1.         Salam.
2.       Al-Quran. Ia diturunkan, untuk membimbing manusia ke arah jalan yang benar, kerana Tuhan sahaja yang tahu, bagaimanakah kebenaran itu?
 
3.       Dipilih Nabi Muhammad, sebagai Rasul akhir, untuk sampaikan kalam Al-Quran, daripada Allah, Tuhan Semesta Alam.
4.       Di atas sifatNya yang pemurah, pengasih, penyayang kepada manusia.
 
5.       Lalu dibimbing oleh Tuhan ke arah kebenaran.
6.       Ini buktikan kepada kita semua, bertapa kasih sayangnya Tuhan kepada kita,
 
7.       hingga jadi hambaNya.
8.       Berbagai cara, usaha, yang dilakukan oleh Tuhan, untuk selamatkan manusia dari kesesatan.
 
9.       Dari dahulu hingga sekarang, tiada hentinya, menunjukkan jalan yang lurus kepada kita.
10.   Dan kalau dilihat kembali apakah isinya yang ada di dalam Al-Quran itu? Segala hukum dan displin untuk kita.
 
11.   Di sini kita melihat Tuhan ingin memandang kita!...manusia. Supaya sentiasa taat, dan berada dalam kebenaran.
12.   Tetapi kenapa kita tidak seperti yang Tuhan hendaki? Sentiasa sahaja lakukan dosa? Jika dipandang pada zahir dan batin kita, semuanya penuh dengan dosa-dosa. Kalau nak dibandingkan buih yang ada di lautan, lebih banyak lagi dosa yang kita lakukan.
 
13.   Pandanglah kembali kepada Al-Quran.
14.   Yang telah bersusah payah Nabi sampaikan.
 
15.   Dah tiba masa kita semua kembali kepada Tuhan, tinggalkan segala yang dimurkai, kekalkan yang disuka.
16.   Bertaubatlah kita, sebelum dunia di akhirkan, wahai insan.
17.   Tiada gunanya kita terus dengan ketakutan.
18.   Tuhan telah sediakan kepada kita semua di sana, tempat yang terbaik, jika kita semua ikut cakapNya.
19.   Wahai insan, bukalah Al-Quran, baca dan telitilah kembali suruhan Tuhan.
20.   Semua mereka yang soleh telah lakukan, hingga menitis air mata kerana satu kesalahan. Sedangkan kita di sini berapa banyak yang kita lakukan?
21.   Bukan saja kesalahan, tapi kekufuran!
22.   Harapannya, supaya tidak ada lagi kefasikkan di muka bumi ini, supaya tidak lagi kita jadi musuh kepada Tuhan, dan jadilah kepada umat nabi yang baik. Bukankah Nabi telah menunjukkan satu contoh?
23.   Contoh tentang ketaatan Kepada Tuhan! Lalu, kenapa kita lebih meyakini mereka yang sudah tentunya bukan nabi! Dan lebih mentaati selain Dia?
 
24.   Dan berusahalah, sesungguh-sungguhnya. Supaya kita sama-sama mengimbangi kembali, dengan apa yang telah Tuhan kurniakan kepada kita.
25.   Tiada pilihan,kepada saya dan kita semua, bukalah Al-Quran, baca dan telitilah kembali suruhan Tuhan.
26.   Terima kasih.

ps: Salam. Tuan. Saya majukan, apa yang tertulis di atas, 1-26. Mungkin seakan berselerakkan susunatur isinya dan sangat minimum ulasannya. Bagaimana saya memandang hubungkaitnya; Tuhan, Al-Quran, Nabi, manusia dan saya sendiri. Pengasihan Tuhan, susah payahnya Nabi sampaikan, supaya manusia terus berada dalam kebenaran, dan apa yang perlu saya lakukan(buka, baca dan telili), dan setelah Nabi itu tiada lagi. Tujuannya, sekira ada yang tergelincir tulisannya, harap boleh ditegur. Mudah-mudahan ada pengajarannya. Terima kasih dimulai.

--
sulaiman sabikan