Pelik tapi dipercayai

 

 

Salamun alaikum,

Dua pucuk surat diturunkan di bawah untuk tatapan dan renungan para pembaca. Setelah membaca, sekiranya ada kata-kata yang ingin disampaikan mengenai kandungan mereka, sila kirim supaya dapat dimanfaatkan bersama. Pihak kami, buat masa ini, tidak dapat beri sebarang komentar atau ulasan mengenai kepercayaan yang agak pelik tapi dipercayai oleh sesetengah pihak.

Surat pertama berbunyi,
 

From: soldier.allah
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Monday, January 12, 2009 3:51:00 AM
Subject: RE: salam

 

 

Salam kepada semua. Saya ingin bertanye mengenai ajaran islam madinah. Saya dapat menghadiri program itu sebanyak 7 kali. Antara ajaran yg ditafsirkan oleh group itu ialah nama sebenar nabi muhammad ialah ahmad sahaja. Menurut mereka muha dalam bahasa arab ialah orang yang meneruskan ajaran ahmad.. sebab tu kita di gelar muhammad. bukit surah 61 ayat 6. Merekah juga menafsirkan bawa perintah solat tidak wajib selagi sebuah negara islam yg berlandaskan al quran dan al sunnah tidak tertegak... cth dahulu bila nabi muhammad berhijrah ke madinah. Pada masa turun surah al fatihah menyuruh nabi menubuhkan ad din... iaitu madinah. Pada zaman sekarang malaysia di kira sebagai zaman jahilliah mekkah. Saya berasa bingung dan keliru kerana saya tidak tahu dimanakah ajaran islam yang sebenarnya. Antara tafsirkan mereka juga adalah sesiapa yg menyertai mereka akan merasai ape yang nabi2 dulu merasa, cth pemulauan, penindasan dan tentangan. Mereka juga menafsir mukjizat2 nabi adalah hanye sepeti simpulan bahasa. cth tongkat nabi musa bertukar jadi ular. tafsiran nye adalah cara2 utk mematahkan hujah org2 kafir2 dgn tajam dan pedas seperti tongkat nabi musa. Overallnye mereka mengunna dari awal nabi dapat perintah hijrah sehingga tertegaknye negara islam dan nabi wafat.. itu lah sunah bagi mereka.. sunah menubuhkan negara islam. tapi saya ada juga merasa yg mereka tu betul... cth mereka kate demokrasi ni umpama menilik nasib dgn anak panah(surah). dia kate manusia mengunakan undi utk memilah ketua mereka dgn cara mengundi nasib.. tlg beri saya bantuan

 

Dan yang kedua:

 

From: amsmid
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, January 14, 2009 3:19:22 PM
Subject: assalamualaikum

 

 

terima kasih kerana sediakan laman bacaan tersebut, byk manfaat yang boleh saya dapat daripadanya.

 

saya ingin bertanya pada saudara mengenai ada pendapat yang mengatakan setiap nafas kita adalah Allah. dan kalau di pikirkan Allah tu adalah kita. Saya tidak begitu jelas mengenainya. saya ada pendapat saya sendiri, cume saya ingin kan lebih kepastian dan kebenarannya. and mungkin ada tersirat yang boleh saudara huraikan

sekian terima kasih

 

Telah dikatakan tadi bahawa kami tidak buat sebarang komentar, kecuali untuk menyatakan iaitu sebab ikut fahaman seperti di atas ialah kerana, seperti dikatakan oleh soldier.allah berbunyi, "Saya berasa bingung dan keliru kerana saya tidak tahu dimanakah ajaran islam yang sebenarnya." Bermaksud, tidak tahu ajaran Islam sebenar berada di dalam kitab al-Qur'an yang diturunkan Allah.

 

Harap dapat feedback daripada pembaca. Terima kasih.

 

Salam.

 

20 Januari 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman