Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon

 


From: Suan Abdullah <suanabdullah@yahoo.com>
Date: 2010/2/13
Subject: Ahlul Bait vs pengkinat Rasul allah dan anak cucu Rasul Allah
To:
ebacaan114@gmail.com


 

AllahhumA sali ala syedina muhammad waal ahlihi syedina muhammad.


Salam sejahtera dan semuga kita semua tahu mengenang budi kepada kekasih Allah dan habibulahnya yang ditinggal kan di dunia ini.

 

Dan kepada manusia yang mencuri ilmu rasulullah dan anak cucu Rasul Allah dan tak suka dengan orang orang yang berselawat yang tiada lain hanya mendoakan dan meminta Allah mesejahterakan muhammad dan anak cucu nabi muhhamad ini maka jangan lah baca atau berdebat dengan saya, kerana orang  serupa ini niat mereka mengajak kita melupakan Rasul dan anak cucu rasulullah yang masih ada di muka bumi ini agar mereka dapat bertahkta atas apa yang rasulullah tinggalkan tujuan mereka dua kali lima juga lah dengan ulamak yang ada hari ini mengajak manusia melupakan Anak, Cucu, Rasul Allah.

 

Meraka mengajak kita lupakan manusia yang telah menyinar kan kita semua didalam kegelapan kepada cahaya Allah.

 

.Soalan ini adalah soalan orang yang tak tahu mengenang jasa, setelah madu di sebat sepah di buang. Dan mereka inilah seolah olah seperti anjing yang tersepit selepas dilepaskan mengigit. 

 

Selawat ini adalah doa orang yang sayang kan nabi muhammad dan demi terimakasihnya kepada nabi muhammad mereka menyanjung tinggi kerturunan yang nabi tinggalkan tapi orang yang mecuri ilmu rasulllah tanpa izin mereka menyoal pula manusia yang hanya mendokan kpeada Allah agar mensejahterkan orang yang mereka kasih nabi muhammad dan anak cucu nabi muhammad seperti mana kaum yang terdahulu kasih kan ibrahim dan anak cucu nabi ibrahim. Mereka yang berperangai seperti ini adalah sebenar mengajak kita hapus peringatan kita kepada Rasul Allah dan melupakan anak cucu Rasul Allah dan sesudah itu merekalah yang paling layak ,menggantik habibulah ini, dan agar manusia menyangjung mereka dan  konon nya mereka lah yang pandai walahl ilmu tu rasulullah yang punya yang di beri oleh Allah melalui malaikat jibarail. 

 

Inilah balasan yang nabi terima dari orang yang mencuri ilmu rasulullah ini, setelah mencuri ilmu rasulullah tanpa izin dari anak cucu rasulullah mereka mengunakan Al quran  atau makna sebenar *kata Ana" "qur An" dan ayat selawat ini adalah jadi batu penghalang bagi mereka lalu mereka tanya ayat yang mudah ini saya dapat dari mana . Tetntu lah jawapan nya amat mudah tapi pelik bagi manusia yang berhati iblis dan syaiatan yang mengendap dijalan yang lurus ini .

 

Ayat ini datang nya dari orang yang beriman tanda syukur nya mereka kepada Allah yang menghatar seorang Rasul dan mebawa kitab Al Quran untuk orang yang beriman ini agra menambah kan keyakinan mereka  kepada  Allah, dan malaikat dan Rasul Rasul seblum nabi muhammad, dan kiatb Al quran dan ketentuan Allah dan balasan balasan di akhirat kelak, dan kerana itulah mereka berselawat keatas rauslulah sebabagai berterima kasih kerana mebawa mereka kejalan yang lurus dan bukan seperti orang yang meyoal ayat yang senang ini mejadikan mereka susah hati kerana mereka tahu mereka tak layak jadi pemipin umat muhhamad yang di sejhaterakan Allah daa segala malaikat maka mereka pun menyaoal ayat ini dari mana . Mestilah ayat ini dari orang yang tahu berterima kasih dan bukan dari orang munafik musyrik dan fasik disisi Allah dan Rasul nya. 

 

Allah  sayang  kan rasulullah dan sebagai tanda kasih sayangnya kepada nabi lalu Allah berfirman sesungguh nya Allah dan segala malaikat berselawat ketas nabi Innalah humalaikat tahu solu alan nabi, dan merka yang tak kasih kan nabi dan anak cucu rasulullah ini adalah golongong orang orang yang dengki dan khianat tak ubah lah mereka ini seperti iblis  dahulu  apabila Allah menyuruh  iblis ini sujud kepada adam semua malaikat sujud kecuali iblis, kerana merasa diri dia lebih mulia dari adam begitu juga orang yang mencuri ilmu rasulullah ini tidak sukakan selawat ini mereka tak ubah lah seperti iblis tadi.  

 

Allah meyeru didalam firman nya innalah humalakathu solu alan nabi wahai orang yang beriman berselawat lah kepada nabi dengan taslimin tapi orang yang tak suka kan nabi mengajak kita cuma ingat kan Allah seperti lah jawapan iblis tadi yang dia takan sujud kepada adam kerana dia lebih mulia dan hanya layak bersujud pada Allah maka iblis dilahknati Allah hingga ke akhirat dan bersama sama kunci iblis yang ada hari ini yang menumpang dijalan yang lurus di atas ilmu rasulululah dan anak cucu Rasul Allah  kerana mereka lupa mensejahterkan nabi adalah perintah allah untuk menguji keimanan mansuia yang mengaku beriman, seperti mana iblis di perintah kan bersujud kepada adam tadi adalah perintah Allah .

 

Orang yang beriman dan orang yang mencari jalan yang lurus akan sentias mengingati Rasul dan kerturunannya didalam selawat tapi orang  munafik dan fasik sudah tentu mereka rasa cemburu kerana sikap bongkak dan sombong yang ada pada mereka setelah ilmu rasululah yang mereka terima lalu megajak manusia melupa kan Rasul dan anak cucu Rasul Allah ini. 

 

Sehinggakan sangup meyoal soalan yang bodoh agar mereka dapat memperbodoh kan orang lain dan tujuan agar meraka pulak yang disanjung oooo sipolan dan polan itu baguuus hanya mengajr Al quran dan hadit harus ditolak dan sebagainya.

 

Umat yang sentiasa berada di belakang rasulullah dan anak cucu rasulullah di akhirat kelak tetap berada disamping rasulullah dan anak cucu rasulullah dan umat yang bermahzab akan berada di belakng imam mereka yang memcah belahkan kan umat rasullah kepada mahzab mahzab dan umat yang mencuri ilmu rasullah dan mengatakan hanya Allah saja dan lupakan Rasul dan anak cucu rasulullah agak agak mereka duduk belakang sapa agak nya, takan nak duduk belakang Allah dan Allah bertanya siapa imam kamu atau nabi kamu atau ketua kamu umat ini nak jawap apa lah agak nya, nak cakap kami umat rasulullah sudah tetentu ditenangt habis habisan oleh anak cucu rasulullah, nak duduk di belakang iman iman yang memecah belah kan umat dan bermahzab mahzab mereka tetntu tak terima dik shfiee atau imam imam mahzab yang lain lalau kena halau samabil imam imam ni berkatakata dia ni lah yang selalu  kutuk aku, dan nak duduk belakang al quran dan al quran hanya sebuah kitab takan lah nak duduk belakan kitab dan nak duduk belakan Allah maka jadilah orang yang kurang ajar oran lain bersama sama imam mereka dan nabi nabi mereka menhadap Allah orang yang macam ni dia nak menyorok belakang Allah sudah tentu Allah suruh malaikat camapk kan mereka ini duduk di belakang iblis dan syaitan kerana mereka bongkak dan melawan perintah Allah untuk tunduk kepada adam dan nabi muhammad tadi.

 

Sekian kepada meraka yang menagaku tak bermahzab maka mahzab syaitalah yang mereka pegang, kepada mereka yang bermahazab maka ketua ketua dan imam mereka lah yang akan berada dihadapan mereka dan mereka yang tiada mahazab atau ketua melaikan Rasul dan anak cucu Rasul Allah akan berada di belakang nabi muhammad Rasul Allah dan anak cucu rasulallah dan juga orang oranag yang beriman. Pada masa itu mereka akan lihat kepada kuncu kunchu iblis dan syaiatan yang tak beriman kan Rasul dan juga bersama degan anak cucu rasullah semasa hayat mereka menerima azab yang pedih selama lama nya. Ayyat innalah humalikat tahu solu alan nabi in hanya ditujukan kepada orang yang beriman orang yang kasih kan rasulul  Allah  , kalau tak beriman tak payalah ikut saja  pada al quran, tapi tanggal kan lah ayat  innalah humlaikat kerana ayat ini akan mebuta kan jiwa orang yang tak beriman memeberontak dan iblis dan sayaiatn yanag ada didalam jiwa mereka mengelupur.

 

Nampak sangat selepas mereka ambil ilmu rasulullah mereka menagjak manusia lupa kan Rasul adn anak cucu Rasul allah dari ingatan kita semua dan tak berterima kasih dan juga bershukur. Ingat lah nabi tak pernah meminta kita gar meberi harata dan wang ringgit kita tapi hanya minta dan bukan nya dia minta wang ringgit,  dia tak tinggal kan apa pun melainkan al quran dan zuriat dia itu pun kita mengajak manusia lupa kan ini lah dia orang kalau masa zaman rasulullah dulu akan bersama sama manusia  yang akan melenyap cahaya Allah dengan tangan mereka dan sesudah rasulullah wafat mereka seperti ini jugalah yang mengajak manusia membunuh anak cucu Rasul Allah di muka bumi ini.

 

Ini juga menujuk kan perganai munafik manusia selepas ilmu di beri atau dicuri tak mengikut salauran dan setelah dapat apa yang di inginkan maka di suruh lupa kan punca dan asal usul ilmu itu sendir. Dan ini juga manusia yang dikata kan Allah tak berhukum berutus dan berurus dengan apa yang Allah firman kan kepada Rasul untuk sampai kan kepada manusia maka golongan inilah yang mencuri ilmu rasulullah lalau mengunakan nya untuk mezalaimi diri mereka sendiri di akhirat nanti kan.

 

Dan sebelum saya akhiri saya mengajak mereka yang beriman dengan Allah dan segala malaikat agar sentiasa berselawat keatas nabi dan jagan lah mengikut kucchu iblis dan sayaitan yang mengajak manusia melupakan nabi dengan kalaimah Allah saja tidak seperti kalaimah manusia yang menerim kalimatuhak dari nabi yang naik saksi semasa nabi dihadapan nabi bahawasa nya tidak tuah yang disembah me;laikan Allah dan muhammad rasull allah. Mereka cuba memedam ingatan kita kepada Rasul Allah tetatpi mereka tidak akan berjaya keran niat iblis yang ada dalam diri mereka akn mejunam kan mereka kelembah kehinaan di dunia mau puan di akhirat. Sekian  salam sejahtera kembali dan say akhiri denga selawat nabi. DAN KEPADA MUHAMMAD ISA CARI LAH TERJEMAHAN AYAT AL QURAN AGAR KAMU FAHAM DAN DAPAT TAHU MANA SAYA DAPAT AYAT INI.

 

ALLAH HUMASALI ALA SYEDINA MUHAMMAD WAALA AHLHI SYEDINA MUHAMMAD.  

 

Ahlulu Bait  vs pengkinat Rasul allah dan anak cucu Rasul Allah


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menulis kepada kami. Kali ini kami juga merasakan sesuai untuk menukarkan tajuk, buat sementara waktu, kepada berbunyi "Pengkianat Rasul Allah daripada anak cucu Rasul Allah Hari Ini vs Ahlul Quran".

Pertama, kami ingin tegur "salawat" di atas iaitu ALLAH HUMASALI ALA SYEDINA MUHAMMAD WAALA AHLHI SYEDINA MUHAMMAD. Kami berpendapat ia bukan suatu yang suci dan benar, kerana tidak ajar atau disuruh Allah. Bermkasud, tidak juga diajar atau disuruh oleh Rasul Allah.

Sila lihat ayat Allah berkaitan, diturunkan di bawah (kami salin bersama tafsirannya daripada Lafaziyah):

 

Innallaaha  (Sesungguhnya Allah)

wamalaa-ikatahuu  (dan malaikat-malaikat-Nya)

yushalluuna  (sampaikan/memohonkan rahmat)

'alan nabiyyi  (atas Nabi)

yaa-ayyuha  (wahai)

-lladziina  (orang-orang yang)

aamanuu  ([mereka] beriman)

shalluu  (mohonkanlah rahmat)

'alaihi  (atasnya)

wasallimuu  (dan mohonkan kesejahteraan)

tasliiman  (kesejahteraan/penghormatan)

 

Apabila dilihat pada teks asal dapat diketahui dengan jelas bahawa kalimat AHLHI (bermaksud ahli keluarga) tidak dicatat Allah. Juga tidak disebut oleh Rasul Allah. Maka frasa AHLHI SYEDINA MUHAMMAD adalah suatu pencemaran, atau penipuan untuk menegakkan suatu yang disuntik sebagai kebenaran.

 

Penipuan serupa ini (dilakukan oleh orang yang mengaku anak cucu Rasul Allah) amat berat di sisi Tuhan. Firman-Nya (juga disebut oleh "moyang" kepada orang-orang yang mengaku anak cucu Rasul Allah hari ini),

 

"Dan antara mereka, ada segolongan yang putarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu sangka ia daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukan daripada al-Kitab; dan mereka berkata, 'Ia daripada Allah', tetapi ia bukan daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:78)

 

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, 'Ini daripada Allah,' supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka." (2:79)

 

Dicelakakan oleh Allah! Siapakah yang dicelakakan-Nya di sini?

 

Sila lihat ayat sekali lagi. Didapati Tuhan menyuruh orang-orang beriman "berselawat" ke atas Nabi - yaa-ayyuha -lladziina aamanuu shalluu 'alaihi wasallimuu tasliiman - tapi orang-orang mengaku Ahlul Bait, fasih bahasa Arab, menyebutnya AllahhumA sali ala syedina muhammad waal ahlihi syedina muhammad pula! Tidakkah itu bermaksud Allah yang berselawat? Allah suruh ente berselawat tapi ente kata/suruh Allah pula yang berselawat! Sepatutnya ente menebut "Ana sali ala...."

 

Sekali lagi didapati Rasul Allah dikhianati oleh kononnya anak cucu baginda! Renungkan pula firman Allah selanjutnya, yang keluar dari mulut Rasul Allah berbunyi, "Kami turunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham" (12:2). Tapi ente tak mahu faham!!! Mengapa ente tidak mahu faham sedang orang lain yang bukan Arab, bukan anak cucu Rasul Allah, mahu faham?

 

Seperkara lagi mengenai salawat, iaitu tentang Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi. Adakah salawat mereka hanya dengan melafazkan perkataan-perkataan sahaja? Atau bermaksud beri pertolongan dan sebagainya?

 

(Sila lihat Salawat. Terima kasih.)

 

Apabila pada kepala dan ekor karangan diletak perkara yang busuk, tidak mungkin badan dan perutnya diisi dengan perkara-perkara yang tidak memualkan pula! Pada mereka tidak terdapat satu ayat Allah pun disebut sebagai dalil atau bukti. Cuma kata-kata dipetik daripada tuhan-tuhan selain Allah, yang bertentangan dengan ajaran-Nya. Tidak seperti Rasul Allah apabila berdebat dengan orang minta ditunjukkan bukti, dan bukti yang baginda beri hanyalah ayat-ayat al-Qur'an. Cuba lihat sabda baginda atas firman Tuhan berbunyi,

 

"Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, 'Kemukakan buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan Peringatan orang-orang yang sebelumku.' Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu yang benar, lalu mereka berpaling." (21:24)

 

Sesungguhnya tidak ada ayat mengatakan apa diturunkan kepada Muhammad itu khas baginya sahaja dan jika orang lain menggunanya diterangkan sebagai mencuri pula. Tidak juga ada ayat yang menyuruh manusia bermazhab (tapi ayat yang melarangnya ada). Hanya tuhan selain Allah sahaja yang berkata atau menyuruh buat demikian. Atau syaitan. Yang orang-orang mengaku anak cucu Rasul Allah ikut.

 

Sudah jelas bahawa golongan yang mengaku anak cucu Rasul Allahlah (seperti SA) yang jadi pengkhianat sebenar kepada baginda. Sebab tidak tahu yang benar, iaitu kandungan al-Qur'an yang dibawa moyang mereka.

 

Di rumah baginda pada zaman dahulu ayat-ayat Allah dibacakan kepada ahli keluarga. Tidak mungkin amalan itu diteruskan oleh orang-orang yang mengaku anak cucu baginda pada hari ini. Kerana apa mereka kata bertentangan dengan al-Qur'an, bertentangan dengan kata-kata Rasul Allah, moyang mereka.

 

Telah difahamkan orang-orang yang mengaku Ahlul Bait pada hari ini menganggap diri-diri mereka suci. Itu kerana mereka tidak tahu bahawa moyang mereka telah bersabda atas firman Allah berbunyi, "janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa" (53:32). Tidak mungkin orang-orang yang tidak tahu atau tidak ikut al-Qur'an jadi orang takwa, apatah lagi jadi suci.

 

Sifat meninggikan diri dapat dilihat jadi pakaian orang-orang yang mengaku Ahlul Bait pada hari ini. Sifat tersebut sama seperti terdapat pada Bani Israil atau orang Yahudi. Demikianlah menurut firman berbunyi,

 

"Dan Kami telah tentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, 'Kamu akan buat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar.'" (17:4)

 

Orang Yahudi meninggi kerana kepandaian mereka. Ente apa pula? Ahlul Bait? Anak cucu Rasul Allah? Lupakah ente kepada Abu Lahab yang DNA-nya serupa dengan Rasul Allah? Atau bapa Nabi Ibrahim, atau anak lelaki Nabi Nuh, yang bakal jadi penghuni neraka selama-lamanya.

 

Bila menyebut tentang Bani Israil teringat satu peristiwa apabila kami ditemukan dengan seorang daripada golongan India-Muslim yang mengaku keturunan Nabi Yusuf. Walaupun tersentak dengan pengakuan itu muka kami tenang dan bersenyum sahaja, tetapi mata merenung dengan tajam kepada wajahnya yang berupa, menurut panggilan umum, seorang mamak (disebut dengan hormat) sambil memikirkan bahawa Nabi Yusuf adalah seorang Bani Israil.

 

Setelah sentakan jadi reda, fikiran kami berkisar pula pada kemungkinan anak cucu Nabi Yusuf telah menggembara atau berlayar jauh hingga ke benua Asia Selatan. Di situ mereka berkahwin dengan orang tempatan, dan kemudian anak cucu cicit mereka datang, dengan perasaan bangga, ke Malaysia pula.

 

Sayugia diingatkan bahawa Nabi Yusuf hidup lama sebelum Nabi Musa. Yusuf dikatakan bertanggungjawab membawa Bani Israil masuk ke negeri Mesir, dan Musa pula keluarkan mereka.

 

Di dalam al-Qur'an tidak disebut mengenai Bani Muhammad atau Bani Yusuf, tetapi Bani Adam ada. Sekiranya semua manusia, termasuk yang mengaku anak cucu Rasul Allah, memikirkan mereka adalah Bani Adam maka tidak akan wujud kesombongan seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Allah mengingatkan,

 

"Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (7:35)

 

Justeru, jika Bani Muhammad atau Bani Yusuf tidak mahu bertakwa serta membetulkan maka mereka pun akan merasakan ketakutan dan kesedihan terutama pada hari akhirat!

 

Terima kasih.

Salam.

 

 

16 Februari 2010

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman