Memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian -Respon

 

From: msahib56
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, February 15, 2013 11:38 PM
Subject: Memecahkan al-Qur'an kepada bahagian-bahagian

Salam,

Merujuk kepada artikel yang dilampirkan oleh sipekan, bagaimana pula dengan mereka-mereka yang membahagikan Al Quran kepada juz-juz?


Salamun alaikum,

Mungkin juga. Kami difahamkan, al-Qur'an dipecahkan kepada 30 juz supaya ia dapat dibaca sepenuhnya dalam tempoh sebulan, dengan membaca satu juz setiap hari.

Juga difahamkan, terdapat golongan lain yang memecahkannya kepada 7 juz pula, supaya mereka dapat melengkapkan pembacaannya dalam tempoh seminggu, iaitu satu juz satu hari.

Kami tidak fikir pemecahan dan pembacaan al-Qur'an serupa yang dua itu adalah dengan tujuan mengkaji atau mengetahui isi kandungannya. Atau mempelajarinya jua, sedangkan ia diturunkan untuk dipelajari. Firman-firman-Nya,

3:79. Tiada bagi seseorang manusia bahawa Allah berikannya al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu tahu al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya."

6:105. Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka berkata, "Kamu sudah pelajarinya"; dan supaya Kami jelaskannya bagi kaum yang tahu.

34:44. Kami telah tidak beri mereka (orang-orang tidak percaya) Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami utus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

68:37. Atau, adakah kamu sebuah Kitab, di dalamnya kamu pelajari,

Justeru, pemecahan al-Qur'an bertujuan mendapat pahala membaca (walaupun tidak faham bahasanya) umpama itu adalah, pada hemat kami, padan dengan larangan Allah agar Kitab-Nya tidak dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian menurut kehendak sendiri.

Oleh itu, telahan sahabat msahib kelihatan betul. Terima kasih.

Allah disanjung!


16 Februari 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman