Penyembelihan
From: sky5ire
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, November 21, 2007 1:20:50 PM
Subject: MakananSalamun alaika
Mengenai artikel TANDA HALAL PADA MAKANAN, ada satu soalan yg agak menggangu fikiran saya
rata-rata manusia yg lazimnya sangat prihatin tentang makanan yg halal dan kemestian tanda halal pade tiap bukusan makanan, tidak akan menyentuh sasuatu makanan yg meragukan
begitulah hal keadaan saya tetapi setelah membaca artikel tersebut maka ape yang saya dapati ialah ape yang kita lakukan itu tidak ubah seperti orang-orang yahudi yang mengharamkan banyak perkara-perkara yang halal terutama sekali didalam hal makanan
cuma satu saje yg bermain difikiran saya iaitu;
bolehkah kita memakan daging yg mane binatang ternakan itu tidak disembelih?
contohnya seperti saya pergi restoran makanan yg sediakan makanan barat seperti steak lembu atau lamb chop (katakan lah di hotel atau restoran barat yg terkenal) tetapi restoran itu bukan milik orang islam
bolehkah kita memakannya kerana perkara penyembelihan pade binatang ternakan telah sebati dengan amalan orang-orang islam kita hinggakan dikatakan jika tidak disembelih maka dagingnya tidak boleh dimakan dan ramai pula yg melabelkannya haram
penjelasan tuan sangat-sangat diharapkan
terima kasih
Salamun alaikum,
Terima kasih saudara sky5ire. Satu lagi e-melnya yang sudah lama diterima semasa kami berehat dulu lalu tidak diterbitkan. Maaf jika jawapan diberi sejurus selepas menerimanya tidak memuaskan hati.
Masalah dibangkitkan itu dipercayai menghantui juga ramai orang lain yang ingin makan di hotel, restoran, atau ketika berada di luar negeri. Takut nak makan kerana takut tidak disembelih!
Maksud haiwan yang tidak disembelih, pada hemat kami, adalah seperti ditentukan di dalam al-Qur'an iaitu "yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut" (5:3). Daging mereka haram dimakan, dan tidak mungkin boleh didapati di hotel atau restoran kesukaan orang ramai.
Manusia menyembelih haiwan untuk keluarkan darah. Mereka yang disebut sebagai haram tadi adalah kerana darah mereka tidak dikeluarkan, atau tidak dikeluarkan dengan sempurna, ketika mereka mati. Darah adalah haram dimakan (5:3).
Al-Qur'an tidak menyebut bagaimana haiwan harus disembelih. Terpulang kepada manusia untuk mencari cara yang paling baik. Bagi tujuan itu satu contoh diketengahkan di sini, iaitu cara menyembelih di Britain.
Kebanyakan haiwan di sana di-stun atau dipengsankan dengan elektrik atau bunyi tukulan, supaya tidak rasa sakit ketika disembelih. Ia disembelih dengan memotong pembuluh darah di leher supaya darah dapat dikeluarkan. Tujuan dipengsankan adalah juga untuk membiarkan haiwan menumpahkan darah sedang ia masih hidup. Haiwan yang mati sebelum darah dikeluarkan adalah tidak sesuai dipasarkan. Cara itu berbeza dengan orang Islam dan Yahudi di Britain yang tidak "memengsankan" haiwan. Kaedah mereka juga luas dipakai. Mereka buat demikian sebab (a) kitab-kitab agama telah setujuinya sejak berabad-abad lamanya (b) memotong dengan pisau tajam tidak menyakitkan (c) haiwan akan pengsan serta merta (d) cara-cara lain juga zalim (e) haiwan tidak rasa sakit, atau tidak mempedulikannya. Demikianlah difahamkan daripada halaman http://www.hedweb.com/hillman/animpain.htm.
Ingin bertanya pulak. Adakah cara orang putih menyembelih haiwan itu haram? Mengapa pula cara Islam dan Yahudi sama? Mugkinkah ia menandakan satu lagi ajaran Yahudi yang dipakai orang Islam?
Tidak juga disebut di dalam al-Qur'an tentang bacaan sebelum menyembelih haiwan. Kecuali ayat berikut, yang pada hemat kami, hanya dilakukan semasa melaksanakan amalan korban dalam ibadah Haji di Mekah:
"Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih." (22:36)
Mengingati atau menyebut nama Allah di situ adalah ketika mereka semua berdiri dalam barisan (sebelum disembelih). Dagingnya pula bukan sahaja dimakan oleh orang-orang yang berkoran tetapi para pengemis dan orang-orang yang meminta.
Bertanya lagi, apakah pula disebut (atau tidak disebut apa-apa pun) oleh ahli Kitab di mana makanan mereka halal dimakan? Firman Tuhan,
"Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu." (5:5)
Apapun, yang haram dimakan sudah dijelaskan Allah dengan terang. Paling penting ialah menyebut nama Allah sebelum makan makanan yang dihidang. Firman-Nya,
"Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul." (6:119)
Seperti kata Allah iaitu ramai orang sesatkan orang lain dengan keinginan mereka hingga mereka takut makan di hotel, restoran atau ketika berada di luar negeri.
Apa yang diharamkan Allah sudah jelas. Maka makanlah. Tapi jangan lupa, sebelum makan ingat nama Dia. Firman-Nya,
"Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya." (6:118)
Disebut tadi bahawa Allah telah menjelaskan apa yang Dia mengharamkan untuk dimakan (6:119). Justeru diturunkan ayat berkenaan berbunyi,
"Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (5:3)
Senarai haram di situ menyempurnakan agama, selain ia
mencukupkan rahmat-Nya kepada manusia. Lantaran itu usah
ditambah lagi, misal cara menyembelih tertentu kerana sudah
disebut "dengan patut" atau dengan sebaik cara, sehingga senarai haram
dalam Islam jadi
berjela-jela panjangnya. Dan orang Islam jadi takut hendak
makan makanan yang baik.
1 Ogos 2008
Mengapa Allah suruh sebut Nama-Nya sebelum sembelih.
Sila tonton video berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=gA7-7igGU1I
Terima kasih.
Allah disanjung!
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman