Kalimat besar di dalam al-Qur'an

 

Besar diterjemah daripada kalimat kabir yang merupakan juga nama Tuhan.

(Akbar seperti pada Allahu akbar adalah daripada kalimat kabbara. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat itu juga disenaraikan di halaman ini. Tapi Allahu akbar tidak terdapat pada mana-mana ayat.)


Kabir sebagai Nama Tuhan:

4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.

13:9. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Besar, Yang Tinggi.

22:62. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

31:30. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang Dia izinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar."

40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.


Kabir dalam kegunaan lain:

Terdapat beberapa kali kalimat tersebut tidak diterjemah kepada besar kerana konteks ayat.

2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang rendah hati,

2:143. Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.

2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:219. Mereka tanya kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

3:118. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak hancurkan kamu; mereka ingin untuk deritakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka sembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami jelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.

4:2. Berikan anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah tukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.

4:153. Ahli Kitab minta kepada kamu supaya kamu turunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit; dan mereka telah minta kepada Musa yang lebih besar daripada itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkan kepada kami Allah dengan nyata", lalu halilintar ambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian mereka ambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; namun begitu, Kami maafkan mereka yang itu, dan Kami beri Musa kuasa yang nyata.

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."

6:78. Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan.

6:123. Dan begitulah Kami adakan di tiap-tiap bandaraya, pembesar-pembesar, orang-orangnya yang berdosa, untuk buat tipu daya di dalamnya; tetapi mereka perdayakan hanya diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.

8:73. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.

9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,

9:72. Allah janjikan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, dengan taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, tinggal selama-lamanya di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal yang baik di Taman-Taman (Jannah) Adn; dan yang lebih besar, kepuasan hati Allah; itulah kemenangan yang besar.

9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan yang terbaik daripada apa mereka buat.

10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.

11:3. Dan, "Hendaklah kamu minta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan beri kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia beri daripada pemberian-Nya kepada setiap orang empunya kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.

11:11. Kecuali orang-orang yang sabar, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.

12:78. Mereka berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."

12:80. Apabila mereka berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata yang tertua antara mereka, "Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu sia-siakan Yusuf? Aku tidak akan tinggalkan bumi ini sehingga ayahku izinkan aku, atau Allah hakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.

16:41. Dan orang-orang yang hijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan tempatkan mereka di dunia di penempatan yang baik, dan upah akhirat adalah lebih besar jika mereka tahu,

17:4. Dan Kami telah tentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, "Kamu akan buat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar."

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar,

17:21. Perhatikan bagaimana Kami lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain! Dan sesungguhnya akhirat adalah lebih besar darjatnya, lebih besar kelebihannya.

17:31. Dan jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.

17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia dengan ketinggian besar daripada apa yang mereka kata!

17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami buatkan visi yang Kami lihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.

17:87. Kecuali dengan pengasihan Pemelihara kamu; sesungguhnya pemberian-Nya kepada kamu besar.

18:49. Dan Kitab diletakkan; dan kamu lihat orang-orang yang berdosa ketakutan pada apa yang di dalamnya, dan berkata, "Celakalah kami! Bagaimanakah dengan Kitab ini, bahawa ia tidak tinggalkan sesuatu di belakang, kecil atau besar, tetapi ia jumlahkannya?" Dan mereka dapati apa yang mereka telah buat hadir, dan Pemelihara kamu tidak menzalimkan sesiapa pun.

20:23. Untuk Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat Kami yang terbesar.

20:71. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan potong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan salib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan tahu siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal."

21:58. Lalu dia pecahkan mereka kepada kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang besar yang mereka ada, supaya mereka kembali kepadanya.

21:63. Berkata, "Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka boleh berkata-kata."

21:103. Ketakutan yang terbesar tidak menyedihkan mereka, dan penerima-penerima (malaikat-malaikat) menerima mereka, "Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."

25:19. Maka mereka dustakan apa yang kamu kata, dan kamu tidak boleh palingkannya, dan tidak juga dapatkan sebarang pertolongan. Sesiapa antara kamu yang buat zalim, Kami akan rasakan kepadanya azab yang besar.

25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami, "Mengapakah malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapakah kita tidak melihat Pemelihara kita?" Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan jadi penghina, dengan penghinaan yang besar.

25:52. Maka jangan taati orang-orang tidak percaya, tetapi berjuanglah terhadap mereka dengan perjuangan yang besar.

26:49. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu! Dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan potong, berselang-seli, tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan salib kamu kesemuanya."

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.

32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.

33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka pemberian yang besar daripada Allah.

33:67. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah taati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka sesatkan kami daripada jalan.
33:68. Wahai Pemelihara kami, berikan mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!"

34:3. Orang-orang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau lebih besar, melainkan ia di dalam Kitab yang jelas,

35:7. Orang-orang tidak percaya, bagi mereka azab yang keras; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka adalah ampunan dan upah yang besar.

35:32. Kemudian Kami wariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.

39:26. Maka Allah merasakan kepada mereka kerendahan dalam kehidupan dunia ini; dan azab akhirat adalah sungguh lebih besar jika mereka tahu.

40:10. Diumumkan kepada orang-orang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."

40:57. Sungguh, ciptaan langit dan bumi adalah lebih besar daripada ciptaan manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

42:22. Kamu lihat orang-orang zalim dalam ketakutan daripada apa yang mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , adalah di padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja yang mereka hendaki, mereka dapati di sisi Pemelihara mereka; itulah pemberian yang besar.

43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami lihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami ambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

44:16. Pada hari apabila Kami serang dengan serangan yang besar, kemudian Kami lepaskan dendam Kami.

53:18. Sesungguhnya dia telah lihat satu daripada ayat-ayat Pemeliharanya yang paling besar.

54:53. Dan segala sesuatu, besar atau kecil, adalah ditulis.

57:7. Percayalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan nafkahkanlah (belanjakanlah) daripada apa dia buatkan kamu pengganti-penggantinya. Orang-orang yang percaya antara kamu dan nafkahkan, mereka dapat upah yang besar.

67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami dustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak turunkan sesuatu; kamu hanyalah dalam kesesatan yang besar.’”

67:12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka yang dalam keadaan ghaib, bagi mereka ampunan dan upah yang besar.

68:33. Seperti itulah azab; dan azab akhirat adalah lebih besar jika mereka tahu.

74:35. Sesungguhnya ia satu daripada yang paling besar,

76:20. Apabila kamu lihat mereka, kamu lihat kebahagiaan dan kerajaan yang besar.

79:20. Maka dia perlihatkan kepadanya ayat yang besar,

79:34. Kemudian, apabila Malapetaka Besar datang,

85:11. Orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka, taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; itulah kemenangan yang besar.

87:12. Yang akan dipanggang di Api Besar,

88:24. Allah akan mengazabnya dengan azab yang paling besar.

 

KABBARA

Akbar seperti pada Allahu akbar tergolong dalam kalimat di atas. Tapi tidak terdapat pada mana-mana ayat.

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut dan terbitannya adalah:

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk jadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

17:111. Dan katakan, "Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri." Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya.

22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu agungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang buat baik.

74:3. Dan Pemelihara kamu, agungkanlah,


Kalimat Pilihan

Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles