Kalimat datang di dalam al-Qur'an

 

ATA vb. (I)-to come, to come to, to come upon, to approach; to go; to give; (with prep. bi-) to bring; to perform, to commit. (pcple. act.) one who comes, coming

Ayat-ayat mengandungi kalimat di atas, atau aata', dan terbitannya -  ya'ti, i'ti, utiya (hanya satu ayat-2:25), ati, dan ma'tiy (hanya satu ayat-19:61) - diturunkan dibawah dengan kalimat menurut warna yang telah dikhaskan:

 

2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu" bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa ikut petunjuk-Ku, tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:106. Dan apa sahaja ayat yang Kami hapuskan, atau jadikan lupa, Kami datangkan yang lebih baik, atau yang serupa dengannya. Tidakkah kamu tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu?


2:109. Kebanyakan daripada ahli Kitab ingin sekiranya mereka dapat kembalikan kamu sebagai orang-orang tidak percaya setelah keimanan kamu kerana dengki dalam jiwa mereka sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ketepikanlah, sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:118. Dan orang-orang yang tidak tahu berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikian berkata orang-orang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini, hati mereka serupa. Namun demikian, Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.

2:145. Namun begitu, jika kamu datangkan kepada orang-orang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan ikut kiblat kamu; kamu bukan pengikut kiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang zalim.

2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia palingkan; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

2:189. Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk jadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah dari pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.


2:210. Apakah mereka nanti-nantikan, melainkan bahawa Allah akan datang kepada mereka dalam lindungan awan, dan malaikat-malaikat? Perkara telah diputuskan, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.

2:214. Atau, adakah kamu sangka kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh musibah dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga Rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat.

2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti kamu hendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

2:248. Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu jika kamu orang-orang mukmin."


2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya, merekalah orang-orang zalim.

2:258. Tidakkah kamu renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah datangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang tidak percaya tercengang. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkan mereka kepada kamu, kemudian letak sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"


3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkan Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."

3:125. Ia, jika kamu sabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan bantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas."

3:161. Tiada bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan, dan mereka tidak dizalimi.

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah buat perjanjian dengan kami supaya kami tidak percayai mana-mana Rasul sehingga dia datangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-Rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu kata. Mengapa pula kamu bunuh mereka jika kamu berkata benar?"

3:188. Jangan sangka orang-orang yang gembira dengan apa yang mereka datangkan, dan suka dipuji atas apa yang mereka tidak buat; jangan kamu sangka mereka aman daripada azab; dan bagi mereka, azab yang pedih.


4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.

4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya. Sesungguhnya Allah Yang Menerima Taubat, Pengasih.

4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu telah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.

4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum menyembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

4:133. Jika Dia hendak, Dia hapuskan kamu, wahai manusia, dan datangkan yang lain; Allah adalah berkuasa atas yang demikian itu.


5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

5:52. Kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit bersegera kepada mereka, dengan berkata, "Kami takut giliran buruk timpa kami." Mudah-mudahan Allah datangkan kemenangan, atau perintah daripada-Nya, dan kemudian mereka dapati diri-diri mereka, kerana apa yang mereka rahsiakan di dalam diri mereka, penuh sesal.

5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.

5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan datangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.


6:4. Tiada satu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.

6:5. Mereka dustakan yang benar apabila ia datang kepada mereka; kelak akan datang kepada mereka berita daripada apa yang mereka olok-olokkan.

6:34. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah didustakan sebelum kamu. Mereka sabar atas apa yang mereka didustakan, dan disakiti, sehingga pertolongan Kami datang kepada mereka. Kata-Kata Allah tidak dapat ditukar; dan telah pun datang kepada kamu sebahagian berita para utusan.

6:35. Dan jika palingan mereka membencikan kamu, jika kamu boleh cari lubang di bumi, atau sebuah tangga di langit, untuk datangkan kepada mereka satu ayat (mukjizat) - tetapi, sekiranya Allah hendak, tentu Dia kumpulkan mereka pada petunjuk; maka jangan kamu jadi antara orang-orang bodoh.

6:40. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu seru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?"


6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.

6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"

6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita? Seperti orang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,

6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami saksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.

6:134. Apa yang kamu dijanjikan, itu pasti datang; bukanlah kamu orang-orang yang mengandaskan.

6:158. Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu."


7:17. Kemudian aku datang kepada mereka dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka berterima kasih."

7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang sebelumnya yang telah melupakannya berkata, "Sungguh, Rasul-Rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk buat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.

7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satunya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."

7:77. Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan mereka berkata, "Wahai Salleh, datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu seorang utusan."


7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam lakukannya sebelum kamu?

7:81. Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."

7:97. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?

7:98. Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?

7:106. Berkatalah dia, "Jika kamu datang dengan satu ayat, kemukakan ia jika kamu berkata benar."


7:112. Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."

7:129. Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan musnahkan musuh kamu, dan Dia jadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia perhatikan bagaimana kamu buat."

7:132. Dan mereka berkata, "Apa sahaja ayat kamu datangkan kepada kami, untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin kepada kamu."

7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.

7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami uji mereka kerana kefasiqan mereka.


7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, "Kami akan diampunkan"; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka pelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu faham?

7:187. Mereka tanya kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan dedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka tanya kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu."

7:203. Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapa kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai."

8:32. Dan apabila mereka berkata, "Ya Allah, jika ini yang benar daripada Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkan kepada kami azab yang pedih."


9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugian, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."

9:54. Dan tiada yang menghalangi daripada nafkah mereka diterima daripada mereka, kecuali kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka tidak datangkan solat melainkan dengan malas, dan mereka tidak nafkahkan tanpa mereka membencinya.

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang yang, apabila mereka datang kepada kamu, supaya kamu bawa mereka, kamu berkata, "Aku tidak dapati sesuatu untuk bawa kamu di atasnya"; mereka berpaling, dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana mereka tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan.


10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah ambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

10:39. Tidak, tetapi mereka dustakan apa yang mereka tidak tahu pengetahuannya, dan yang interpretasinya belum datang kepada mereka. Begitulah orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang zalim.

10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?

10:79. Firaun berkata, "Datangkan kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir)."


11:8. Dan jika Kami tangguhkan azab daripada mereka hingga waktu (umat) hitungannya, mereka akan berkata, "Apakah yang menahannya?" Sesungguhnya, pada hari ia datang kepada mereka, ia tidak akan dipalingkan daripada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.

11:13. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan serulah (panggillah) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

11:32. Mereka berkata, "Wahai Nuh, kamu telah berbantah dengan kami, dan buat banyak bantahan terhadap kami. Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."

11:33. Berkata, "Allah akan datangkannya kepada kamu jika Dia hendaki, dan kamu tidak dapat mengandaskan.

11:39. Dan kamu akan tahu kepada siapa akan datang azab yang aibkannya, dan kepada siapa turun azab yang kekal."

11:76. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu sudah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."

11:93. Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan tahu kepada siapa datang azab yang aibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai."

11:105. Pada hari ia datang, sesuatu jiwa tidak berkata-kata kecuali dengan izin-Nya; sebahagian mereka sengsara, dan sebahagian berbahagia.


12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan beritahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah tinggalkan anutan kaum yang tidak percayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

12:48. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang makan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.

12:49. Kemudian sesudah itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah."

12:50. Raja berkata, "Datangkan dia kepadaku." Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia berkata, "Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanya dia, 'Bagaimanakah dengan perempuan-perempuan yang memotong tangan mereka?' Sesungguhnya Pemeliharaku tahu muslihat mereka."

12:54. Raja berkata, "Datangkan dia kepadaku. Aku akan dekatkannya dengan diriku." Kemudian, apabila dia telah berkata-kata dengannya, dia berkata, "Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami."


12:59. Apabila dia sudah siapkan bekal mereka dengan bekal mereka, dia berkata, "Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa aku tepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu?

12:60. Tetapi jika kamu tidak datangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu mendekatiku."

12:66. Berkata, "Aku tidak akan utuskannya bersama kamu sehingga kamu beri aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan datangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi. Apabila mereka sudah beri janji mereka, dia berkata, "Allah jadi Wakil atas apa yang kami ucapkan."

12:83. Dia berkata, "Tidak! Tetapi jiwa kamu hasut kamu untuk buat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah akan datangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."

12:93. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lempar ia kepada muka ayahku, dan dia akan peroleh kembali penglihatannya; kemudian datangkan kepadaku keluarga kamu kesemuanya."

12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar?


13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapat berkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya tahu bahawa, jika Allah hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka kerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.

13:38. Dan Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu, dan Kami beri mereka isteri-isteri, dan keturunan; dan tiada bagi seseorang Rasul untuk datangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap tempoh ada Kitab.

13:41. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi dengan mengurangkan tepi-tepinya? Allah menghakimkan; tiada yang dapat menolak putusan-Nya; Dia cepat buat hitungan.


14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah. Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."

14:10. Rasul-Rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkan kepada kami satu kuasa yang nyata."

14:11. Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kamu; tetapi Allah berbudi baik kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tiada bagi kami untuk datangkan kepada kamu satu kuasa melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.

14:17. Yang dia hirup, dan hampir-hampir dia tidak boleh menelannya, dan kematian datang kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak boleh mati; dan di belakangnya, azab yang keras.

14:19. Tidakkah kamu lihat bahawa Allah cipta langit dan bumi dengan benar? Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan datangkan ciptaan yang baru,

14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka, dan orang-orang buat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkan kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan sahut seruan Engkau, dan ikut Rasul-Rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?


15:7. Mengapa kamu tidak datangkan malaikat-malaikat kepada kami, jika kamu berkata benar?"

15:11. Dan seseorang Rasul tidak datang kepada mereka melainkan mereka memperolok-olokkannya.

15:64. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan sesungguhnya kami berkata benar.

15:85. Kami tidak ciptakan langit dan bumi dan apa-apa di antara keduanya melainkan dengan benar. Sesungguhnya Saat pasti datang; maka kamu maafkanlah dengan permaafan yang manis.

15:99. Dan sembahlah Pemelihara kamu sehingga yang Yakin datang kepada kamu.


16:1. Perintah Allah pasti datang; maka jangan minta disegerakan. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.

16:26. Orang-orang sebelum mereka buat tipu daya; kemudian Allah datang kepada bangunan mereka dari dasar-dasarnya, lalu bumbungnya jatuh kepada mereka dari atas mereka, dan azab datang kepada mereka dari tempat mereka tidak sedar.

16:33. Adakah mereka menanti-nanti, melainkan bahawa malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau datang perintah Pemelihara kamu? Begitulah orang-orang sebelum mereka buat, dan Allah tidak menzalimi mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan buatkan bumi telan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak sedar?

16:76. Allah buat satu persamaan: dua lelaki, seorang daripada mereka bisu, tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan dia menjadi beban kepada tuannya - di mana sahaja dia hadapkannya, dia tidak datangkan kebaikan. Adakah dia sama dengan orang yang menyuruh pada keadilan, dan berada di atas jalan lurus?

16:111. Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi.

16:112. Allah buat satu persamaan: sebuah bandaraya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka kerjakan.


17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk datangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat datangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."

17:92. Atau, sehingga kamu jatuhkan langit, sebagaimana kamu dakwa, kepada kami dalam serpihan-serpihan, atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat sebagai satu jaminan,

18:15. Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka datangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah?"

18:19. Dan demikian Kami bangkitkan mereka supaya mereka saling bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Mereka berkata, "Kami tinggal selama sehari atau sebahagian hari." Mereka berkata, "Pemelihara kamu sangat-sangat tahu berapa lama kamu tinggal. Hantarlah salah seorang antara kamu dengan duit perak ini ke kota, dan hendaklah dia perhatikan siapa antara mereka yang mempunyai makanan paling suci, dan datangkan kepada kamu rezeki daripadanya; hendaklah dia bersopan santun, dan jangan beritahu seorang pun mengenai kamu.

18:55. Dan tiada yang halang manusia daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka, dan minta ampun kepada Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.

18:77. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandaraya, mereka minta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka tolak mereka sebagai tetamu. Kemudian mereka dapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia tegakkannya. Berkata, "Sekiranya kamu hendak, tentu kamu ambil upah untuk itu."


19:27. Kemudian dia datangkan kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya kamu datangkan sesuatu yang aneh!

19:38. Alangkah terangnya mereka dengar dan lihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.

19:43. Ayah, telah datang kepadaku (Ibrahim) pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan beri petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.

19:61. Taman-Taman Adn, apa Yang Pemurah janjikan hamba-hamba-Nya dengan yang ghaib; janji-Nya pasti datang.

19:80. Dan Kami mewarisi daripada dia apa yang dia kata, dan dia datang kepada Kami bersendirian.

19:93. Tiada sesuatu di langit dan di bumi melainkan ia datang kepada Yang Pemurah sebagai hamba.

19:95. Setiap seorang daripada mereka datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian.


20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa?

20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, "Tetaplah kamu di sini; aku lihat api. Mudah-mudahan aku datangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku dapati di api, petunjuk."

20:11. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, "Wahai Musa,

20:15. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir rahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan.

20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakan, 'Kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan jangan azab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu, dan sejahtera ke atas orang yang ikut petunjuk!

20:58. Sungguh, kami akan datangkan kepada kamu sihir yang serupa dengannya; maka buatlah satu janji temu antara kami dan kamu di suatu tempat yang disetujui bersama, dan kami tidak mungkirinya, dan tidak juga kamu."

20:60. Firaun berpaling, dan kumpulkan muslihatnya. Kemudian dia datang.


20:64. Maka kumpulkan muslihat kamu, kemudian datanglah dalam barisan-barisan. Sesiapa pada hari ini yang di atas, sungguh beruntung."

20:69. Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu, dan ia akan telan apa mereka buat; mereka hanya buat tipu muslihat ahli sihir, dan ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang."

20:74. Sesiapa datang kepada Pemeliharanya sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan tidak juga hidup.

20:75. Dan sesiapa datang kepada-Nya sebagai seorang mukmin, setelah buat kerja-kerja baik, maka mereka itu, bagi mereka darjat yang tertinggi.

20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa ikut petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia jadi sengsara.

20:126. Berkata, "Demikianlah, ayat-ayat Kami telah datang kepada kamu, dan kamu lupakannya; dan demikianlah, pada hari ini kamu dilupakan."

20:133. Mereka berkata, "Mengapa dia tidak datangkan kepada kami satu ayat daripada Pemeliharanya?" Tidakkah telah datang kepada mereka bukti yang jelas daripada apa yang di dalam naskhah-naskhah gulungan yang pertama (dahulu)?


21:2. Tiada Peringatan daripada Pemelihara mereka datang kepada mereka yang baru, melainkan mereka mendengarkannya dengan bermain-main,
21:3. Menghiburkan hati mereka. orang-orang buat kezaliman berbicara secara rahsia dengan satu sama lain, "Tidakkah ini hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu? Apa, adakah kamu terima sihir dengan mata-mata kamu terbuka?"

21:5. Tidak, tetapi mereka berkata, "Mimpi-mimpi yang bercampur baur! Tidak, dia mengada-adakannya; tidak, dia seorang penyair! Maka hendaklah dia datangkan kepada kita satu ayat sebagaimana orang-orang dahulu kala diutus."

21:40. Tidak, tetapi ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, dengan mencengangkan mereka, dan mereka tidak boleh kembalikannya, dan tidak juga mereka diberi tangguh.

21:44. Tidak, tetapi Kami Sendiri beri kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga umur mereka menjadi panjang kepada mereka. Apa, tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke bumi, dengan mengurangkan tepi-tepinya? Atau, adakah mereka orang-orang yang menang?

21:47. Dan Kami letak timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami datangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.

21:61. Mereka berkata, "Datangkan dia ke hadapan mata manusia supaya mereka saksikan."


22:7. Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah bangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur.

22:27. Dan serulah manusia kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,

22:55. Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti menjadi dalam keraguan padanya, sehingga Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau datang kepada mereka azab hari yang tandus.

23:68. Tidakkah mereka renungkan ucapan, atau telah datang kepada mereka apa yang tidak datang kepada bapa-bapa mereka yang dahulu kala?

23:71. Sekiranya yang benar ikut keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja di dalamnya tentu rosak. Tidak, Kami datangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.

23:90. Tidak, tetapi Kami datangkan kepada mereka yang benar, dan mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.


24:4. Dan orang-orang yang membaling kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak datangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan jangan terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

24:13. Mengapa mereka tidak datangkan empat saksi terhadapnya? Oleh kerana mereka tidak datangkan saksi-saksi, maka pada pandangan Allah, merekalah pendusta-pendusta.

24:49. Tetapi jika mereka benar, mereka datang kepada dia dengan patuh.

25:33. Mereka tidak datang kepada kamu dengan sebarang persamaan melainkan Kami datangkan kepada kamu yang benar, dan penjelasan (tafsir) yang lebih baik.

25:40. Sesungguhnya mereka telah datang ke bandaraya yang dihujani hujan yang buruk; apa, tidakkah mereka melihatnya? Tidak, tetapi mereka tidak mengharapkan kebangkitan.


26:5. Tetapi tiada peringatan yang baru datang kepada mereka daripada Yang Pemurah, melainkan mereka berpaling daripadanya.

26:6. Maka mereka dustakan; sesungguhnya berita-berita akan datang kepada mereka daripada apa yang mereka olok-olokkan.

26:10. Dan apabila Pemelihara kamu panggil Musa, "Pergilah kepada kaum yang zalim,

26:16. Pergilah kamu kepada Firaun, dan katakan, 'Sesungguhnya kami adalah Rasul Pemelihara semua alam.

26:31. Berkata, "Datangkanlah ia, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."

26:37. Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."

26:89. Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."

26:154. Kamu, tidak lain, hanya seorang manusia yang serupa dengan kami; maka datangkan satu ayat, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."

26:165. Apa, adakah kamu datangi lelaki daripada semua alam,

26:202. Yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar,


27:7. Apabila Musa berkata kepada keluarganya, "Aku lihat api, dan aku akan datangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan datangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu."

27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkata seekor semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak sedar."

27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."

27:31. Jangan kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"


27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk hadapinya, dan kami akan usir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan."
27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan datangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"

27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanya berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."


27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?
27:55. Apa, adakah kamu datangi lelaki dengan hawa nafsu (syahwat) bukan perempuan? Tidak, kamulah kaum yang bodoh."

27:87. Pada hari trompet ditiup, dan terkejutlah sesiapa sahaja di langit dan di bumi, kecuali siapa yang Allah hendaki, dan tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan rendah diri.


28:29. Maka apabila Musa telah sempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, "Tetaplah kamu di sini; aku lihat api. Mudah-mudahan aku akan datangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat panaskan diri-diri kamu."
28:30. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, "Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah, Pemelihara semua alam.

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami panggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

28:49. Katakanlah, "Datangkanlah sebuah Kitab daripada Allah yang lebih beri petunjuk daripada keduanya, dan ikutlah ia, jika kamu berkata benar."


28:71. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu dengar?"
28:72. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu lihat?

29:5. Sesiapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Allah, tempoh Allah pasti datang; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.


29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu lakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah lakukannya sebelum kamu.
29:29. Apa, adakah kamu datangi lelaki dan memotong jalan dan kamu datangkan dalam majlis kamu yang mungkar?" Maka tiada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkan kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."

29:53. Dan mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Jika tidak kerana satu tempoh yang dinyatakan, tentu azab telah datang kepada mereka; tetapi ia datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar.

30:43. Maka tegakkan muka kamu kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka dipisah-pisahkan.

31:16. "Wahai anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan datangkannya; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.


32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.

33:18. Sesungguhnya Allah tahu orang-orang antara kamu yang halangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, "Datanglah kepada kami", dan mereka tidak datangi peperangan kecuali sedikit,

33:20. Mereka sangka golongan bersekutu belum pergi; dan jika golongan bersekutu datang, mereka akan inginkan bahawa mereka adalah yang tinggal di gurun di kalangan orang-orang Arab, dengan menanyai berita mengenai kamu. Sekiranya mereka bersama kamu, mereka akan berperang, kecuali sedikit.

33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.

34:3. Orang-orang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau lebih besar, melainkan ia di dalam Kitab yang jelas,

35:16. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan datangkan ciptaan yang baru,


36:30. Aduhai, sesalnya hamba-hamba itu! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka memperolok-olokkannya.

36:46. Dan tiada sesuatu ayat daripada ayat-ayat Pemelihara mereka yang datang kepada mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.

37:28. Mereka berkata, "Sesungguhnya kamu datang kepada kami dari kanan."

37:157. Datangkanlah kitab kamu jika kamu berkata benar!

38:21. Sudahkah berita perdebatan datang kepada kamu? Apabila mereka memanjat mihrab (tempat ibadat),


39:25. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian azab datang kepada mereka dari tempat mereka tidak sedar.

39:40. Kepada siapa yang akan datang azab yang aibkannya, dan kepada siapa diturunkan azab yang kekal."

39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.
39:55. Dan ikutlah yang paling baik daripada apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, sebelum azab datang kepada kamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak sedar."

39:71. Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar” tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya.


40:22. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka tidak percaya, maka Allah ambil mereka. Sesungguhnya Dia Kuat, keras dalam balasan-Nya.

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya; demikian Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.

40:50. Mereka berkata, "Tidakkah Rasul-Rasul kamu datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi seruan orang-orang tidak percaya hanya dalam kesesatan.

40:56. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa sebarang kuasa yang datang kepada mereka, di dalam dada mereka hanyalah kebanggaan yang mereka tidak akan capai. Maka kamu berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.

40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

40:78. Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu; antara mereka, Kami ceritakan kepada kamu, dan antara mereka, Kami tidak ceritakan kepada kamu. Tiada bagi seseorang Rasul untuk datangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Apabila perintah Allah datang, dengan adil perkara diputuskan, kemudian rugilah di sana orang-orang yang ikut yang palsu.


41:11. Kemudian Dia beranjak ke langit sedang ia adalah asap, dan Dia berkata padanya dan kepada bumi, 'Datanglah dengan rela, atau benci!' Mereka berkata, 'Kami datang dengan rela.'

41:40. Orang-orang yang mencercai ayat-ayat Kami tidak tersembunyi daripada Kami. Apa, adakah orang yang dilempar ke dalam Api lebih baik, atau orang yang datang pada Hari Kiamat dengan aman? Buatlah apa yang kamu hendaki; sesungguhnya Dia lihat apa kamu buat.

41:42. Kepalsuan tidak datang kepadanya dari hadapannya, dan tidak juga dari belakangnya; satu penurunan daripada yang Bijaksana, Terpuji.

42:47. Sahutlah Pemelihara kamu, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari kamu tidak ada tempat perlindungan, tiada penafian.

43:7. Tetapi tiada seorang Nabi datang kepada mereka, tanpa mereka memperolok-olokkannya.

43:66. Tidaklah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar?


44:10. Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit datangkan asap yang jelas,

44:19. Dan, "Jangan kamu meninggi terhadap Allah; sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan satu kuasa yang nyata,

44:36. Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar!"

45:25. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, tiada alasan mereka melainkan mereka berkata, "Datangkanlah bapa-bapa kami, jika kamu berkata benar."

46:4. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan apa yang kamu seru selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta daripada bumi; atau adakah mereka satu sekutu di langit? Datangkanlah kepadaku sebuah Kitab sebelum ini, atau bekas-bekas suatu pengetahuan, jika kamu berkata benar."

46:22. Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk palingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkan kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar."


47:18. Apakah mereka menanti-nanti melainkan Saat, bahawa ia akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba? Sesungguhnya isyarat-isyaratnya telah datang; maka, apabila ia datang kepada mereka, bagaimanakah bagi mereka peringatan mereka?

51:24. Sudahkah datang kepada kamu hadis tamu Ibrahim yang mulia?

51:42. Yang tidak tinggalkan sesuatu apabila ia datang kepadanya, tetapi membuatnya seperti benda yang reput.

51:52. Begitulah, tiada seorang Rasul datang kepada orang-orang sebelum mereka, melainkan mereka berkata, "Seorang ahli sihir, atau seorang yang dirasuk!"

52:34. Kemudian hendaklah mereka datangkan satu hadis yang serupa dengannya, jika mereka berkata benar.

52:38. Atau, adakah mereka sebuah tangga yang dengannya mereka dengarkan? Maka hendaklah sesiapa antara mereka yang dengar datangkan satu kuasa yang nyata.


59:2. Dia yang keluarkan dari tempat tinggal mereka, orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, pada pengumpulan yang pertama. Kamu tidak sangka mereka akan keluar, dan mereka sangka kubu-kubu mereka dapat mempertahankan mereka terhadap Allah; kemudian Allah datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak jangkakan, dan Dia lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka sedang mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri, dan tangan orang-orang mukmin; maka ambillah pelajaran, wahai orang-orang empunya mata (penglihatan)!

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan sekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak lakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak datangkan fitnah yang mereka ada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau tangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang salih (baik).”


64:5. Apakah tidak datang kepada kamu berita orang-orang tidak percaya dahulu, kemudian merasakan keburukan daripada urusan mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih?

64:6. Itu adalah kerana Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, dan kemudian mereka berkata, “Apa, adakah manusia yang beri petunjuk kepada kami?” Oleh kerana itu mereka tidak percaya, dan berpaling, dan Allah tidak memerlukan mereka. Dan Allah Kaya, Terpuji.

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.

67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya tanya mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”

67:30. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu resap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang akan datangkan kepada kamu air yang mengalir?”

68:41. Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka datangkan sekutu-sekutu mereka, jika mereka berkata benar.


71:1. Kami utus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

74:47. Sehingga yang Yakin datang kepada kami.”

76:1. Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa apabila ia adalah sesuatu yang tidak diingatkan?

78:18. Pada hari trompet ditiup, dan kamu datang berkumpulan-kumpulan,

79:15. Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa?

85:17. Sudahkah datang kepada kamu hadis tentera-tentera,

88:1. Sudahkah datang kepada kamu hadis Yang Menutupi?

98:1. Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan, tidak tinggalkan sehingga Bukti Yang Jelas datang kepada mereka,


~ A Concordance of the Qur'an
ms 185


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman