Bahagian isteri tidak sama suami - Respon

 

From: abumuslim
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, November 26, 2008 10:20:18 PM
Subject: :)

 

Salamun'alaikum sahabat,

Lucu pula bila membaca email dari saudara muhammadabdullah84, walaupun dia hanya jadi wakil pada sahabat wanitanya. Seperti tertera dalam emailnya, apabila wanita yang diwakilinya berkata bahawa; 'dia mengakui bahawa Allah itu adil, tetapi daripada apa dia diajar telah nampakkan bahawa Allah tidak adil....'. Lucu, pada mulanya mengaku adil, hanya kerana pembahagian harta, sekelip mata, lantas terus tidak adil.

Sungguh berani !! Seberani Iblis apabila diperintah untuk sujud kepada Adam, dia membantah kerana, dia dari Api, dan Adam dari Tanah. Tidak adil !!! Api lebih mulia/hebat dari Tanah, kenapa Api harus bersujud kepada Tanah. Lalu Iblis dihalau keluar.

~15:32. Berkatalah Dia,''Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?''
~15:33. Berkata(Iblis),''Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk.''

~38:76. Berkata,''Aku lebih baik daripadanya; Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.''

Juga seperti Bani Israil, apabila Nabi Musa sampaikan perintah Allah, supaya mereka mengorbankan seekor lembu, mereka tidak lakukan terus akan perintah itu, tetapi bertanya, dan bertanya dan bertanya;
2:67, 2:68, 2:69, 2:70

Sampailah pada ayat 2:71, barulah mereka laksanakannya; dan ayat ini diakhiri dengan;

~2:71......Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.

Juga seperti orang-orang  yang dalam peperangan;

~4:77.......''Wahai Pemelihara kami mengapakah Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?"".......

Mereka pada ayat di atas berasa tidak adil, lalu mempersoalkan perang yang ditetapkan kepada mereka. Perintah dari Allah mengapa perlu dipersoalkan? Malah lebih berani dengan mengatakan Allah tidak adil pada pembahagian harta pulak!!!

Pada sahabat, pada pendapat saya, si penulis email dan sahabat wanitanya ini hanya mencari-cari kesalahan dan ketidaksempurnaan al-Qur'an, jika mereka boleh, dan pasti tidak boleh. Mereka tidak ikhlas dan berhati busuk.

Bukankan al-Qur'an itu jadi petunjuk pada orang-orang yang inginkan petunjuk dan peringatan untuk orang-orang yang mahu ingat?

Kepada Allah kami muslim!!!

8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka tawakal,

 

 

Salam sahabat :). Maaf kalau email terlalu panjang....


Salamun alaikum,

Semoga suatu yang baik terbit daripada ini! Tiada yang lebih baik kecuali kebenaran. Terima kasih.


28.11.08

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman