Mutasybihat
From: "andrew drew" <sanlonk@yahoo.com>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: kritik membangun
Date: Tuesday, December 17, 2002 3:09 AM
ASSALAMUALAIKUM WR.WB
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
kalau kita ingin menterjemahkan AL-Qur'an itu boleh saja tapi, bukan berarti mengganti bacaan dan cara membaca karna sama saja dengan kacang lupa kepada bungkusnya, karna di dalam al-quran itu terdapat ayat-ayat mutasabihat yaitu ayat-ayat yang masih samar, apakah anda sudah bisa menafsirkan Alif Lam Mim,Yaa sin,dan lain-lain sebagainya.ALHAMDULILLAH
WASSALAM.
Jawapan kami di sini adalah
seperti berikut:
Salamun alaikum,
Kami ucapkan terima kasih dan
mengalu-alukan "kritik membangun" anda.
Kami gembira saudara telah
bezakan antara "terjemahan" dan "tafsiran". Kami bersetuju bahawa
kedua-duanya tidak sama.
Kami juga sedari tentang adanya bahaya pada
amalan mentafsir atau mentakwil ayat-ayat mutasyabihaat. Amalan itu, kami
difahamkan, akan melelar kepada penyimpangan di hati. Lalu jadi sesat,
seperti yang saudara sudah maklum daripada ayat 3:7.
Maka kami tidak
mentafsir ayat Alif Lam Mim, misalnya, dan hanya menulis pada
terjemahan kami Alif Lam Mim sahaja, walaupun kami mengetahui pelbagai
tafsiran yang telah dibuat baginya, termasuk daripada golongan
ulama.
Tidak, kami tidak mengetengahkan
ayat-ayat mutasyabihaat di sini. Dan, kami tidak fikir saudara menganggap
hampir kesemua halaman di dalam al-Qur'an itu dihiasi dengan ayat-ayat
mutasyabihaat sahaja!
Kami percaya, ayat-ayat yang kami guna dan
turuti, seperti yang tercatat di laman web ini, hanyalah yang muhkamat, bukan
yang mutasyabihaat. Seperti ayat-ayat mengenai cara beri salam (sila rujuk
artikel Salamun alaikum).
Ayat-ayat di halaman itu, kami percaya, adalah jenis muhkamat, iaitu terang
dan jelas, lagi tentukan. Lantas, kami mengamalkannya.
Kerana kami
takut kalau kami mentafsir atau mentakwil ayat-ayat mutasyabihaat, hati kami
akan bertukar lalu menyimpang dari jalan Allah, untuk condong kepada
kesesatan. Justeru itu, jadi sesat selama-lamanya.
Dan kami takut kepada "neraka", yang kami percaya bukan sebuah tempat yang sementara, seperti yang mungkin saudara percaya.
Akhir kata, peringatkanlah kami di mana kami didapati terlanjur.
Terima kasih sekali lagi.
Salam.
Syawal / Disember 31,
2002
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman