Kalimat beri (1) di dalam al-Qur'an


Terdapat beberapa kalimat yang diterjemah kepada beri. Di sini hanya ayat-ayat yang mengandungi kalimat di bawah disenaraikan. Yang lain pada kali lain.

 

'ATA vb. (IV)-to give (someone something); to bring; to do, to perform (esp. the -prayer; see impv.). (n.vb.) giving, performing. (pcple. act.) one who performs or gives. (pcple.pass.) performed

Perkataan-perkataan diasingkan dengan warna kalimat-kalimat yang terbit daripada kalimat di atas iaitu yu'ti, ati, utiya, yu'ta, ita' dan mu'ti (maaf ejaannya adalah dalam bahasa Inggeris).

Ayat-ayat mereka adalah:


2:43. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.

2:53. Dan apabila Kami beri Musa al-Kitab, dan Pembeza, supaya kamu dapat petunjuk.

2:63. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung, "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa."

2:83. Dan apabila Kami ambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan katakan yang baik kepada manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan.

2:87. Dan Kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan Kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci), dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh.


2:93. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang", dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu perintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."

2:101. Apabila datang kepada mereka seorang Rasul daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama mereka, segolongan daripada mereka yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak tahu.

2:110. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu buat.

2:121. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka percayainya, dan sesiapa tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.

2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."


2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu
puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.

2:145. Namun begitu, jika kamu datangkan kepada orang-orang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan ikut kiblat kamu; kamu bukan pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang zalim.

2:146. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab, mereka kenalinya seperti mereka kenali anak-anak lelaki mereka, dan sesungguhnya segolongan daripada mereka sembunyikan yang benar, sedang mereka mengetahuinya.


2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa dengan benar.

2:200. Apabila kamu sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia" dan tiada baginya bahagian di akhirat.

2:201. Dan antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab Api."

2:211. Tanyalah Bani Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami beri mereka. Sesiapa tukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberinya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.


2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik. Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri kepada mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah, jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itu orang-orang zalim.

2:233. Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  hendak sempurnakan susuan. Adalah atas bapa untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.

2:247. Kemudian Nabi mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya Allah bangkitkan Thalut bagi kamu sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimanakah patut bagi dia menjadi raja kepada kami, yang lebih berhak daripadanya pada kerajaan, memandangkan dia tidak diberi harta yang banyak?" Dia berkata, "Sesungguhnya Allah memilihnya di atas kamu, dan menambahkannya dengan luas dalam pengetahuan dan tubuh. Allah beri kerajaan kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui."

2:251. Dan mereka kalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud bunuh Jalut; dan Allah beri kepadanya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia ajarnya apa yang Dia hendaki. Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan Kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.


2:258. Tidakkah kamu renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah datangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang tidak percaya tercengang. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:265. Tetapi persamaan orang-orang yang nafkahkan harta mereka dengan inginkan kepuasan hati Allah, dan untuk teguhkan diri mereka, adalah seperti persamaan sebuah kebun di atas bukit; hujan lebat menimpanya, dan ia berikan hasilnya dua kali ganda. Jika tiada hujan lebat menimpanya, namun demikian, embun; dan Allah lihat apa kamu buat.

2:269. Dia beri Kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itu lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.

2:277. Orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, dan lakukan solat dan beri zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
 

3:19. Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.

3:20. Maka jika mereka debat kamu, katakanlah, "Aku tundukkan wajahku (mukaku/kehendakku) kepada Allah, dan sesiapa yang ikut aku." Dan katakan kepada orang-orang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), "Sudahkah kamu tunduk patuh?" Jika mereka tunduk patuh, mereka dapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanya untuk sampaikan; dan Allah lihat hamba-hamba-Nya.

3:23. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia hakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka palingkan.

3:26. Katakanlah, "Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau beri kerajaan kepada siapa Engkau hendaki, dan lucutkan kerajaan daripada siapa Engkau hendaki, dan Engkau muliakan siapa Engkau hendaki, dan Engkau hinakan siapa Engkau hendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

3:73. Dan jangan percayai sesiapa kecuali orang yang ikut agama kamu." Katakanlah, "Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah, diberi kepada sesiapa yang serupa dengan apa kamu diberi", atau debat kamu di sisi Pemelihara kamu, katakanlah, "Sesungguhnya pemberian adalah di tangan Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki, dan Allah Merangkumi, Mengetahui.


3:79. Tiada bagi seseorang manusia bahawa Allah berikannya al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." Tetapi, "Jadilah kamu orang-orang rabani (yang menguasai) dengan sebab kamu tahu al-Kitab, dan dengan sebab kamu pelajarinya."

3:81. Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."

3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

3:100. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab, mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang tidak percaya.

3:145. Tiada sesuatu jiwa akan mati, kecuali dengan izin Allah, pada waktu yang telah dikitabkan (ditetapkan). Sesiapa hendak ganjaran dunia, Kami berikannya daripadanya, dan sesiapa hendak ganjaran akhirat, Kami berikannya daripadanya; dan Kami akan balas orang-orang berterima kasih.


3:148. Dan Allah beri mereka ganjaran dunia, dan sebaik-baik ganjaran akhirat, dan Allah suka orang-orang buat baik.

3:170. Mereka gembira dengan pemberian yang Allah beri mereka, dan gembira dengan orang-orang yang tinggal di belakang yang belum turut bersama mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

3:180. Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah beri mereka, jangan mereka sangka itu lebih baik bagi mereka; tidak, ia adalah lebih buruk bagi mereka. Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat; dan kepunyaan Allah warisan langit dan bumi; dan Allah sedar apa kamu buat.

3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.

3:187. Dan apabila Allah ambil perjanjian orang-orang diberi Kitab, "Hendaklah kamu jelaskannya kepada manusia, dan jangan sembunyikannya." Tetapi mereka melemparnya ke belakang punggung mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit - alangkah buruknya apa yang mereka jual!

3:194. Wahai Pemelihara kami, berikan kami apa yang Engkau telah janjikan kami pada Rasul-Rasul Engkau, dan janganlah Engkau aibkan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak mungkiri janji temu."


4:2. Berikan anak-anak yatim harta mereka, dan jangan tukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.

4:4. Dan berikan perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.

4:5. Tetapi jangan kamu beri orang-orang bodoh harta mereka yang Allah lantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka daripadanya, dan ucaplah kepada mereka perkataan yang baik.

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu telah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.

4:20. Dan jika kamu hendak tukar seorang isteri di tempat isteri lain dan jika kamu sudah beri seorang satu timbunan, jangan ambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara fitnah, dan dosa yang nyata?


4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikian Allah kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu, adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.

4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami lantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu, maka beri mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

4:37. Orang-orang yang kikir, dan suruh manusia jadi kikir, dan mereka sendiri sembunyikan pemberian yang Allah beri mereka, Kami sediakan untuk orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

4:40. Sesungguhnya Allah tidak akan zalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom) pun, dan jika ia yang baik, Dia akan gandakannya, dan beri daripada sisi-Nya upah yang besar.


4:44. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan, dan hendak kamu juga sesat daripada jalan?

4:47. Wahai orang-orang diberi al-Kitab, percayalah kepada apa yang Kami turunkan, mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami hapuskan muka-muka, dan pusingkannya di atas belakangnya, atau laknat mereka sebagaimana Kami laknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.

4:51. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab percayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang tidak percaya bahawa mereka lebih dapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya.

4:53. Atau, adakah bagi mereka sebahagian dalam kerajaan? Jika demikian, mereka tidak beri manusia satu bintit pun.

4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah beri mereka? Sungguh, Kami beri keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan Kami beri mereka kerajaan yang besar.


4:67. Dan kemudian, pasti Kami beri mereka, daripada sisi Kami, upah yang besar,

4:74. Maka hendaklah mereka berperang di jalan Allah, yang jual kehidupan dunia dengan akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka kalahkan, kelak Kami akan berikannya upah yang besar.

4:77. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."

4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bicara rahsia mereka, melainkan bagi orang yang suruh beri sedekah, atau apa yang baik, atau membetulkan antara manusia. Sesiapa buat demikian itu dengan inginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan berikannya upah yang besar.

4:127. Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


4:131. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah wasiatkan kepada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, "Takutilah Allah." Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Allah Kaya, Terpuji.

4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.

4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan mereka tidak beza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan beri mereka upah mereka; Allah Pengampun, Pengasih.

4:153. Ahli Kitab minta kepada kamu supaya kamu turunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah minta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkan kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar ambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka ambil untuk mereka Anak Lembu setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami maafkan mereka yang itu dan Kami beri Musa kuasa yang nyata.

4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang dalam dalam pengetahuan, dan orang-orang mukmin yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang lakukan solat, dan orang-orang yang beri zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itu Kami pasti akan beri upah yang besar.

4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan Kami beri Daud, Zabur.


5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.

5:12. Allah telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."

5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia lantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia lantik kamu jadi raja-raja, dan Dia beri kamu yang Dia tidak beri seseorang pun di semua alam.

5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

5:46. Dan Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami beri kepadanya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.


5:48. Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi supaya Dia uji kamu dalam apa Dia beri kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.

5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya, dan orang-orang yang percaya yang lakukan solat, dan mereka beri zakat, dan mereka tunduk.

5:57. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil sebagai wali-wali kamu daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang tidak percaya, yang ambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.


6:20. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab, mereka kenalinya sebagaimana mereka kenali anak-anak lelaki mereka. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak percayai.

6:44. Maka, apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang mereka diberi, Kami ambil mereka dengan tiba-tiba; maka ketika itu, mereka adalah orang-orang yang berputus asa.

6:83. Itu hujah Kami yang Kami beri Ibrahim terhadap kaumnya. Kami naikkan darjat siapa yang Kami hendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui.

6:89. Mereka itu orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab, dan Putusan, dan Kenabian. Jika mereka tidak percaya kepadanya, Kami amanahkannya kepada suatu kaum yang bukan orang-orang tidak percaya kepadanya.

6:114. Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.


6:124. Dan apabila satu ayat datang kepada mereka, mereka berkata, "Kami tidak akan percayai sehingga kami diberi yang serupa dengan apa Rasul-Rasul Allah diberi." Allah sangat-sangat tahu di mana hendak letak Mesej-Nya; dan kehinaan pada pandangan Allah akan menimpa orang-orang yang berdosa, dan azab yang keras, kerana mereka memperdayakan.

6:141. Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan jangan membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.

6:154. Kemudian Kami beri Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang buat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka percayai pertemuan dengan Pemelihara mereka.

6:165. Dia yang lantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan naikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian lain, supaya Dia uji kamu pada apa yang Dia beri kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya, dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.


7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu."

7:144. Berkata, "Wahai Musa, Aku pilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku beri kamu, dan jadilah daripada orang-orang berterima kasih."

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami.”

7:171. Dan apabila Kami goncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia langit-langit, dan mereka sangka ia akan jatuh kepada mereka. "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa."

7:175. Dan bacakan kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia jadi antara orang-orang yang bersalah.


7:189. Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya
isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami akan jadi daripada orang-orang berterima kasih."

7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan!


8:70. Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang di tangan kamu, "Jika Allah tahu sebarang kebaikan di dalam hati kamu, Dia akan beri kamu yang lebih baik daripada apa yang diambil daripada kamu, dan Dia akan ampun kamu; dan Allah Pengampun, Pengasih."

9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkan mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

9:18. Yang akan makmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di kalangan orang-orang yang dapat petunjuk.

9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan.


9:59. Sekiranya mereka sangat puas hati dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya beri mereka, dengan berkata, "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan beri kami daripada pemberian-Nya, dan Rasul-Nya; kepada Allah kami harapkan."

9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

9:75. Dan antara mereka ada yang buat perjanjian dengan Allah, "Jika Dia beri kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih."

9:76. Tetapi apabila Dia beri mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.

10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."


11:3. Dan, hendaklah kamu minta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan beri kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia beri daripada pemberian-Nya kepada setiap orang empunya kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:28. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku berada di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya, dan ia dibutakan kepada kamu? Adakah kami akan paksa kamu sedang kamu benci padanya?

11:31. Aku tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah, aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata, aku seorang malaikat. Tidak juga aku kata kepada orang-orang yang mata-mata kamu keji, Allah tidak akan beri mereka sebarang kebaikan. Allah sangat-sangat tahu apa di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentu termasuk orang-orang zalim."

11:63. Berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya? Siapakah yang akan tolong aku terhadap Allah jika aku mengingkari-Nya? Tiadalah kamu, bagiku, melainkan menambahkan kerugianku.

11:110. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.


12:22. Dan apabila dia dewasa, Kami beri dia putusan dan pengetahuan. Begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

12:31. Apabila dia dengar bisikan-bisikan licik mereka, dia utus kepada mereka, dan sediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia beri tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau, dan dia berkata, "Keluarlah kepada mereka." Dan apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka potong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."

12:66. Berkata, "Aku tidak akan utuskannya bersama kamu sehingga kamu beri aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan datangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi. Apabila mereka sudah beri janji mereka, dia berkata, "Allah jadi Wakil atas apa yang kami ucapkan."

12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukan aku dengan orang-orang salih."


13:36. Dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab gembira dengan apa diturunkan kepada kamu; dan daripada golongan-golongan, ada yang nafi sebahagiannya. Katakanlah, "Aku hanya diperintah untuk sembah Allah, dan tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya. Kepada-Nya aku seru, dan kepada-Nya tempat kembali."

14:24. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah buat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik - akarnya teguh, dan cabangnya di langit,
14:25. Ia memberi hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati.

14:34. Dan Dia beri kamu segala yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu hitung rahmat Allah, kamu tidak dapat jumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam ketidakpercayaan.

15:81. Kami beri mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.

15:87. Kami beri kamu tujuh yang berulang-ulang, dan al-Qur'an yang besar.


16:27. Kemudian pada Hari Kiamat, Dia aibkan mereka, dengan berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?" Orang-orang diberi pengetahuan berkata, "Kerendahan hari ini, dan keburukan, adalah ke atas orang-orang tidak percaya,

16:55. Kerana mereka tidak percaya kepada apa yang Kami beri mereka. Maka gembiralah kamu ; kelak kamu akan tahu.

16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh buat keadilan, dan buat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.

16:122. Dan Kami beri dia di dunia yang baik, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang salih.


17:2. Kami beri Musa Kitab, dan membuatnya satu petunjuk bagi Bani Israil, "Jangan ambil untuk kamu sebarang wakil selain daripada Aku."

17:26. Dan berikan sanak saudara haknya, dan orang-orang miskin, dan musafir; dan jangan boros, memboroskan.

17:55. Dan Pemelihara kamu sangat-sangat tahu semua yang di langit dan bumi; dan Kami telah lebihkan sebahagian Nabi di atas sebahagian lain; dan Kami beri Daud Zabur.

17:59. Tiada yang halangi Kami daripada mengutus ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan Kami beri Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak utus ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.

17:71. Pada hari Kami seru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.


17:85. Mereka tanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit."

17:101. Dan Kami beri Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, "Wahai Musa, aku sangka kamu orang yang kena sihir."

17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,


18:10. Apabila pemuda-pemuda mencari perlindungan di dalam gua, dengan berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami."

18:33. Masing-masing daripada dua kebun itu memberikan hasilnya, dan tidak menzalimkan daripadanya sedikit pun; dan Kami pancarkan di celah-celahnya sebuah sungai.

18:40. Namun begitu, mudah-mudahan Pemeliharaku akan beri aku yang lebih baik daripada kebun kamu, dan utus kepadanya hitungan (halilintar) dari langit, supaya pada waktu pagi ia jadi cerun berdebu tanah,

18:62. Apabila mereka telah melewati, dia berkata kepada budak suruhannya, "Berikan kami sarapan kami; sesungguhnya kami menemu keletihan daripada perjalanan kami ini."

18:65. Kemudian mereka dapati seorang hamba daripada hamba-hamba Kami yang kepadanya Kami beri pengasihan daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya pengetahuan daripada sisi Kami.


18:84. Kami teguhkan dia di bumi, dan Kami beri dia jalan bagi segala sesuatu.

18:96. Berikan aku jongkong-jongkong besi." Sehingga, apabila dia telah buat separas antara dua tebing yang tinggi, dia berkata, "Tiuplah!" Sehingga, apabila dia telah membuatnya api, dia berkata, "Berikan aku, supaya aku tuangkan leburan tembaga kuning di atasnya."

19:12. "Wahai Yahya, ambillah Kitab itu dengan kekuatan"; dan Kami beri Putusan semasa kanak-kanak lagi,

19:30. Berkata, "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia beri aku al-Kitab, dan jadikan aku seorang Nabi.

19:77. Adakah kamu lihat orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, berkata "Sungguh, aku akan diberi harta dan anak-anak"?


20:36. Berkatalah Dia, "Kamu diberi, wahai Musa, rayuan kamu.

20:99. Demikian Kami ceritakan kepada kamu berita-berita daripada apa yang telah berlalu, dan Kami beri kamu peringatan daripada sisi Kami.

21:48. Kami beri Musa dan Harun, Pembeza, Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang bertakwa,

21:51. Kami beri Ibrahim sebelum itu kelurusan hatinya kerana Kami tahu dia,

21:73. Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah.

21:74. Dan Lut, kepadanya Kami beri Putusan, dan pengetahuan; dan Kami selamatkan dia daripada bandaraya yang buat pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.


21:79. Dan Kami buat Sulaiman memahaminya, dan masing-masing Kami beri putusan, dan pengetahuan. Dan bersama Daud, Kami tundukkan gunung-gunung untuk menyanjung, dan burung-burung, dan Kamilah yang membuatnya.

21:84. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami hilangkan mudarat yang ada padanya, dan Kami beri dia keluarganya, dan yang serupa dengan mereka bersama mereka; pengasihan daripada Kami, dan peringatan bagi orang-orang yang menyembah.

22:41. Orang-orang yang, jika Kami teguhkan mereka di bumi, lakukan solat, dan beri zakat, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; dan kepada Allah kesudahan segala urusan.

22:54. Dan supaya orang-orang diberi pengetahuan tahu bahawa ia yang benar daripada Pemelihara kamu, dan percayainya, dan hati mereka merendahkan kepada-Nya; dan sesungguhnya Allah selamanya beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada jalan lurus.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.


23:49. Dan Kami beri Musa Kitab supaya mereka dapat petunjuk.

23:60. Dan orang-orang yang beri apa yang mereka beri, dan hati mereka gementar bahawa mereka akan kembali kepada Pemelihara mereka,

24:22. Janganlah orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka maafkan dan ketepikan. Tidakkah kamu suka bahawa Allah akan ampun kamu? Allah Pengampun, Pengasih.

24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakan perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan jangan kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.

24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.

24:56. Lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu dikasihani.


25:35. Kami beri Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir.

27:3. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.

27:15. Dan Kami beri Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah, yang lebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin."

27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata."

27:23. Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.


27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata, "Apa, adakah kamu bantu aku dengan harta, dan apa yang Allah beri aku adalah lebih baik daripada apa dia beri kamu? Tidak, tetapi kamu gembira dengan hadiah kamu!

27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.

28:14. Dan apabila dia dewasa, dan dia tegap, Kami beri dia putusan, dan pengetahuan; begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

28:43. Dan Kami beri Musa al-Kitab, setelah Kami musnahkan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi bukti-bukti yang nyata, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi manusia supaya mereka mengingati.

28:48. Namun begitu, apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami Sendiri, mereka berkata, "Mengapa dia tidak diberi yang serupa dengan apa Musa diberi?" Bukankah mereka tidak percaya kepada apa yang Musa diberi dahulu? Mereka berkata, "Dua ahli sihir yang saling membantu satu sama lain." Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada kedua-duanya."


28:52. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab sebelum ini percayainya.

28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka sabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

28:60. Apa sahaja benda yang kamu diberi adalah kesenangan kehidupan dunia dan perhiasannya; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu faham?


28:76. Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia jadi angkuh kepada mereka kerana Kami beri kepadanya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang empunya kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Jangan kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang banggakan diri.

28:77. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah beri kamu, tempat kediaman akhir, dan jangan lupakan bahagian kamu di dunia ini; dan buat baik, sebagaimana Allah buat baik kepada kamu. Dan jangan cari untuk buat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan."

28:78. Dia berkata, "Apa yang aku diberi hanya kerana pengetahuan yang ada padaku." Apa, tidakkah dia tahu bahawa Allah telah musnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan? Dan orang-orang yang bersalah tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka.

28:79. Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang hendak kehidupan dunia berkata, "Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang empunya peruntungan yang besar."

28:80. Tetapi orang-orang yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, "Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan tiada yang akan terimanya kecuali orang-orang yang sabar."


29:27. Dan Kami beri dia Ishak, dan Yaakub, dan Kami buatkan Kenabian, dan al-Kitab, untuk menjadi antara keturunannya; Kami beri dia upah di dunia, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang salih.

29:47. Begitulah Kami turunkan kepada kamu al-Kitab. Orang-orang yang kepada mereka Kami beri al-Kitab percayainya; dan sebahagian mereka ini percayainya; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang tidak percaya (kafir).

29:49. Tidak, ia adalah ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, di dalam dada orang-orang diberi pengetahuan; dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali orang-orang zalim.

29:66. Kerana mereka tidak percaya (kafir) kepada apa yang Kami beri mereka, dan mereka gembira; mereka pasti akan tahu!


30:34. Supaya mereka tidak berterima kasih (kafir) pada apa yang Kami beri mereka. "Gembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti akan tahu."

30:38. Maka berikan sanak saudara haknya, dan orang miskin, dan musafir; itu lebih baik bagi orang-orang yang hendak Wajah Allah; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.

30:39. Dan apa yang kamu beri dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu beri dalam zakat, dengan hendakkan wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakan.

30:56. Tetapi orang-orang diberi pengetahuan dan keimanan berkata, "Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak tahu."


31:4. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.

31:12. Sesungguhnya Kami beri Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."

32:13. "Sekiranya Kami hendak, tentu Kami beri tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan penuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'

32:23. Sesungguhnya Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.

33:14. Dan jika kemasukan dikenakan terhadap mereka dari segenap penjuru, dan kemudian, jika mereka diminta untuk buat penganiayaan, tentu mereka lakukannya, dan tidak tinggal di dalamnya melainkan sebentar.

33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan buat kerja-kerja baik, Kami akan beri upahnya dua kali; Kami sediakan untuknya rezeki yang mulia.

33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.


33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

33:51. Kamu tangguhkan siapa kamu hendaki antara mereka, dan siapa yang kamu hendaki, kamu ambil kepada kamu; dan jika kamu ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikian itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun.

33:68. Wahai Pemelihara kami, berikan mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!"


34:6. Orang-orang diberi pengetahuan melihat bahawa apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, dan ia beri petunjuk pada jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

34:10. Dan Kami beri Daud pemberian daripada Kami, "Wahai gunung-gunung, ulang-ulangilah pujian-Ku bersamanya, dan kamu burung-burung!" Dan Kami melembutkan untuknya besi,

34:44. Kami telah tidak beri mereka Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami utus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

34:45. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, dan mereka tidak sampai satu per sepuluh daripada apa yang Kami beri mereka, mereka dustakan Rasul-Rasul-Ku, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!


35:40. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan.

37:117. Dan Kami beri mereka Kitab yang jelas,

38:20. Kami menguatkan kerajaannya, dan beri kepadanya kebijaksanaan, dan ucapan yang menetapkan.

39:49. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami; kemudian, apabila Kami kurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberi hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu cubaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

40:53. Dan Kami beri Musa petunjuk, dan Kami wariskan Bani Israil, Kitab,


41:7. Yang tidak beri zakat, dan tidak percaya kepada akhirat.

41:45. Dan Kami beri Musa Kitab, lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

42:20. Sesiapa hendak tanaman akhirat, Kami akan tambahkan tanamannya; dan sesiapa hendak tanaman dunia, Kami akan berikannya daripadanya, tetapi di akhirat, baginya tidak ada bahagian.

42:36. Apa sahaja benda kamu diberi ialah kesenangan kehidupan dunia; tetapi apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal bagi orang-orang yang percaya, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.

43:21. Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab sebelumnya yang padanya mereka berpegang?

44:33. Dan beri mereka ayat-ayat yang di dalamnya ujian yang nyata.


45:16. Sesungguhnya Kami beri Bani Israil al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, dan Kami rezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan Kami lebihkan mereka di atas semua alam.

45:17. Kami beri mereka bukti-bukti yang nyata daripada Perintah; maka mereka tidak selisihkan, kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

47:16. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada kamu, mereka berkata kepada orang-orang diberi pengetahuan, "Apakah yang dia kata tadi?" Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah letak satu penutup, dan mereka ikut keinginan mereka.

47:17. Tetapi orang-orang yang dapat petunjuk dengan benar, bagi mereka, Dia tambahkan dalam petunjuk, dan beri mereka ketakwaan mereka.

47:36. Tiadalah kehidupan dunia melainkan satu permainan dan satu hiburan; dan jika kamu percayai dan bertakwa, Dia akan beri kamu upah kamu, dan tidak minta kepada kamu harta-harta kamu.


48:10. Orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya berjanji setia kepada Allah; tangan Allah adalah di atas tangan-tangan mereka. Kemudian, sesiapa mungkiri sumpahnya, hanyalah mungkiri terhadap dirinya sendiri; dan sesiapa tepati perjanjiannya yang dibuat dengan Allah, Allah akan beri kepadanya upah yang besar.

48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu taati, Allah akan beri kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan azab kamu dengan azab yang keras."

51:16. Ambil apa sahaja yang Pemelihara mereka beri mereka; merekalah orang-orang buat baik sebelum itu.

52:18. Gembira dengan apa yang Pemelihara mereka beri mereka, dan Pemelihara mereka lindung mereka daripada azab Jahim.


57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada Peringatan Allah, dan yang Benar Dia turunkan, dan mereka tidak jadi seperti orang-orang diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka jadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq?

57:21. Berlumba-lumbalah kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan sebuah Taman (Jannah) yang luasnya luas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.

57:23. Supaya kamu tidak berdukacita kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak bergembira dengan apa diberi kepada kamu; Allah tidak suka setiap orang yang sombong, membanggakan diri,


57:27. Kemudian Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Rasul-Rasul Kami, dan Kami utus untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan Kami beri kepadanya Injil. Dan Kami buatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak tuliskan (tetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak awasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami beri orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

57:28. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan percayalah kepada Rasul-Nya, dan Dia akan beri kamu dua bahagian daripada pengasihan-Nya, dan Dia buatkan untuk kamu satu cahaya yang dengannya kamu akan berjalan, dan ampunkan kamu; Allah Pengampun, Pengasih,

57:29. Supaya ahli Kitab tahu bahawa mereka tidak berkuasa atas sesuatu daripada pemberian Allah, dan bahawa pemberian adalah di tangan Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.


58:11. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dikatakan kepada kamu, "Adakanlah ruang dalam perhimpunan", maka adakanlah ruang, dan Allah akan adakan ruang untuk kamu; dan apabila dikatakan, "Bangunlah kamu", maka bangunlah, dan Allah akan naikkan darjat orang-orang antara kamu yang percaya, dan diberi pengetahuan. Dan Allah sedar apa kamu buat.

58:13. Adakah kamu takut, sebelum bicara rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak kerjakan, dan Allah terima taubat kamu, maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah sedar apa kamu buat.

59:7. Segala apa yang Allah beri Rasul-Nya (rampasan perang) daripada penduduk bandaraya-bandaraya adalah kepunyaan Allah, dan Rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang Rasul beri kamu, ambillah; apa sahaja yang dia larang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.

59:9. Dan orang-orang yang telah bertempatkan di tempat tinggal, dan dalam keimanan, sebelum mereka, mencintai sesiapa yang hijrah kepada mereka, dengan tidak dapati di dalam dada mereka sebarang hajat (keinginan) terhadap apa yang mereka diberi, dan lebih suka yang lain di atas diri-diri mereka, walaupun kepapaan adalah bahagian mereka. Dan sesiapa dilindungi daripada kehalobaan jiwanya sendiri, mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.


60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila
perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, jangan kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Jangan kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka sudah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berikan orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah nafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin.

62:4. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki, dan Allah mempunyai pemberian yang besar.


65:6. Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan jangan menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berikan mereka upah mereka, dan bermuafakatlah antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan lain akan menyusukannya.

65:7. Hendaklah orang empunya keluasan nafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia nafkahkan daripada apa yang Allah beri kepadanya. Allah tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia beri kepadanya. Sungguh, Allah akan buatkan, setelah kesukaran, yang mudah.

69:19. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!

69:25. Tetapi bagi orang diberi kitabnya di tangan kirinya, dia akan berkata, “Sekiranya aku tidak diberi kitabku,


73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.

74:52. Tidak, tiap-tiap lelaki antara mereka hendak supaya diberi naskhah-naskhah gulungan yang terbuka.

84:7. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya,

84:10. Tetapi bagi orang diberi kitabnya di belakang punggungnya,

92:18. Yang memberi hartanya untuk menyucikan dirinya,


98:4. Dan mereka tidak berpecah belah, orang-orang diberi al-Kitab, melainkan setelah Bukti Yang Jelas datang kepada mereka.

98:5. Mereka diperintah hanya untuk sembah Allah, dengan menuluskan agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan memberi zakat - itulah agama yang betul.


~ A Concordance of the Qur'an halaman
190-196

 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman