Revolusi Sebelum Membaca al-Qur'an

 


From:
sulaiman
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Cc: sulaimanutem
Sent: Thursday, May 31, 2012 10:13 PM
Subject: RE: Bacaan untuk Peringatan Edisi Kedua (hard copy)


Satu revolusi telah berlaku, dan ia membawa untuk kembali lebih mendalami kepada Petunjuk yang benar itu (al-quran). Revolusi minda, mental. Pada saya, itu yang telah berlaku bertahun dahulu (2007), sehingga satu keinginan dan keazaman untuk membacanya, keseluruhannya dengan kemampuan bahasa saya. Tapi, setiap kali tersinggah di kedai buku, mencari, jumpa, tapi... saya menolaknya, berbunga2 bahasa terjemahannya. Allah kata lain, diterjemahkan lain pula. Dan hati saya pun berkata, mengarut!!! Saya tinggalkan.

Bertahun saya menunggu Tuhan membenarkan saya untuk miliki satu terjemahan, yang diizinkan oleh Nya. Dan, saya yakini, bacaan ini adalah kurniaan Tuhan, yang bertahun lamanya saya menanti. Dan ini keyakinan saya. Syukur. Biar manusia kata sesat. Saya puas...

Sungguh berbeza apabila membacanya (sedikit2, ditambah dengan site e-bacaan), setelah Tuhan itu dahului saya dengan kurnia revolusi itu. Tanpa satu anjakan mental, keluar dari anutan, keluar dari hukum hakam manusia, keluar dari sistem dunia dan sebagainya, pemahaman dan kepercayaan yang Tuhan bagi, tidak sama.

Saya sungguh yakin, pembaca Al-Quran diluar sana (termasuk saya, dahulunya) tidak akan mengesani apa-apa pun melalui pembacaannya. Tanpa, terlebih dahulu mengalami apa yg dikatakan revolusi itu tadi. Baca, tapi terbelenggu dengan perkara lain-lain. Akhirnya, setakat membaca dimulut, tidak sampai ke hati...

Kini saya boleh katakan, saya bebas, dari yang lain kecuali Tuhan ku...

Sungguh, manusia itu sudah melampaui batas, segala hukum yang ditetapkan Allah, dirombakkan, dirombakkan lagi.... hingga jahanam!!!.

Masanya untuk manusia itu, kembali kepada Tuhan. Dan saya yakini, kefahaman saya itu hak Tuhan. Biar bertahun, yang ku pohon, mudahan Allah tidak membalikkan hati saya ini.

Benar. Allah disanjung!

Terima kasih.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Kini kiriman saudara jadi tontonan umum sebab kandungan yang menarik. Ia lewat sedikit diterbitkan kerana kami pergi mengunjungi seorang sahabat karib Quranik yang lama tidak ditemui selama beberapa hari.

Beliau tinggal di sebuah negeri di mana barang-barang keperluan asas seperti makanan terutamanya didapati jauh lebih murah (sehingga boleh dikatakan lebih 300%) daripada tempat kami tinggal, iaitu di ibukota. Itu mungkin kerana para peniaga tidak memakan riba, sejajar dengan dasar pemerintah negerinya yang dikatakan Islam. Kami berharap dengan kebersihan yang wujud seperti itu Allah akan mencurahkan lagi Rahmat-Nya sehingga jadi sebuah negeri Islam sejati yang berpegang penuh kepada ajaran al-Qur'an.

Kiriman di atas menyebut tentang revolusi, yang harus wujud sebelum membaca al-Qur'an, dan revolusi itu, pada pendapat kami, menyerupai mesej terkandung di dalam ayat berbunyi,

56:79. Tiada yang sentuh ia (al-Qur'an yang mulia) kecuali orang-orang yang dibersihkan,

Pernah kami menyatakan maksud dibersihkan di situ adalah bukan membasuh dengan air wuduk tetapi membuang segala kepercayaan sedia ada sebelum menyentuh atau membaca al-Qur'an. Tetapi kini saudara datangkan penjelasan lebih baik dengan menyebut tentang revolusi pula. Alhamdulillah.

Sehubungan itu, harus tidak dilupakan iaitu manusia (termasuk Nabi) sebelum dapat petunjuk daripada Allah (melalui Kitab al-Qur'an) adalah dalam keadaan sesat. Demikianlah menurut firman-Nya bermaksud,

93:7. Tidakkah Dia dapati kamu sesat, dan beri kamu petunjuk?

Justeru, manusia harus mencari jalan untuk bebas daripada ajaran manusia, menerusi revolusi, supaya Dia dapat beri petunjuk melalui Kitab yang diturunkan.

Allah disanjung!

6 Jun 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman