4:103 -Solat satu waktu (minimum)?

 


From:
Muhd Shukri
To:
Cc: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, September 30, 2012 3:16 AM
Subject: solat satu waktu ( minimum )

salamun alaikum

Saya sudah lama ikut laman web tuan tapi ini kali pertama saya menulis ke ruangan ini. Saya ingin dapatkan pandangan tuan mengenai jumlah solat yg ditentukan oleh tuhan dalam al quran berdasarkan ayat

"Sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin." (4:103)

Saya berpendapat perkataan satu mungkin juga bermaksud manusia bebas memilih salah satu waktu dari tiga waktu yg ditentukan.

Bagaimana pendapat tuan.... . Terima kasih

SHUKRI
 

Salamun alaikum,

Sungguh, kami bersyukur perkara ini dibangkitkan buat kali pertama di sini, dan rasa agak ralat pula kerana ia tidak diketengahkan sebelum ini.

Terasa ralat juga apabila frasa yang kami guna, iaitu "solat adalah satu waktu yang dikitabkan" pada ayat 4:103, telah diertikan kepada bahawa solat hanya dilakukan sebanyak satu waktu sahaja.

Kami mohon maaf atas kekeliruan yang terbit, walaupun kami tidak bermaksud seperti yang diertikan saudara Shukri.

Justeru, kami bercadang buat sedikit perubahan pada ayat tersebut, demi memantapkan lagi pengertian baginya, seperti berikut:

"Sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin." (4:103)

Perubahan dilakukan setelah merujuk semula kitab Lafzhiyah yang menterjemahkan secara verbatim ayat di atas seperti disalin di bawah ini:

innash shalaata - sesungguhnya shalat
kaanat
- adalah
'alal mu'miniina
- atas orang-orang yang beriman (kami guna mukmin)
kitabaan
- suatu kewajiban
mauquutan
- ditentukan waktunya


Seterusnya, bagi pendapat "
manusia bebas memilih salah satu waktu dari tiga waktu yg ditentukan" pula, kami tidak mampu beri pendapat lain ke atasnya kecuali mengatakan bahawa kami tidak dapati pada ayat berkenaan sebarang sebutan mengenai pilihan waktu yang boleh dibuat. Ayat berkenaan yang mengandungi peringatan daripada-Nya hanya berbunyi,

11:114. Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.


Kami berhenti di sini dengan rasa amat puas hati kerana kekeliruan yang terbit daripada terjemahan kami dapat dibetulkan dengan adanya teks asal ayat-ayat al-Qur'an yang jelas. Atas itu, kami ucap terima kasih kepada saudara Shukri.


Allah disanjung!


1 Oktober 2012


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman