Perancangan Keluarga
From: susanti
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: keluarga berencana/family planning
Date: Tuesday, July 05, 2005 9:56 PM
Salamun'alaikumBagaimana kabar Saudara dan keluarga saat ini? Mudah-mudahan dalam keadaan sehat. Langsung saja kami berdua ingin mengajukan pertanyaan berkaitan dengan pembatasan kelahiran anak dengan menggunakan alat kontrasepsi. Apakah hal tersebut kurang tepat atau bertentangan dengan hukum Allah? Kami melihat beberapa fakta spt:
Jumlah anak yang kita miliki, jadi tidaknya janin bayi yang dikandung itu semua mutlak wewenang Allah seperti tercantum dalam surah yang menguraikan secara rinci terbentuknya makhluk yang bernama manusia. Di ayat tsb subject kalimatnya selalu KAMI yang artinya Allah.
Kami berdua belum melihat fakta ilmiah nyata yang menghubungkan antara kesehatan ibu yang semakin menurun berbanding lurus dengan jml anak yang dimiliki.
Begitu saja pertanyaan yang jadi keraguan kami saat ini.
Terima kasih.
Salam.
Salamun alaikum,
Alhamdulillah, kami semua baik belaka. Dan, alhamdulillah juga kerana kami tidak lagi dibebankan dengan masalah perancangan keluarga!!
Kami setuju dengan pendapat bahawa keluarga harus dirancang, bukan sahaja bilangannya, tetapi jarak antara anak-anaknya jua. Seperti yang ditunjukkan di dalam sebuah ayat (2:223) iaitu tempoh penyusuan bagi anak yang baru dilahirkan adalah dua tahun, maka kami berpendapat umur anak-anak harus dijarakkan sekurang-kurangnya dua tahun.
Bilangan anak harus dirancang apabila didapati tiada kesanggupan, atau datangkan kesusahan bagi pasangan suami isteri. Iktibar diambil daripada ayat yang disebut tadi, berbunyi,
"Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang hendak sempurnakan sususan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian." (2:233)
Cara-cara yang selamat dari segi kesihatan untuk merancang atau mengelak daripada mengandung demi mengurangkan bilangan anak, sudah pun diketahui umum. Ikutlah nasihat doktor mengenainya. Pun begitu, terdapat juga para isteri yang mengandung setelah ikut sesetengah darpada cara-cara tersebut.
Janin adalah suatu yang hidup, bernyawa. Oleh itu, pada pendapat kami, ia tidak harus "dibuang" dengan tanpa sebab. Perbuatan itu adalah serupa dengan membunuhnya.
Allah melarang membunuh anak-anak kerana takut akan kemiskinan. Dia terangkannya sebagai kesalahan besar. Itu amat berat. Firman-Nya,
"Dan jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar." (17:31)
Justeru, soal kemampuan untuk menyara anak tidak timbul dalam keharusan untuk membunuhnya. Yang miskin pun harus membiarkan anaknya dilahirkan untuk hidup di dunia dengan rezeki daripada Allah.
Bagaimana pula dengan sebab lain, seperti kesihatan? Haruskah seseorang ibu dibiarkan mati untuk membolehkan anaknya hidup? Kami rasa tidak.
Kembali kepada soalan pokok iaitu mengenai "pembatasan kelahiran anak dengan menggunakan alat kontrasepsi." Bagi kami, ia dibolehkan sebab janin belum lagi terbentuk. Seperti itu juga perbuatan menumpahkan benih di luar rahim isteri untuk mengelak daripada mengandung.
Terima kasih.
7 Julai 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman