berkata, "Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin."
5:113. Mereka berkata, "Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."
5:114. Berkata Isa putera Mariam, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."
5:115. Allah berkata, "Sesungguhnya Aku turunkannya kepada kamu; sesiapa antara kamu sesudah itu yang tidak percaya, sungguh Aku akan azab dia dengan azab yang dengannya Aku azab tiada seseorang daripada semua alam."
5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.
5:117. Aku hanya kata kepada mereka apa yang Engkau perintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau matikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.
5:118. Jika Engkau azab mereka, mereka adalah hamba-hamba Engkau; jika Engkau ampun mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
5:119. Allah berkata, "Inilah harinya di mana orang-orang yang benar dimanfaatkan dengan kebenaran mereka. Bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya; itulah kemenangan yang besar."
5:120. Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa-apa di dalamnya, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.