Beban Orang Lain
From: "mohd fared"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: beban dalam ayat 29:13
Date: Friday, April 08, 2005 9:43 AM
Salam,
29:13. Sungguh, mereka akan pikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan.Y.Ali: They will bear their own burdens, and (other) burdens along with their own, and on the Day of Judgments they will be called to account for their falsehoods.
Pickthal: But they verily will bear their own loads and other loads beside their own, and they verily will be questioned on the Day of Resurrection concerning that which they invented.
Shakir: And most certainly they shall carry their own burdens, and other burdens with their own burdens, and most certainly they shall be questioned on the resurrection day as to what they forged.
Saya ingin mengetahui pendapat saudara maksud beban dalam ayat tersebut, adakah ia bermaksud dosa? Jika ia bermaksud dosa maka ia bercanggah dengan ayat 29:12, 35:18, 39:7, 53:38, 53:39. Pada pendapat saya, beban disitu adalah beban - syariat Islam dalam Alquran (koleksi hadis yang terbaik) beban-beban lain - syariat Islam selain dalam Alquran (koleksi hadis himpunan manusia) yang mereka cipta sendiri.
Ayat ini juga bagai menyokong pendapat diatas,
39:41. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab untuk manusia dengan yang benar. Sesiapa yang dapat petunjuk hanyalah dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, dia sesat hanyalah terhadapnya sendiri; kamu bukanlah seorang wakil bagi mereka.
Salamun alaikum, saudara.
Terima kasih atas undangan untuk berselisih pendapat (senyum). Namun, dalam perselisihan ini kami tetap bersetuju, seperti saudara percaya, bahawa ayat-ayat Allah tidak bercanggah dengan satu sama lain. Cuma kerana berlainan pendekatan terhadap ayat-ayat di atas yang menyebabkan perselisihan pendapat di antara kita.
Yang menimbulkan perselisihan ialah mengenai perkataan 'beban' (29:13) yang kami bersetuju diertikan kepada "dosa", tetapi tidak disetuju oleh pihak saudara. Kerana itu frasa "memikul .... beban-beban yang lain" di dalam ayat tersebut, menurut pendapat saudara, akan jadi bercanggah dengan ayat-ayat yang menyatakan seseorang tidak memikul beban orang lain, seperti dalam ayat yang terdahulu (29:12).
Untuk kejelasan kami turunkan ayat-ayat berkenaan:
29:12. Berkata orang-orang tidak percaya kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan kami akan pikul pelanggaran-pelanggaran kamu" padahal mereka tidak pikul pelanggaran-pelanggaran mereka sedikitpun; sesungguhnya mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
29:13. Sungguh, mereka akan pikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan.
Mengenai ayat 29:12 - "dosa" pelanggaran sendiri, tidak dipikul orang lain. Dosa sendiri ditanggung sendiri. Justeru, Allah menyatakan orang-orang tidak percaya di situ sebagai pendusta. Mereka tidak tanggung dosa orang lain.
Tapi mereka tanggung dosa menyesatkan orang lain, seperti disebut "apa yang mereka ada-adakan" pada ayat yang menyusul. Dosa-dosa sendiri, dan dosa-dosa menyesatkan orang lain menjadi beban, dan bebannya dipikul pada Hari Kiamat. Perkataan pikul di dalam al-Qur'an lazimnya dikaitkan dengan beban serupa ini.
Demikian itu berkaitan ayat 29:13 pula, yang tidak bercanggah dengan ayat 29:12.
Sama seperti keadaan orang-orang yang
sesat
lagi menyesatkan
(orang-orang lain). Satu contoh ayat berbunyi,
"dan jangan ikut keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul.'" (5:77)
Tidak mungkin kaum yang sesat itu akan terlepas daripada kesalahan menyesatkan orang lain. Mereka akan ditanya mengenainya.
Keadaan umpama itu, sebenarnya, disebut di
dalam sebuah ayat yang dijadikan rujukan di dalam e-mel di atas, berbunyi,
"Bahawa orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain, Dan bahawa tiadalah bagi manusia melainkan apa yang dia usahakan," (53:38-39).
"Apa yang dia usahakan" tentu termasuk usahanya yang menyesatkan orang lain. Tetapi beban orang lain tidak dipikulnya.
Sehubungan itu, kami petik satu
senario di akhirat, yang menayangkan kutukan orang-orang yang disesatkan ke atas
orang-orang yang menyesatkan. Ayat berkaitan berbunyi,
"'Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api.' Berkata, 'Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu.'" (7:38)
Dua golongan tersebut menerima azab yang sama, iaitu dua kali ganda. Orang-orang yang menyesatkan menerima azab disebabkan kesesatan yang ada pada diri mereka, dan ditambah azab daripada perbuatan menyesatkan orang lain.
Sementara orang-orang yang disesatkan, yang turut menerima azab dua kali ganda, mungkin kerana mengambil orang yang menyesatkan sebagai sekutu Allah, atau sebagainya, dan kerana tidak menggunakan akal, atau tidak mendengar semua pendapat, atau tidak membaca al-Qur'an, atau lain.
Termasuk apa yang dimaksudkan
dengan seseorang tidak
memikul
beban orang lain ialah beban ketidakpercayaan setelah dia memberi amaran. Bukti bagi kenyataan tersebut dapat dibaca daripada keterangan sebuah lagi ayat yang disebut di dalam e-mel di
atas, berbunyi:
"Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan." (35:18)
Maksud "orang yang dibebankan" itu pula, pada hemat kami, ialah dia yang dibebankan dengan (atau menerima) ayat-ayat Allah. Dia tidak memikul beban orang yang sesat setelah dia memberi amaran dengannya.
Serupa keadaan Nabi Lut yang tidak memikul beban
isterinya, atau Nabi Nuh yang tidak memikul beban anak lelaki dan
isterinya, atau Nabi Muhammad yang tidak memikul beban Abu Lahab
berserta isterinya.
Bukan itu sahaja, seperti Nabi, seseorang tidak pula menjadi wakil bagi orang lain yang dapat petunjuk, dan tidak juga bagi orang yang sesat. Ayat yang menjelaskan turut disalin di dalam e-mel di atas, di bahagian hujung, dan ia adalah seperti berikut (kurungan dan perkataan di dalamnya beserta beberapa perkataan yang dikasarkan adalah tambahan daripada kami untuk menjadi lebih jelas):
39:41. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (Muhammad) Kitab untuk manusia dengan yang benar. Sesiapa yang dapat petunjuk hanyalah dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, dia sesat hanyalah terhadapnya sendiri; kamu bukanlah seorang wakil bagi mereka (yang dapat petunjuk mahupun yang sesat).
Lantaran itu nyatalah, seperti yang
dikatakan oleh pengirim e-mel di atas, bahawa pada
ayat-ayat Allah tidak terdapat sebarang percanggahan.
11 April 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman