Ramadan: Bulan, Hari & Cara Sendiri

 

From: Rizal
Date: 2009/9/24
Subject: Ramadhan
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun'alaikum

Dengan nama Allah Yang Pemurah Yang Pengasih,

Sebelum saya minta dijelaskan perihal yang saya belum pahami pada bapak, terlebih dulu saya perkenalkan diri, panggilan saya Rizal dari Pekanbaru, dan saya lebih kurang satu setengah tahun telah membaca "bacaan" dan telah tinggalkan anutan bapak-bapak kami yang kami dapati, begitu juga istri saya, dan satu anak dari tiga orang anak saya karna yang dua masih kecil, dengan pertolongan Allah kami sabar untuk menjalankan aturanNya seboleh kami dapat, daripada gangguan, hujatan, orang-orang yang belum sampai kepada mereka petunjuk dan yang belum bisa menerima petunjuk yang benar.

Saya memohon ampun kepada Allah supaya tidak seperti kaum Musa yang tanya yang lebih besar kepada Musa, dan juga daripada teguran Allah pada ( 5 : 101 ) yang jadikan ( 5 : 102 ). Apa saja penjelasan yang bapak jelaskan pada kami dan hikmah yang bapak ajarkan pada kami Jika Allah hendak kami akan sabar dengannya "kami dengar dan kami ta'at" 

Bilakah bulan Ramadhan itu masanya..

Apakah benar seperti yang ditetapkan oleh orang banyak yaitu setiap setelah bulan Sya'ban

Dan percayalah kepada apa yang Aku turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu ...... (2:41) yang dimaksud apa yang bersama kamu


Salamun'alaikum

Rizal Pekanbaru


Salamun alaikum,

Kami alu-alukan kedatangan saudara Rizal ke mari, dan ucapkan terima kasih atas kesudian beliau buat demikian. Kami amat memahami keadaan beliau dengan keluarga yang menerima habuan daripada pihak berfahaman selain daripada fahaman beliau dan keluarganya. Tiada yang kami nampak mampu dilakukan kecuali sabar kerana janji Allah adalah benar.

Bulan Ramadan disentuh lagi. Pendapat kami mengenainya yang dapat dibaca di beberapa halaman terbitan sebelum ini masih tidak berubah.

Pun begitu, perbincangan diteruskan, dengan menyatakan bahawa kami tidak nampak sebarang ayat al-Qur'an yang menidakkan bulan Ramadan seperti yang sedia difahamkan. Malah ia disebut seolah sudah diketahui umum.

Al-Qur'an yang jelas didapati tidak berselisih dengan bulan-bulan dalam kalendar yang diguna kini apabila ia menyebut tentang bulan-bulan Haji yang dikatakan-Nya sudah diketahui.

Lagipun, kami tidak tahu tentang kewujudan sebarang bukti atas perubahan yang dilakukan dengan jahat oleh mana-mana pihak pada kalendar setelah Allah mengarah bilangan bulan ditetapkan kepada 12.

Oleh kerana itu kami tidak berani menolak Ramadan yang sedia ada.

Beranjak kepada ayat diturunkan di atas berbunyi, "Dan percayalah kepada apa yang Aku turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu ...... (2:41)". Sekiranya ia diguna untuk mengesahkan Ramadan yang sedia diterima maka kami tiada sebarang komen ke atasnya, tetapi hanya mengingatkan frasa yang dikasarkan itu lazimnya dituju kepada pengesahan Kitab-Kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an.

Berada pula pada ayat itu perkataan mengesahkan yang menarik perhatian kami. Pada ayat-ayat lain didapati manusia disuruh mengesahkan apa diturunkanAllah. Contoh ayat-ayat yang dimaksudkan adalah:

"Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan dustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?
Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya, mereka itu, merekalah orang-orang bertakwa." (39:32-33)

"Dan Mariam, anak perempuan Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan jadi antara orang-orang yang patuh." (66:12)

Orang-orang yang mengesahkan diterangkan Allah sebagai bertakwa dan patuh. Dan urusan mereka pula dipermudahkan Allah, firman-Nya,

"Adapun orang yang memberi dan bertakwa,
Dan mengesahkan yang paling baik,
Sungguh, Kami akan memudahkan dia pada yang Mudah." (92:5-7)

Sebaliknya bagi orang-orang yang tidak mengesahkan, bagi mereka nasib yang malang di akhirat. Antara ayat-ayat yang menjelaskan adalah seperti berikut:

"Dan minum di atasnya air yang mendidih,
Dengan meminumnya seperti unta yang kehausan minum.
Inilah yang jadi sajian mereka pada Hari Agama (Pengadilan).
Kami cipta kamu; maka mengapakah kamu tidak mengesahkan?" (56:54-57)

"Kerana dia tidak mengesahkan, dan tidak menyembah,
Tetapi dia dustakannya, dan dia berpaling," (75:31-32).

Orang-orang yang tidak mengesahkan adalah mereka yang mendustakan dan berpaling daripada ayat-ayat-Nya.

Mungkin ayat-ayat itu boleh dikaitkan dengan dua golongan - pertama yang mengesahkan bulan Ramadan, dan kedua, yang menidakkannya.

Kami dapati mereka yang menidakkan tidak beri sebarang bulan sebagai ganti. Ada pula yang mengatakan Ramadan bermaksud bulan panas, juga tanpa beri sebarang nama bulan untuk berpuasa. Lalu perbuatan itu hanya menimbulkan keraguan terhadap Ramadan yang disebut Allah. Akibatnya kami difahamkan antara mereka didapati tidak berpuasa langsung pada bulan tersebut.

Selain itu, keraguan ditambah dengan pertanyaan berapa hari puasa dalam bulan Ramadan. Walaupun pendapat kami telah diberi, seperti terhadap 10 hari puasa, namun soalan mengenainya masih dilempar kepada kami. Mungkin keraguan yang diterbitkan sudah mendalam lalu sukar diganti dengan apapun hujah. Lemparan yang dimaksudkan terkandung di dalam e-mel di bawah:


From: Ayleen
Date: 2009/9/22
Subject: puasa di bulan ramadhan
To:
ebacaan114@gmail.com
 

Salamunalaikum,di sini saya ingin bertanya tentang puasa yang di perintah oleh allah  untuk kita berpuasa,saya begitu muskil sekali tentang berapa lama kah harus kita berpuasa,kerna saya tidak jumpa ayat2 yg suruh kita berpuasa  satu bulan di bulan ramadhan,sekian terima kaseh dan harap2 sangat dapat penjelasan dari tuan,salam…..
 

Salamun alaikum, terima kasih. Kelihatan seperti pengirim hendakkan ayat Allah berbunyi seperti "berpuasalah selama sebulan pada bulan Ramadan" yang tidak dijumpai di dalam al-Qur'an. Ayat seperti itu memang tidak ada. Yang ada hanya berbunyi,

"Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa;" (2:185).

Bagi kami ia bermaksud, orang yang hadir pada hari pertama bulan Ramadan harus berpuasa. Begitu juga bagi dia apabila hadir pada hari-hari ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya sampai hari ke-10 - dia berpuasa. Ia tidak berhenti di situ kerana dia akan hadir pada hari ke-11, dan selanjutnya dia akan berpuasa terus ke penghujung Ramadan, iaitu hari-hari ke-28, ke-29 atau ke-30.

Hari-hari bulan Ramadan adalah hari-hari berpuasa. Dan mereka dihitung, supaya dapat diganti pada hari-hari lain untuk mencukupkan bilangan sebulan apabila puasa tidak dapat disempurnakan dengan genap. Pada ayat yang sama tertulis apa yang dikatakan itu, berbunyi,

"dan agar kamu cukupkan bilangan" (2:185)

Ayat tersebut jelas dengan tersendiri. Tidak ada misteri padanya. Dan ia jenis mukhamat.

Soalan yang sama telah juga dikirim oleh orang lain. Seorang daripadanya, setelah bertukar beberapa e-mel dengan kami, mengirim e-mel terakhir setakat ini, seperti terakam di bawah:


From: Aku Shai
Date: 2009/9/24
Subject: 17:84
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun Alaikum.

Semoga Tuan Dalam Keadaan Sejahtera Di Dalam Lindungan Pemelihara Sekalian Alam, Terima Kasih Dengan Maklumat-Maklumat Yang Telah Tuan letak Di Dalam Laman EBACAAN. Di Sini Saya Ingin ambil Kesempatan Bertanyakan Tentang Ayat Di Bawah

17:84. Katakanlah, "Tiap-tiap orang buat menurut caranya sendiri; tetapi Pemelihara kamu sangat-sangat tahu siapa dia yang lebih dapat petunjuk pada jalan."

Pada Pandangan Tuan, Apakah Penjelasan Yang sebenarnya Tentang Ayat Berkenaan Diturunkan.

Sekian Terima Kasih.

Salam.
 

Salamun alaikum, dan sekali lagi terima kasih. Setelah puas bertanya terutamanya mengenai puasa Ramadan, ayat di atas dikirim pula. Seolah mengatakan amalan puasa atau amalan lain boleh dilaksana menurut cara sendiri.

Frasa "Tiap-tiap orang buat menurut caranya sendiri" adalah pada hemat kami, turut bermaksud seseorang tidak boleh dipaksa buat sesuatu menurut ketetapan manusia lain. Dia harus dibiar buat menurut cara sendiri.

Akan tetapi, diingatkan pula iaitu cara sendiri tidak semestinya cara yang betul umpama dilakukan oleh orang dapat petunjuk. Antara orang-orang yang mengikut cara sendiri adalah mereka yang dapat petunjuk, dan ada juga yang tidak. Demikianlah difahamkan daripada bahagian kedua ayat tadi berbunyi, "Pemelihara kamu sangat-sangat tahu siapa dia yang lebih dapat petunjuk pada jalan."

Justeru, cara sendiri pun harus berdasarkan petunjuk. Dan petunjuk itu pula harus diterima bukan macam orang yang dijangkiti Sindrom Lembu Betina -rajamaca.

Terima kasih.
 

27 Sept 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman