Peaceful Thoughts dan Bela Diri

 

From: hypatia.agora
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, September 3, 2013 1:32 AM
Subject: Peaceful Thoughts...


Salamunalaikum,

Saudara pengurus laman & teman-teman Ebacaan. Saya berterima kasih kerana email saya diletakkan di kolum Terkini, Alhamdulillah akhirnya ada juga insan-insan yang boleh mendengar dan memberi tunjuk ajar. Kebanyakan orang sekeliling saya yang masih kuat pegangan mazhab-mazhab Imam yang mereka sanjung amat susah untuk saya berkongsi pendapat.

Ada yang mengatakan saya terlalu taksub mengkaji dan ada pula yang menghentam saya sesat. Tak mengapalah. Asalkan saya punya teman-teman alam maya dari Ebacaan yang dekat dengan Al Quran yang kita cintai ini. 

I'm truly humbled by the kind gestures. Saya juga sedang menelaah email-email dan artikel terbaru. Diharapkan banyak lagi ilmu yang akan dipaparkan untuk menjadi isi minda. Terima Kasih Emoji

EmojiPEACE TO ALL MY BROTHERS & SISTERS IN FAITH.


Salamun alaikum,


Allah yang beri petunjuk. Sekiranya ada selain daripada-Nya yang cuba beri petunjuk, maka petunjuknya mengandungi perselisihan, kalau tak sikit, banyak. Kekadang mereka tahu, misalan daripada akal orang ramai, petunjuknya tidak wajar, namun bagi mereka, petunjuk Imam adalah diutamakan.

Antara manusia yang tidak tahu petunjuk Imamnya yang sebenar (sebab banyak Imam), mereka mendiamkan diri, dan tunggu yang official, dan seperti sedia maklum, ia tidak gerenti dapat diterima ramai, termasuk mereka yang semazhab.

Justeru, harus kembali kepada petunjuk-Nya, al-Qur'an, "yang di dalamnya tiada keraguan" (2:2) dan tiada perselisihan (4:82).


Mulakan dengan mohon perlindungan daripada syaitan, kemudian terus baca Surah 1. Teruskan baca, dan baca, kekadang tidak perlu selak halaman di belakang kerana jawapan bagi sesuatu kemusykilan yang terbit berada di depan. Ingat, Allah yang mengajar al-Qur'an, dengan jelas, supaya kita faham, dan Dia yang mengumpulkan ayat-ayat-Nya.

Justeru, bacalah dengan sabar setiap surah menurut sekuen, hingga ke akhir iaitu Surah 114. Tentu dengan sekali baca hati rasa tak puas. Bacalah lagi, dan lagi. After all, it's only a book/kitab.

Bak kata uncleseekers kepada kami (lebih kurang bunyinya), "Kalau orang tanya ana tentang *****, ana kata, ana sedang sangat bercinta dengan al-Qur'an, dan dah tak dengar lagi cakap lain!"


Kemudian Allah akan uji (kami harap ini tidak menakutkan)! Antaranya dengan tohmahan dan tuduhan pihak tertentu yang angkuh. Dalam keangkuhan mereka ada kelemahan. Lalu ia diguna dalam pembelaan, yang selanjutnya didapati disuruh oleh Allah pula. Allah menyuruh membela diri dengan firman berbunyi,

"Dan yang, apabila keangkuhan menimpa mereka, menolong (membela) diri mereka sendiri. ....... Dan sesiapa yang menolong dirinya sendiri setelah dia dizalimi - terhadap mereka tidak ada jalan (untuk diazab oleh Allah dengan azab yang pedih)." (42:39-41)

Untuk membela diri memerlukan duduk bersemuka atau dengan surat-menyurat. Peluang ini akan diberi oleh mana-mana pihak yang angkuh. Gunakan peluang ini untuk menyampaikan ayat-ayat Allah kepada mereka, yang mungkin mereka tidak tahu atau lupa. Pembelaan dilakukan dengan ayat-ayat Allah.

Jangan pula tolak peluang ini, sehingga disangka mengaku sesat, lalu dikenakan penghinaan seperti memohon maaf, bertaubat, berjanji setia dan sebagainya. Kekalahan itu adalah kerana tidak dibela Allah, atau tidak ditolong-Nya dalam menempuh tohmahan atau tuduhan tersebut. Iktibar diambil daripada firman berbunyi,

"Sesungguhnya Allah bela orang-orang yang percaya" (22:38).

Selepas itu maafkan mereka, di samping memohon ampunan Allah atas tindakan tidak membela diri bagi pihak yang membelakangkannya.


Sekian, sedikit dalam ketenteraman fikiran, jika kami dibenarkan buat komen sebegitu rupa.

Terima kasih kerana sudi menyampaikan kata-kata baik yang mampu menyegarkan kami dewasa ini. Dan maaf atas kelewatan membalas.

Good Luck!


Allah disanjung!


9 Sept 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman