Tahlil, Hadiah Bacaan 
dan
Doa Arwah

 

From: "aba gaga"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Pelaksanaan Tahlilan, hadiah bacaan dan do'a arwah.
Date: Tuesday, November 23, 2004 11:37 AM

Salamun 'alaykum

Semoga Allah selalu ridho dengan kita semua Allahumma sholli 'ala Muhammad waalihi.

Sungguh, bahwa penyampaian bapak ttg Alquran beri sesuatu yang berarti buat saya, yang jelas nyata bahwa Allah Maha Adil dalam memelihara hamba hambanya.

Pertanyaan saya sesuai dengan judul: Apakah pelaksanaan tersebut tertolak atau diterima dari sudut pandang AlQuran????

Mohon kupasannya pak Ustadz, dan terimakasih atas semuanya.

Slam hormat
Aba Aga


Salamun alaikum saudara.

Alhamdulillah, Dia yang telah menemukan kita melalui satu daripada rahmat-Nya, iaitu internet, untuk berbicara tentang ayat-ayat-Nya yang kita tidak ragukan kebenarannya.

Soalan yang saudara ajukan kepada kami, yang bukan ustaz, menyentuh amalan yang luas diamalkan oleh masyarakat Islam. Ia juga melibatkan perasaan orang-orang yang hidup terhadap orang-orang yang mereka kasihi yang sudah meninggal dunia.

Jawapan kami kepada soalan itu pula adalah yang bertentangan dengan amalan-amalan tersebut. Kerana itu ia akan mengganggu perasaan sesetengah pembaca. Harap maaf.

Jawapan dimulakan dengan sedikit keterangan mengenai orang yang meninggal dunia. Setelah dia meninggal dunia, dia atau nafsnya (jiwanya) diletak di suatu tempat di mana sebuah tembok, atau barzakh, diadakan untuk memisahkan dia dengan segala yang lain. Firman-Nya,

"apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka ....... dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan" (23:99-100).

Tembok itu pula tidak mampu ditembusi oleh apa-apa atau sesiapa jua. Maka apa saja yang "dikirim" kepada orang yang sudah meninggal dunia, seperti dalam bentuk tahlil, tidak akan sampai kepadanya.

Ia juga termasuk hadiah bacaan ayat-ayat al-Qur'an yang turut tidak sampai kepada orang-orang yang sudah mati. Lagipun, seperti kata Allah, ayat-ayat-Nya adalah untuk orang-orang yang hidup sahaja. Firman-Nya,

"Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup," (36:69-70)

Tidak juga berguna bagi orang-orang yang meninggal dunia ialah doa orang-orang yang hidup. Tidak ada doa seperti itu yang diajar di dalam al-Qur'an. Namun begitu, terdapat satu doa tetapi bukan untuk mereka yang sedang mati di dalam kubur. Doa tersebut adalah untuk mereka pada Hari Kiamat, dan ia berbunyi,

"Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila hitungan didirikan." (14:41)

Malah, di dalam kitab amalan seseorang, yang dia akan terima pada Hari Kiamat, tidak terdapat catatan atas apa yang dikirim kepadanya setelah dia meninggal dunia. Kitab itu hanya mencatatkan segala apa yang dia sendiri telah dibuat semasa dia hidup. Firman Allah,

"Inilah Kitab Kami, yang berkata-kata terhadap kamu yang benar; Kami catat segala apa kamu buat." (45:29)

Tambahan lagi, tiap-tiap jiwa akan hanya dibayar atau dibalas atas apa yang dia sendiri usahakan. Bukan yang diusahakan oleh orang lain kepadanya. Ayat-ayat berikut jelaskannya:

"Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah usahakan, dan mereka tidak dizalimi." (2:281)

"Kerana Allah akan balas tiap-tiap jiwa atas usahanya (sendiri);" (14:51)

Sesungguhnya, segala usaha adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Firman-Nya,

"Tiap-tiap jiwa tidak usahakan melainkan terhadapnya sendiri" (6:164).

Kesimpulannya, tidak terdapat sebarang bukti daripada al-Qur'an bahawa Allah telah mensyariatkan sebarang kiriman kepada orang-orang yang sudah meninggal dunia. Lantaran itu, dalam agama-Nya, amalan-amalan seperti tahlil, hadiah bacaan al-Qur'an, dan doa demi menolong orang-orang yang meninggal dunia, seperti yang dilakukan oleh orang-orang daripada sesetengah agama lain yang mengirim sesuatu kepada orang-orang yang mati, adalah hanya membazir sahaja. Dan Allah tidak suka orang-orang yang membazir.


25 November 2004


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman