Kalimat bertekun di dalam al-Qur'an
'AKAFA
- to cleave to, to give one's self up to; one who cleaves to, one
who inhabits, one who is detained
ya'kufu
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
'akif
2:125. Dan apabila Kami buatkan Rumah
untuk
jadi
tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, "Ambillah
bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami buat perjanjian dengan
Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang
yang tunduk, orang-orang yang sujud."
(bertekun di Rumah-Ku)
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam
puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan
kamu, pakaian bagi mereka. Allah
tahu
bahawa kamu khianati diri-diri
kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang
campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk
kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu
daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam,
dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid.
Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah
menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
(bertekun di masjid)
20:91. Mereka berkata, "Kami akan tetap bertekun padanya (patung Anak Lembu) sehingga Musa kembali kepada kami."
20:97. Berkata (Musa), "Pergilah! Bagi kamu dalam seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, 'Jangan sentuh aku!', dan selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihatlah pada tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya dan taburkan abunya ke dalam laut, bertaburan.
21:52. Apabila dia (Ibrahim) berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"
22:25. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan sama
kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa
tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih.
(bertekun di Masjidil Haram)
26:71. Mereka berkata, "Kami sembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya."
ma'kuf
48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak tahu, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah masukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami azab orang-orang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.
~ A Concordance of the Qur'an ms 239
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman