Ramadan - Bulan Baru Bukan Hilal?
Sila lihat juga Tambahan 19 Julai 2012 di bawah

 

From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, July 26, 2011 5:24 PM
Subject: Bulan Baru Bukan Hilal?
 

Salam,

Oleh kerana kita akan masuk Bulan Ramadan, terdetik pula di hati saya untuk membaca mengenai bagaimana para pakar ASWJ tentukan tarikh Muslim berpuasa. Ini adalah kerana selama ini saya hanya ikut sahaja penetapan mereka. Kerana keinginan utk mengetahui, saya mencari beberapa artikel utk dibaca, dan saya temui - http://www.iluvislam.com%2Ftazkirah%2Fsains-a-islam%2F2738-hilal-rukyah-dan-hisab.html&ei=2IIuTvCmJsb3rQfGhuyXAw&usg=AFQjCNFEbx_5kOXZD4oxCIDdrp1Pb1XCQw

Tercatat di dalam artikel tersebut bahawa utk tentukan Ramadan ialah dgn melihat Hilal. Lalu dikatakanya Hilal itu bukan Bulan Baru tetapi bermaksud "Bulan Sabit". Dan apabila kita dapat melihat Bulan Sabit (Hilal) tersebut maka menandakan 1 Ramadan menjelma keesokan harinya utk kita berpuasa. Proses melihat Bulan Sabit itu dikenali sebagai Rukyah (bukan Rukyah pesakit yg dirasuk jin itu).

"Hilal adalah fasa seterusnya selepas fasa Bulan Baru di mana pantulan cahaya berbentuk sabit mula kelihatan. Hilal akan kelihatan lebih kurang sehari atau lebih selepas Bulan Baru. Di mana, pergerakkan bulan pada orbitnya mula membenarkan pantulan cahaya matahari pada permukaannya untuk sampai ke bumi. Cahaya yang terpantul itu yang akan kelihat sebagai bulan sabit pada pemerhati di bumi. Bulan baru dalam kalendar Islam bermula dengan Hilal bukan Bulan Baru."

Juga didlm artikel tersebut menyebut ayat Al-Quran 2:185,

"perkataan famaan shahida minkum as-shahara bermaksud 'Sesiapa antara kamu yang melihat bulan'.

Ayat ini merujuk terus keperluan untuk melihat sendiri Hilal. Perkataan 'shahida' beri makna untuk melihat dalam bentuk fizikal sebagai bukti (hilalsighting.org). Maksud lain bagi perkataan 'shahida' adalah, untuk bersaksi atas suatu perkara yang dilihatnya".

Yang mengelirukan saya ialah selama ini saya fikir mereka tentukan awal Ramadan dgn melihat Bulan Baru, rupa-rupanya awal Ramadan ditentukan dgn melihat Bulan Sabit.

Petikan ayat surah 2:185 diterjemah Bacaan,

"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih."

Jadi, pada pemikiran sahabat bagaimana? Adakah hilal itu bermaksud Bulan Sabit atau Bulan Baru? Harap-harap dapat hilangkan kekeliruan saya.


Tk & Salam.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Bulan baru adalah hilal menurut bahasa Arab di Concordance muka surat 492. Terdapat satu ayat al-Qur'an yang menyebutnya tetapi ia bersifat jamak berbunyi ahillah. Ayat yang dimaksudkan ialah:

"Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru ('anil ahillati). Katakanlah, 'Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.'" (2:189)

Pada ayat 2:185 itu perkataan bulan atau moon tidak terdapat. Bulan di situ bermaksud month, contoh bulan Januari. Frasa menyaksikan (hadir) itu tiada kaitan dengan moon tetapi month. (Ayat ini dimasukkan di sini pada 19.7.2012).

Kerana hilal ditafsirkan kepada bulan sabit maka tarikh 1hb Ramadan terlewat satu atau dua hari - seperti kami lihat sudah kian lama - apabila dibandingkan dengan kalendar lunar suatu kaum di negara ini. Pada tahun ini kelewatannya ialah satu hari.

Di halaman ini http://www.weathercity.com/my/kuala_lumpur/ tercatat bahawa New Moon (Bulan Baru) jatuh pada hari Ahad 31 Julai ini (2011).

Harap-harap kekeliruan sahabat dapat dihilangkan dengan penjelasan di sini.

Allah disanjung!


27.7.11


Tambahan 19 Julai 2012

mengenai Bulan Baru
 

Menurut wikipaedia, manusia tentukan Bulan Baru atau New Moon dengan dua cara. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/New_moon (Terima kasih kepada sahabat Zainalw atas link).

Cara pertama dipakai dalam astronomy, iaitu Bulan Baru ditentukan apabila bulan berada paling dekat dengan matahari, atau apabila bulan dan matahari berada di garisan lurus yang sama seperti dapat dilihat dari bumi. Dengan ini, bulan dan matahari ditetapkan pengkalan untuk buat perkiraan. Pada hemat kami ia sejajar dengan firman Allah berbunyi,

10:5. Dia yang buatkan matahari satu sinaran, dan bulan satu cahaya, dan tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan, supaya kamu tahu bilangan tahun dan hitungan. Allah tidak ciptakan itu melainkan dengan benar; Dia jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

Bulan tidak dapat dilihat pada waktu tersebut (kecuali semasa gerhana matahari), dan kekadang dipanggil dark moon atau bulan gelap.

Cara kedua ialah dengan melihat bulan sabit. Ia agak sukar untuk menentukan Bulan Baru kerana bulan harus keluar dari garisan lurus tersebut atau keluar dari pengkalannya. Lalu kami dapati hari yang tentukan Bulan Baru berselisih sebanyak satu atau dua hari dengan cara astronomy.

Cara ini dipakai oleh orang Islam dan beberapa golongan lain, atas sebab keagamaan terutamanya.

Terima kasih.

Allah disanjung lagi!


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman