Kalimat beban/pikul di dalam al-Qur'an


Beban/Pikul dan lain yang berkaitan, diterjemah daripada beberapa perkataan Arab al-Qur'an. Di sini ayat-ayat disusun mengikut perkataan-perkataan berkenaan.


1. Wazara
vb. -to carry, to bear (a load or burden); to sin. (n.vb.) heavy load, burden; encumberance; fardel; sin. (pcple. act.) a soul laden, a bearer of burdens; a sinner
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 1302


6:31. Sungguh rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, "Aduhai, sesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!" Di atas punggung mereka, mereka pikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!

6:164. Katakanlah, "Adakah aku cari satu pemelihara, selain daripada Allah, yang adalah Pemelihara segala sesuatu?" Tiap-tiap jiwa tidak usahakan melainkan terhadapnya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.

16:25. Supaya mereka bawa beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka sesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka dibebankan!

17:15. Sesiapa dapat petunjuk, dia hanya dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak pikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami bangkitkan seorang Rasul.

20:87. Mereka berkata, "Kami tidak mungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami dibebankan oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami lemparkan mereka, seperti demikian Samiri lemparkan mereka, ke dalam api."

20:100. Sesiapa yang berpaling daripadanya, pada Hari Kiamat, dia akan memikul beban,

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

39:7. Jika kamu tidak percaya, Allah Kaya daripada kamu, dan Dia tidak merelai ketidakpercayaan hamba-hamba-Nya; tetapi jika kamu berterima kasih, Dia akan merelai kamu. Dan orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat. Dia tahu apa yang di dalam dada.

47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.

53:38. Bahawa orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain,

94:2. Dan angkatkan daripada kamu beban kamu,


2
.
Kallafa
vb. -to charge [Ar]; tax [Pk]; place a burden [Ali]
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 650

2:233. Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  hendak sempurnakan susuan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.

2:286. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."

4:84. Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebankan kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan Allah akan tahan kekuatan orang-orang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.

6:152. Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.

7:42. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itulah penghuni-penghuni Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

23:62. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada sebuah Kitab yang berkata benar, dan mereka tidak akan dizalimi.

65:7. Hendaklah orang empunya keluasan nafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia nafkahkan daripada apa yang Allah beri kepadanya. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia beri kepadanya. Sungguh, Allah akan buatkan, setelah kesukaran, yang mudah.


3
.
Isr
n.m.-load, burden
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 185


2:286. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."

3:81. Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."

7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung." 


4
.
Ba'a
vb. (I)-to bring back, to bring down-upon oneself, to be laden with a burden (of God's wrath)
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 347


2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.

2:90. Buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah turunkan, menyalahi bahawa Allah turunkan pemberian-Nya kepada siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikianlah itu kerana mereka lakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

3:162. Apa, adakah orang yang ikut kepuasan hati Allah itu sama seperti orang yang dipenuhi beban kemurkaan Allah, yang tempat menginapnya Jahanam? Satu kepulangan yang buruk!

5:29. Aku hendak supaya kamu dibebankan dengan dosaku dan dosa kamu, dan jadi penghuni-penghuni Api; itulah balasan ke atas orang-orang zalim."

8:16. Sesiapa yang palingkan belakangnya pada hari itu kepada mereka, kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk bergabung dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat menginapnya ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!


5
.
Athqal
n.m. (pl. of thiql)-load, burden
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 1226


16:7. Dan mereka bawa beban-beban kamu ke sebuah negeri yang kamu tidak akan sampai padanya, melainkan dengan banyak kesusahan diri. Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut, Pengasih.

29:13. Sungguh, mereka akan pikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan.

99:2. Dan bumi keluarkan beban-bebannya,


Athqala
vb. (IV)-to become heavy, to weigh down. (pcple. pass.) heavy-burdened, weighed down
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 1226


7:189. Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya
isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami jadi daripada orang-orang berterima kasih."

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

52:40. Atau, adakah kamu minta kepada mereka upah, lalu mereka diberatkan dengan hutang?

68:46. Atau, adakah kamu minta kepada mereka upah, lalu mereka diberatkan dengan hutang?


Empat kalimat berikut (6a-6d) adalah antara yang terbit daripada akar kha mim lam yang membawa erti beban, bawa, pikul dan sebagainya:


6
a.
Hamala,
vb. (I)-to carry, lift up, bear; conceive; load, lay something.upon someone; mount, embark [Ar]; (with prep. 'ali) to attack; to charge someone with a load. (n.vb.)
burden, burthen; foetus; time of pregnancy; (dhit haml, pl. fltit al- ahmil) pregnant woman, woman with child (lit. "one with burden"). (pcple. act.) one who carries
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 532


2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."

2:286. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."

6:31. Sungguh rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, sehingga apabila Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata, "Aduhai, sesalnya kami, bahawa kami melalaikannya!" Di atas punggung mereka, mereka pikul beban mereka; alangkah buruknya apa yang mereka pikul!

6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya, atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami balas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.

7:176. Dan sekiranya Kami hendak, tentu Kami naikkan dia dengannya, tetapi dia kekal (cenderung) kepada bumi, dan ikut keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan.

7:189. Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya teman hidupnya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami jadi daripada orang-orang berterima kasih."

9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang yang, apabila mereka datang kepada kamu, supaya kamu bawa mereka, kamu berkata, "Aku tidak dapati sesuatu untuk bawa kamu di atasnya"; mereka berpaling, dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana mereka tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan.

11:40. Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, "Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya." Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit.

12:36. Dan masuk penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, "Aku lihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur)." Berkata yang lain, "Aku lihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."

13:8. Allah tahu apa yang tiap-tiap perempuan bawa, dan kekecutan dan pengembangan rahim-rahim; segala sesuatu di sisi-Nya ada ukurannya.

16:7. Dan mereka bawa beban-beban kamu ke sebuah negeri yang kamu tidak akan sampai padanya, melainkan dengan banyak kesusahan diri. Sesungguhnya Pemelihara kamu Lembut, Pengasih.

16:25. Supaya mereka bawa beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka sesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul!

17:3. Keturunan orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh; dia seorang hamba yang berterima kasih.

17:70. Kami muliakan Bani Adam dan bawa mereka di darat dan laut, dan rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan lebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.

19:22. Lalu dia membawanya (mengandungnya), dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh.

19:27. Kemudian dia datangkan kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya kamu datangkan sesuatu yang aneh!

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

20:100. Sesiapa yang berpaling daripadanya, pada Hari Kiamat, dia akan membawa beban (dosa),

20:111. Dan muka-muka tunduk kepada Yang Hidup, Yang Kekal; dan kecewalah orang yang membawa kezaliman.

22:2. Pada hari apabila kamu melihatnya, tiap-tiap perempuan yang menyusui melupakan apa yang dia susukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu lihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah keras.

23:22. Dan di atasnya, dan di atas kapal, kamu dibawa.

29:12. Berkata orang-orang tidak percaya kepada orang-orang yang percaya, "Ikutlah jalan kami, dan kami akan pikul pelanggaran-pelanggaran kamu" padahal mereka tidak pikul pelanggaran-pelanggaran mereka sedikitpun; sesungguhnya mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

29:13. Sungguh, mereka akan pikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka ada-adakan.

29:60. Berapa banyaknya haiwan yang tidak membawa rezekinya sendiri, tetapi Allah beri rezeki untuknya dan kamu! Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

31:14. Dan Kami wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.

33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.

35:11. Allah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia buat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya; orang-orang yang diberi umur panjang, tidak dipanjangkan umurnya dan tidak juga dikurangkan umurnya melainkan ia di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah, mudah.

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

36:41. Dan satu ayat bagi mereka ialah bahawa Kami bawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh muatan,

40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan percayai-Nya, dan mereka minta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.

40:80. Manfaat yang lain juga kamu dapati pada mereka; dan supaya kamu mencapai satu hajat yang di dalam dada kamu, dan di atas mereka dan di atas kapal, kamu dibawa.

41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari Dia panggil mereka, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku?" mereka berkata, "Kami nyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan kami."

46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

51:2. Dan pembawa-pembawa beban berat,

54:13. Dan Kami bawa dia di atas yang dipapan, dan dipaku,

62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang mengandung, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan buatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

65:6. Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan janganlah menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berikan mereka upah mereka, dan bermuafakatlah antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan yang lain akan menyusukannya.

69:11. Sesungguhnya, apabila air naik, Kami bawa kamu di dalam kapal yang berlayar,

69:14. Dan bumi dan gunung-gunung dibawa, dan dihancurkan dengan satu pukulan,

69:17. Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu.

 
6b.
Himl
n.m.-a load; a burden
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 533


12:72. Mereka berkata, "Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan dapat beban seekor unta; itu aku jamin."

20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.


6c. Hammala
vb. (II)-to burden, load someone with something, to lay something on someone
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 534


2:286. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."

20:87. Mereka berkata, "Kami tidak mungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami dibebankan oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami lemparkan mereka, seperti demikian Samiri lemparkan mereka, ke dalam api."

24:54. Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu, apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan yang jelas."

62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.


6d. Ihtamala
vb. (VIII)-to lay a burden upon oneself, to carry
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 534


4:112. Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia pikul
fitnahan, dan dosa yang nyata.

13:17. Dia turunkan dari langit air, dan wadi-wadi mengalir dengan masing-masing menurut ukurannya, dan arus membawa buih yang gelembung; dan daripada apa yang padanya mereka nyalakan api, demi inginkan perhiasan atau kesenangan, keluar dari itu buih yang serupa dengan itu. Demikianlah Allah buat yang benar dan yang palsu. Maka buihnya hilang seperti barang buangan, dan apa yang bermanfaat kepada manusia menetap di bumi. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan-Nya.

33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka usahakan, mereka memikul fitnahandan dosa yang nyata.

 

7. Hittah
n.f.-unburdening [Ar]; repentance [Pk]; humility [Ali] (according to Tradition the word is said to imply submission to God)
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 562


2:58. Dan apabila Kami berkata, "Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakan, 'Tidak membebankan' ; Kami akan ampunkan kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."

7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandaraya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu hendaki; dan katakan, 'Tidak membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan ampun kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."


8
.
Kalla
vb. (I)-(n.vb.) a heavy burden
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 650

16:76. Allah buat satu persamaan: dua lelaki, seorang daripada mereka bisu, tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan dia menjadi beban kepada tuannya - di mana sahaja dia hadapkannya, dia tidak datangkan kebaikan. Adakah dia sama dengan orang yang menyuruh pada keadilan, dan berada di atas jalan lurus?


9
.
Na'a
vb. (I)-to be a heavy burden
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 863


28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia jadi angkuh kepada mereka kerana Kami
beri kepadanya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang empunya kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang banggakan diri.


10
.
Wiqr
n.m.-burden, heavy load
~ A Concordance of the Qur'an muka surat 1284


51:2. Dan pembawa-pembawa
beban berat,


Dikemaskini 25 Julai 2013

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman