Ayat 73:4 Bacaan Sebenar

 

From: Razi
Sent: Tuesday, May 08, 2012 10:20 PM
To: Pengurus Laman
Subject: Re: Hello


Salamun alaikum,

I hope this mail greets you in good health. Please, in your spare time, provide me with your views on the following verses. I shall not, though, further the discussions on tahajut as appearing in “Terkini” and wish to thank you in anticipation.

Best Regards


Surah 73 - Al-Muzzammil

Verse 73:4

Or a little more; and recite the Qur'an in slow, measured rhythmic tones. [A Y  Ali]

Or add to it, and recite the Quran as it ought to be recited. [Shakir]

Or add (a little) thereto - and chant the Qur'an in measure,[Pickthal]

Or a little more. And recite the Qur'an (aloud) in a slow, (pleasant tone and) style. [Mohsin Khan]

And chant the Koran very distinctly. [Arberry]

Atau menambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.[Othman]

Atau lebihi atasnya dan bacalah Al Qur’an perlahan lahan. [Lafzhiyah]

 

I have been pondering on the above verse (73:4) for quite a while, plainly in the context of  how the Qur’an should be recited during the night, or part thereof. There seem to be several views from the above selected translations, featuring rhythmic tones, clarity, speed and possibly that the Qur’an should be read in the Arabic text.

If I were to interprete Othman’s and Shakir’s (“...ought to be recited”, and ...”dengan bacaan sebenar”) I am of the opinion that the Qur’an should be recited in the Arabic text. Whereas the rest emphasized on reciting the Qur’an slowly and clearly.

Whereas, in Verse 73:20 almost all translations share the common view of “...... Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat.....”.  From this verse, if my opinion is taken into account, one may recite the Arabic text of the Qur’an randomly as may be easy to recite slowly and clearly.

“Segala pujian bagi Allah, Pemelihara semua alam”

 

 May 8, 2012

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Terpanggil lagi untuk menulis mengenai membaca al-Qur'an dalam bahasa Arab. Kali ini kami dihadapkan dengan beberapa dalil lain untuk mempertahankan kepercayaan bahawa amalan itu mesti dilakukan.

Sebelum memulakan pembentangan pendapat, harus diingatkan kami tidak menolak sama sekali al-Qur'an bahasa Arab, malah bersetuju bahawa bahasa Arab adalah bahasa paling baik di dunia, senang diterjemah kepada bahasa lain, dengan perkataan yang tepat kepada maksud, seperti perkataan mereka, yang dapat difahamkan sama ada mereka itu lelaki, atau perempuan, atau sekeumpulan, dan sebagainya.

Bermula dengan menyatakan bahawa kami tidak menafikan maksud sebenar pekataan rattala atau terbitannya, rattil dan tartil, yang terkandung di dalam ayat 73:4 adalah measured rhythmic tones, atau in measure, atau slow, (pleasant tone and) style, atau very distinctly, atau perlahan-lahan menurut ketetapan penterjemah-penterjemah tersenarai di atas.

Namun begitu, kami mengertikannya kepada bacaan sebenar pula (seperti Shakir yang menterjemahkannya kepada ought to be recited) kerana bersetuju bahawa demikian itulah al-Qur'an harus dibaca, iaitu dengan perlahan, sebutan betul dan sebagainya - untuk memahami maksud mesej sebenar.

Benar, al-Qur'an dalam bahasa Arab apabila dibaca harus dibaca dengan sebutan yang betul. Jika tidak, maksud perkataan atau ayat tidak dapat difahamkan dengan patut.

Begitu juga bagi bahasa lain. Salah sebut, salahlah makna perkataannya.


Ayat 73:4 menyuruh membaca al-Qur'an. Adakah suruhan itu bemaksud hanya melafazkan dalam bahasa Arab sahaja? Kami rasa tidak, berdasarkan dua ayat di bawah ini:

12:2. Kami turunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.

41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,

Frasa Supaya kamu faham dan kaum yang tahu adalah, pada hemat kami, dua kata kunci yang harus direnungkan. Justeru, bagi orang atau kaum yang faham atau mengetahui bahasa Arab haruslah membaca al-Qur'an dalam bahasa Arab.

Dua firman tersebut beri peringatan yang jelas bahawa ayat-ayat al-Qur'an dalam bahasa Arab hendaklah difahamkan atau diketahui maksudnya.


Manusia dicipta dengan pelbagai warna dan bahasa. Kepelbagaian itu jadi antara ayat-ayat-Nya, atau tanda-tanda kebesaran-Nya, sama dengan pada ciptaan langit dan bumi. Ayat berikut dirujuk:

30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna.

Kerana itu, bagi mereka yang berbeza bahasa (bukan atas kehendak mereka) ayat-ayat al-Qur'an harus dijelaskan, dan tentu sekali dijelaskan dalam bahasa mereka sendiri. Pendapat terbit daripada firman berbunyi,

41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?"

Firman turut menunjukkan bahawa tidak mustahil bagi al-Qur'an diturunkan, atau diadakan, dalam bahasa asing, tetapi Allah memilih bahasa Arab kerana Nabi yang sampaikannya berbahasa Arab. Memang ada sebab lain juga mengapa Kitab itu berbahasa Arab, seperti telah dinyatakan tadi.

Ia juga menyebut mengenai penjelasan ayat-ayatnya, yang pada hemat kami, jadi antara faktor penting mengapa al-Qur'an diturunkan. Maksud ayat-ayat al-Qur'an harus jadi jelas.

Lantaran itu dewasa ini, dengan izin-Nya, al-Qur'an sudah dijelaskan atau diterjemahkan ke dalam lebih daripada 100 bahasa, yang merupakan bahasa-bahasa ciptaan Allah jua.


Selanjutnya, Dia menyatakan al-Qur'an bahasa Arab adalah untuk orang-orang Ibu Bandaraya dan kawasan di sekitarnya, iaitu orang-orang Arab (yang faham bahasanya):

42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya,

Sehubungan itu, teringat satu catatan mengenai ayat-ayat al-Qur'an telah diterjemah ke dalam bahasa Parsi sedang Nabi masih hidup. Ada juga mengatakan bangsa itu telah bersolat dalam bahasanya pada masa itu juga. Malang sekali kami tidak ingat dari sumber mana kami membacanya.


Balik kepada ayat 73:4. Mohon maaf kerana bertanya, haruskah al-Qur'an itu dibaca dalam bahasa yang tidak difahami? Adakah "pahala" apabila membacanya dalam bahasa Arab walaupun tidak difahami?

Telah diperingatkan bahawa al-Qur'an dibaca untuk difahamkan. Peringatan ditambah dengan firman menyuruh membacanya supaya percayainya pula. Firman dimaksudkan berbunyi,

2:121. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka percayainya, dan sesiapa tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.

Lantas rugilah orang-orang yang membaca al-Qur'an tetapi tidak percayainya, seperti orang-orang yang membacanya dalam bahasa Arab dengan tidak faham bahasa tersebut. Baca untuk percaya. Mustahil dapat percaya ayat-ayat-Nya bila membaca dengan tidak faham.


Satu lagi sebab mengapa disuruh membaca al-Qur'an dengan bacaan sebenar ialah supaya tidak lupa. Ayat yang menjelaskannya berbunyi, "87:6. Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa,".

Pendek kata, al-Qur'an dibaca dengan tartil supaya dapat difahamkan, dipercayai dan tidak dilupakan.


Pendapat atas kemestian membaca al-Qur'an dalam bahasa Arab itu dikukuhkan lagi dengan ayat, atau sebahagian daripada ayat 73:20, berbunyi
“...... Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat.....” yang diertikan kepada membaca al-Qur'an dalam bahasa Arab sambil memilih mana-mana yang senang dibaca dengan perlahan dan jelas.

Di situ tartil diutamakan, lalu mana-mana yang senang disebut dibaca. Mana yang susah disebut (dalam bahasa Arab) tidak dibaca.

Pendapat kami berlainan pula. Bahagian al-Qur'an yang mudah adalah bukan mudah disebut atau dibaca tetapi yang mudah difahamkan. Kerana terdapat ayat-ayat yang tidak mudah difahamkan atau dipanggil berat. Ayat-ayat yang berat dapat difahamkan apabila membaca al-Qur'an pada waktu malam. Pendapat ini tersirat pada ayat menyusuli ayat 73:4 tadi. Supaya jelas, diturunkan kedua-dua ayat berkenaan:

73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.
73:5. Sesungguhnya Kami akan lemparkan kepada kamu ucapan yang berat.

Arahan membaca yang mudah pada ayat 73:20 itu sebenarnya ditujukan kepada orang-orang yang sakit, yang berpergian di bumi, yang mencari pemberian Allah, dan yang berperang di jalan Allah. Maka bagi mereka harus membaca ayat-ayat yang senang difahami dan tinggalkan yang berat kerana yang berat ambil masa lebih lama, atau jauh lebih lama, untuk difahami maksudnya. Keseluruhan bunyi ayat tersebut diturunkan di bawah ini:

73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


Sebelum menamatkan penglahiran pendapat atas perkara dibincang, ingin menyatakan iaitu kalimat rattala atau terbitannya, rattil dan tartil terbit dua kali di dalam al-Qur'an. Pertama ayat 73:4 dan kedua dalam ayat berbunyi,

25:32. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami teguhkan hati kamu dengannya, dan Kami bacakannya dengan bacaan sebenar.


Tatkala sampai di bahagian akhir dalam penyediaan jawapan ini, diterima pula satu lagi emel yang mengandungi tambahan kepada isi emel di atas. Antara terkandung di dalamnya adalah beberapa ayat untuk menegaskan lagi pendapat atas pembacaan al-Qur'an dalam bahasa Arab. Kesemua kandungan tambahan tersebut dirakam di bawah ini:


May 9, 2012

Salam,

I read the following verses again and of the opinion that recital of the Qur’an (during the night or part thereof) needs to be in the Arabic text. To be honest, I was reminded by someone during my last visit to Masjidil Haram that we (of no knowledge of the Arabic language) are blessed to be able to understand the Qur’an from the translations (of the Kitab) available today. However, understanding the Qur’an and its recital are two different things. The man also suggested that my solat prayers have to be in Arabic. As of today, half of my solat prayers are already in Malay. I really look forward to your views. And thank you for your valuable time:

“Engkau disanjung ya Allah”

[2.121] Those to whom We have given the Book read it as it ought to be read. These believe in it; and whoever disbelieves in it, these it is that are the losers. [Shakir]

[17.106] And it is a Quran which We have revealed in portions so that you may read it to the people by slow degrees, and We have revealed it, revealing in portions. [Shakir]

[17:106] Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan. [Othman]

[17:106] dan Al Qur’an Kami pisah-pisahkannya supaya kamu baca kepada manusia atas beransur-ansur dan Kami turunkannya terus-menerus. [Lafzhiyah]

“Segala pujian bagi Allah, Pemelihara semua alam.”

Salam


Terima kasih buat kali kedua. Kami jawab kandungan mengenai ayat-ayat al-Qur'an terlebih dahulu, kecuali ayat pertama 2:121, yang sudah kami kupas terlebih dahulu. Bagi ayat 17:106 pula kami rasa frasa
"by slow degrees" tidak patut diselit di situ sebab tidak terdapat dalam teks asal, iaitu al-Qur'an. Ia seakan satu pencemaran ke atas ayat Allah. Sila bandingkan ayat tersebut dengan Lafzhiyah.

Masih dengan ayat 17:106. Perkataan you atau kamu harus diperhatikan juga. Apabila ia tujukan kepada Nabi Muhammad maka al-Qur'an yang dibacanya adalah dalam bahasa Arab (kepada orang yang memahami bahasa itu). Tidak mungkin baginda akan membaca dalam bahasanya kepada, misalan orang Melayu yang tidak tahu bahasa Arab, dan kerana itu, tentu baginda akan memanggil seorang penterjemah yang mahir bahasa Melayu untuk menterjemahkan Mesej-Nya.

Atau di situ Nabi Musa atau Isa, tentu mereka akan sampaikannya dalam bahasa Hebrew kepada orang-orang Yahudi untuk sampaikan Mesej-Nya. Mesej yang disampaikan mereka telah Allah terjemahkan ke dalam bahasa Arab apabila Dia ceritakannya di dalam al-Qur'an.

Terjemahan memainkan peranan penting dalam penyampaian ayat-ayat-Nya atau Mesej-Nya.

Apa sahaja bahasa diguna untuk sampaikan Mesej Allah haruslah dengan tartil atau perlahan-lahan, atau berjarak-jarak, atau beransur-ansur, supaya difahami, dipercayai, dan tidak lupa.


Akhir sekali, menyentuh mengenai orang yang ditemui di Masjidil Haram, yang mencadangkan supaya solat semestinya (
"have to be") dalam bahasa Arab. Kami rasa orang-orang al-Qur'an lain akan bersetuju apabila dikatakan bahawa siapa sahaja yang berkata, tak kira di mana dia tinggal, kata-katanya hanya boleh didengar sahaja, tetapi tidak semestinya dipercayai atau diikuti, sebab di sisi kita ada al-Kitab yang wajib dipercayai dan diikuti. Dan tentang bahasa yang harus diguna dalam solat, al-Kitab menjelaskan seperti berikut:

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan,

Itu jelas dan hak (yang benar) bahawa bahasa yang diguna adalah yang diketahui maksudnya.


Beliau juga mungkin terkeliru apabila mengatakan iaitu memahami al-Qur'an dan pembacaannya adalah dua perkara yang berlainan (
understanding the Qur’an and its recital are two different things.) Atau mungkin tidak keliru kerana beliau mengirakan sebanyak pahala yang akan diterima apabila membaca al-Qur'an dalam bahasa Arab (walaupun tidak memahaminya). Boleh jadi kerana ajaran pahala umpama itu turut menyumbang kepada ketidakpercayaan dan kemunafikan yang luas di kalangan manusia berkaitan.

Atau, beliau lupa tentang orang mabuk seperti diperingatkan Allah, yang tidak tahu atau faham apa yang diucap. Apa diucap itu hampir sama dengan apa dibaca, kerana dalam solat pun ayat-ayat-Nya dibaca.


Sebelum berhenti kami ingin melahirkan rasa ralat atas pendapat yang berbeza, serta mampu menyinggung perasaan, dan tidak sekali-kali menyuruh sesiapa ikutinya kerana ia hanya pendapat yang tidak terlepas daripada sebarang kebengkokan. Terima kasih.

Allah disanjung!


11 Mei 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman