Seekor kerbau membawa lumpur

 

From: azbad
To: ebacaan@yahoo.com <ebacaan@yahoo.com>;
Subject: Walaupun pahit ditelan jua
Sent: Wed, Aug 28, 2013 6:35:27 AM


Salamun alaika,
Diharap saudara serta seisi keluarga diliputi rahmat Allah.

Saudara,

Saya terjumpa satu penulisan di http://pekanrabu.com.my/zubir/antihadis.html seketika yang lalu.  Hati merasa tersentak apabila membaca perenggan-perenggan (saya kasarkan berwarna merah) yang berbunyi,

"Dengan limpah kurniaNya dapat saya kembali bersama ikhwan semua dalam medan siber ini. Setelah meneliti kumpulan e-mail yang saya terima, seperti yang dijangka, kali ini saya mula menjadi mangsa celaan dan cercaan daripada golongan anti-hadith (GAH) apabila mesej yang saya tulis didapati 'telah melukai' mereka. Sekali baca, memang hangat juga rasa hati, apatah lagi apabila banyak sekali kata-kata kesat, penghinaan dan label kafir yang dilemparkan sewenang-wenangnya oleh mereka. Tapi menyedari bahawa itulah antara tanda-tanda orang yang sesat (mudah mengutuk dan mencerca orang lain), maka hati saya menjadi tenang kembali. Pada kali ini, insyaAllah saya akan sambung lagi,..."

"Ingatlah, perdebatan bertujuan mencari kebenaran, bukannya mencari sengketa. Lain pula halnya dengan GAH, mereka bukan sahaja gagal dalam membawakan hujjah secara teratur untuk melawan hujjah-hujjah yang diajukan, tetapi seringkali hujjah balas mereka dibawakan secara tidak keruan (semacam 'machine gun'), dengan menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian tentang kaitan dan konteks ayat-ayat tersebut dengan hujjah mereka, disertai pula dengan kata-kata kesat, penghinaan dan label yang tidak sepatutnya yang secara jelas menunjukkan betapa busuknya hati mereka dan betapa jauh mereka sesat, bukan sahaja daripada konsep perdebatan yang dibenarkan (i.emuzakarah), malahan cara mereka lebih kepada menghamburkan fitnah jua."

Apakah benar penulis pernah hantarkan emel kepada saudara?

Juga, benarkah apa yang dikatakan oleh penulis tersebut (perkataan berwarna merah) di dua perenggan di atas?

Saya berharap itu semua hanyalah tohmahan dan semata-mata satu pembohongan terhadap orang-orang Al-Quran.

Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Kami tidak tahu perkara itu berlaku kerana tidak pernah menyusup masuk mana-mana laman web, apatah lagi untuk melontar telur busuk kepada mana-mana pihak.

Jelas bahawa ini adalah kes yang boleh diertikan seperti seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Namun begitu, di sana pun ada kerbau yang serupa, tetapi terpisah daripada panggilan Allah terhadap orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat-Nya dengan panggilan mukmin, tetapi dipalitnya pula pada yang sekandang dengannya dengan GAH!

Sewajarnyalah dua kerbau itu bersemuka, tanduk menanduk, atas petunjuk "maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6).

Akhir kata, saudara tidak perlu telan apa yang berlaku, kerana kerbau memang berlumpur.


Allah disanjung!


29 Ogos 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman