Air Jampi al-Qur'an -Respon (+Syaitan)
From: uncleseekers2
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, July 23, 2013 3:31 PM
Subject: Setuju 125%
Salamun Alaikum para pengurus laman dan para sahabat yang saya hormati.Saya setuju 125% artikel bertajuk Air Jampi AlQuran ( http://e-bacaan.com/emailh16.htm ) samada pengirimnya shamiazmada apatah lagi hujahan pengurus laman.
Sebenarnya, saya nak beri sokongan 150% tetapi disebabkan ada satu faktor yang saya rasakan kurang tepat iaitu kenyataan pengurus laman berkenaan 30% pesakit sembuh adalah kerana faktor psikologi, terpaksalah saya bangkang dan potong persetujuan 25% lagi.
Menurut pengalaman sebagai perawat dimensi ketiga selama tujuh tahun, disini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua bahawa 99% pesakit yang saya berjaya pulihkan dengan izinNYA (sebelum itu pesakit tersebut telah direject oleh medik, rawatan islam, bomoh yang lain-lain) adalah kerana,
1. 99% faktor psikologi (keyakinan pesakit pada saya sendiri)
2. 1% anugerah yang Allah beri (Mungkin sahabat tidak percaya, hanya dengan bersalam, senyuman dan kata-kata semangat kadangkala boleh pulih. Itu je. tetapi ada juga kes yang sangat berat yang perlu saya beri pendekatan yang berbeza tetapi masih kearah 'psikologi'. Tak perlu mandrem, tangkal, air jampi, limau, kemenyan, duit pengeras, duit solat hajat, hadiah atau apa saja syarat yang tak masuk akal!).
Selalunya, saya akan menggalakkan mereka supaya membaca, memahami dan menghafal sehingga seiring dengan degupan jantung seperti ayat dibawah ini (surah almukminun ayat 97 dan 98 dalam bahasa Melayu) sebelum, semasa dan selepas rawatan. Saya sendiri tak baca apa-apa pun.
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku"
Kebanyakan perawat-perawat lain yang menggunakan pelbagai medium (jampi, tangkal, ayat Quran, mantera dan lain-lain), sebenarnya mereka ni cari makan sahaja. Nak buat macamana, itulah punca pendapatannya kerana hasilnya masyuk beb. Kalau para bomoh atau ustaz baca jampi "nang nang bo ti nang kui bo ti kui" pun pesakit percaya setengah mati. Dalam tangan boleh dapat 50 hengget sorang jual air jampi. Kalau 20 customer sehari, kiralah sendiri..Kos beli mineral dengan bil letrik laptop pasang ayat quran pakai thumbdrive copy kat youtube baru singget...untung 49 hengget tuu...
Perniagaan dan kerjaya yang paling masyuk sekarang ni adalah buka satu rawatan Islam. Staff pakai celak, tasbih, jubah dengan kopiah putih, calit minyak atar beli kat mesjid India, bela janggut sikit pastu paparkan signboard sebesar dan letak perkataan merawat SIHIR, SANTAU, ILMU HITAM, GANGGUAN MAKHLUK HALUS dan BLA..BLA...BLA. Kalau ada member artis ajak join sekali jadi perawat, gerenti ada customer berderet punyalah...
Begitulah sikap bangsa kita yang selalu kena tipu dari dulu, kini dan selamanya. Kerana apa? Sebab lebih suka mendengar dari MEMBACA.
Sekadar nasihat pada para pembaca dan diri saya sendiri. Pesakit yang menderita kerana kesilapan sendiri (menzalimi manusia lain dan diri sendiri) jangan haraplah boleh pulih! Tiada cara lain selain bertaubat
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau: dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami: sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat. Yang Pengasih.
Tak gitu beb?
Korang semua dah beli baju raya ke? Hu hu
Salamun
alaikum,
Terima kasih beb. Sebenarnya ribuan terima kasih, walaupun setelah dipotong 25% (diskaun?) namun tahap persetujuan atau sokongan sudah melebihi tahap tertinggi.
Sesungguhnya ia satu pendedahan, terutama ayat 23:97-98 yang Allah ajar untuk berlindung daripada cadangan jahat syaitan dan daripada kehadirannya, telah diguna dalam "perawat dimensi ketiga" yang tidak disebut dalam paparan lalu. Ayat itu apabila diyakini pasti dapat menjauhkan daripada gangguan syaitan.
Kami juga guna ayat itu, dan menyuruh orang lain membacanya, apabila timbul masalah sakit luar biasa, tetapi tidak sedar bahawa kami tergolong pula dalam kumpulan perawat dimensi ketiga! Tidak, kami bukan doktor ajaib!
Lazimnya kami turut menyuruh membaca al-Qur'an dan percaya kepada-Nya kepada orang yang belum membacanya.
Selain daripada itu, ayat-ayat di Surah 113 dan 114, juga mengandungi permohonan daripada gangguan syaitan.
Maka gangguan syaitan mampu menjadikan seseorang jatuh sakit. Seperti Nabi Ayub
yang menjadi letih dan sakit:
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."
38:42. "Hentakkanlah kaki kamu! Ini adalah satu tempat mandi yang dingin, dan satu minuman."
Adalah difahamkan di sini bahawa air (daripada mata air) telah menjadi penawar bagi penyakit akibat sentuhan syaitan, dan ia diguna sebagai minuman dan untuk mandi.
Penggunaan air telah dijelaskan lagi oleh Allah untuk menjadi penawar. Kali ini air hujan pula:
8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.
Di sini keadaannya dalam peperangan. Air hujan, selain mampu untuk membersihkan (dengan mandi), mampu juga menghilangkan kecemaran syaitan di samping menguatkan hati dan meneguhkan kaki apabila berada di medan peperangan.
Bagi kedua-dua kes air tersebut, diharap kami tidak ditanya lagi sebab tidak tahu selain daripada apa yang telah dinyatakan Allah.
Apapun, ia bukan air jampi!
Sekadar syok menulis sahaja (kalau tidak silap apa yang kami katakan itu sudah
pun lama dipaparkan di laman web ini) bukan untuk menambah ilmu kepada
ilmu sedia ada pada
uncleseekers.
Harap maklum.
Tentang baju raya pula........
Terima kasih.
Allah disanjung!
24 Julai 2013
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman