Kalimat fitnah di dalam al-Qur'an

 

Kalimat Arab fitnah tidak bermaksud fitnah dalam bahasa Melayu. Sila lihat fitnah di halaman Kalimat Ujian untuk penjelasan lanjut.

Fitnah seperti difahamkan dalam bahasa Melayu diterjemah daripada tujuh kalimat al-Qur'an, antaranya berkedudukan seakar. Diselitkan juga ayat-ayat mengandungi perkataan pengumpat iaitu yang berkaitan.

Antara fitnah yang dipakai di sini adalah pertukaran kepada perkataan dusta dan lain, yang telah diguna selama ini. Harap maklum.

Kalimat dan ayat-ayatnya adalah seperti di bawah ...



(i) IFK -slander, calumny ~ A Concordance of the Qur'an ms 113

Terdapat sembilan ayat yang mengandungi kalimat tersebut:

24:11. Orang-orang yang datang dengan fitnah adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah sangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia usahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.

24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri bersangka baik, dan berkata, "Ini fitnah yang nyata"?

25:4. Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini tidak lain kecuali fitnah yang dia ada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.

29:17. Kamu hanya sembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu cipta fitnahan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan fitnah yang diada-adakan." Dan orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

37:86. Adakah yang fitnah, tuhan-tuhan selain daripada Allah, yang kamu hendak?

37:151. Ingatlah, sesungguhnya daripada fitnah mereka, mereka berkata,
37:152. "Allah beranak!" Mereka sebenarnya pendusta-pendusta.

46:11. Orang-orang tidak percaya berkata mengenai orang-orang yang percaya, "Jika ia baik, mereka tidak mendahului kami kepadanya." Dan kerana mereka tidak dapat petunjuk dengannya, tentu mereka akan berkata, "Ini adalah satu fitnah lama!"

46:28. Maka mengapa mereka tidak tolong mereka, yang mereka ambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka sudah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah fitnah mereka, dan apa yang mereka ada-adakan.

...


(ii) BUHTAN -calumny, slander ~ A Concordance of the Qur'an ms 316

4:20. Dan jika kamu hendak tukar seorang isteri di tempat isteri lain dan jika kamu sudah beri seorang satu timbunan, jangan ambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara fitnah, dan dosa yang nyata?

4:112. Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang yang tidak bersalah, maka dia pikul fitnahan, dan dosa yang nyata.

4:156. Dan kerana ketidakpercayaan mereka, dan ucapan mereka terhadap Mariam, satu fitnah yang besar.

24:16. Dan mengapa, apabila kamu mendengarnya, kamu tidak berkata, "Tidak patut bagi kami mengatakan mengenai ini; Engkau disanjung! Ini fitnah yang besar"?

33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka usahakan, mereka memikul fitnahan dan dosa yang nyata.

60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan sekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak lakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak datangkan fitnah yang mereka ada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

...


(iii) HAMMAZ -a slanderer, backbiter
~ A Concordance of the Qur'an ms 494

68:11. Pemfitnah yang berjalan-jalan dengan fitnahan,

...


(iv) HUMAZAH -a backbiter
~ A Concordance of the Qur'an ms 494

104:1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat, pemfitnah,

...


(v) LUMAZAH -a slanderer
~ A Concordance of the Qur'an ms 742

104:1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat, pemfitnah,

...


(vi) MASHSHA' -one who goes about with slander ~ A Concordance of the Qur'an ms 783

68:11. Pemfitnah yang berjalan-jalan dengan fitnahan,

...


(vii) NAMIM -slander
~ A Concordance of the Qur'an ms 845

68:11. Pemfitnah yang berjalan-jalan dengan fitnahan,


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman