Kalimat bodoh atau jahil di dalam al-Qur'an
Bodoh atau jahil diterjemah daripada
kalimat-kalimat yang terbit daripada dua akar, iaitu jim ha lam (j h l)
dan sin fa ha (s f h).
1. j h l ( kata terbitan - jahil, jahalah, jahiliyah, jahul )
jahil
2:67. Dan apabila Musa
berkata kepada kaumnya,
"Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu, hendaklah kamu korbankan seekor
lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu ambil kami sebagai buah ejekan?" Dia
berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku
jadi
antara orang-orang bodoh."
(mohon perlindungan Allah)
2:273. Bagi orang-orang fakir yang terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di bumi; orang bodoh sangka mereka kaya kerana mereka tidak meminta-minta, tetapi kamu kenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak minta kepada manusia dengan mendesak, dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh cari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk datangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah hendak, tentu Dia kumpulkan mereka pada petunjuk; maka jangan kamu jadi antara orang-orang bodoh.
6:111. Walaupun Kami
turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati
berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala
sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika
Allah hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.
(majoriti bodoh)
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:199. Maafkanlah, dan
suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang bodoh.
(berpaling daripada orang bodoh)
11:29. Wahai kaumku, aku tidak minta harta kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah daripada Allah, dan aku tidak akan usir orang-orang yang percaya; sesungguhnya mereka akan temui Pemelihara mereka. Tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh.
11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."
12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku suka untukku daripada apa yang mereka seru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak palingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku jadi antara orang-orang bodoh."
12:89. Berkata, "Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?"
25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",
27:55. Apa, adakah kamu
datangi lelaki dengan
hawa nafsu (syahwat) bukan perempuan? Tidak, kamulah
kaum yang bodoh."
(gay)
28:55. Apabila mereka dengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak inginkan orang-orang bodoh."
39:64. Katakanlah,
"Adakah kepada selain daripada Allah yang kamu suruh aku sembah, wahai kamu
orang-orang bodoh?"
(seru selain Allah)
46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh."
jahalah
4:17. Allah
hanya terima taubat orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan,
kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat diterima)
6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak timpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian jadi sesal daripada apa kamu buat.
jahiliyah
3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.
5:50. Adakah putusan jahiliah yang mereka inginkan? Dan siapakah lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
48:26. Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah tahu segala sesuatu.
jahul
33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh.
2. s f h ( kata terbitan - safiha, safih )
safiha
2:130. Maka siapakah yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di
akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).
(anutan Ibrahim)
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak dapat petunjuk yang benar.
7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami lihat kamu (Hud) dalam kebodohan, dan kami sangka kamu adalah daripada pendusta-pendusta."
7:67. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.
safih
2:13. Apabila dikatakan
kepada mereka, "Percayalah sebagaimana manusia percaya", mereka berkata, "Adakah
kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh percaya?"
Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak
tahu.
(orang percaya kepada ayat-ayat Allah
dipanggil bodoh oleh orang bodoh)
2:142. Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka
daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan
Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus."
(kiblat)
2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.
4:5. Tetapi janganlah
kamu beri orang-orang bodoh harta mereka yang Allah lantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan pakaian mereka
daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
(pengurus harta orang bodoh)
7:155. Dan Musa pilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi ambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau musnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau sesatkan siapa yang Engkau hendaki, dan beri petunjuk siapa yang Engkau hendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
72:4. Yang bodoh di kalangan kami (jin) mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan,
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman