Kalimat bangkai di dalam al-Qur’an
Perkataan 'bangkai' diterjemah
daripada maitah, iaitu merupakan satu daripada tujuh kalimat yang
terbit daripada akar mim wau ta, yang amnya bermakna mati.
Justeru, terdapat pada dua daripada enam ayat yang mengandungi kalimat maitah
di mana ia diterjemah kepada mati, demi menurut konteks ayat.
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah seperti berikut:
2:173. Hanyalah benda-benda ini
yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi,
dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang
terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidaklah
berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:145. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami hidupkannya, dan keluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan,
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman