Kalimat Hud & Ad di dalam al-Qur'an

 

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"
7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami lihat kamu dalam kebodohan, dan kami sangka kamu adalah daripada pendusta-pendusta."
7:67. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.
7:68. Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satu-Nya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."
7:71. Berkatalah dia, "Kotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat aku mengenai nama-nama yang kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."
7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).

7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.
11:51. Wahai kaumku, aku tidak minta upah kepada kamu untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Yang memulakan aku. Tidakkah kamu
faham?
11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan utus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan tambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."
11:53. Mereka berkata, "Wahai Hud, kamu tidak datangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu ucapkan; kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu.
11:54. Tiadalah kami
kata melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpa kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan,
11:55. Selain daripada Dia; maka lakukanlah muslihat kamu terhadapku, kesemuanya, kemudian janganlah kamu beri aku tangguh.
11:56. Sesungguhnya aku
tawakal kepada Allah, Pemeliharaku dan Pemelihara kamu; tidak ada makhluk yang merayap melainkan Dia mengambilnya daripada ubun-ubun. Sesungguhnya Pemeliharaku adalah di atas jalan lurus.
11:57. Tetapi jika kamu berpaling, aku telah sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan jadikan satu kaum yang selain daripada kamu, pengganti-pengganti; kamu tidak akan mudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu."
11:58. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan selamatkan mereka daripada azab yang keras.
11:59. Itu Ad; mereka sangkal ayat-ayat Pemelihara mereka, dan mengingkari Rasul-Rasul-Nya, dan mereka ikut perintah tiap-tiap penguasa yang degil.
11:60. Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat, "Sesungguhnya Ad tidak percaya kepada Pemelihara mereka; maka nyahlah Ad, kaum Hud."

11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."

22:42. Jika mereka dustakan kamu, sesungguhnya sebelum mereka, kaum Nuh telah dustakan, dan Ad, dan Tsamud,

25:38. Dan Ad, dan Tsamud, dan penduduk Ras, dan antara yang demikian, generasi-generasi yang banyak.

26:123. Ad telah dustakan para utusan,
26:124. Apabila saudara mereka Hud berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?
26:125. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.
26:126. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:127. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.
26:128. Apa, adakah kamu bina di tiap-tiap bukit yang tinggi satu ayat (tanda) dengan main-main,
26:129. Dan adakah kamu ambil untuk kamu bangunan-bangunan besar untuk tinggal selama-lamanya?
26:130. Apabila kamu serang, kamu serang seperti orang-orang kejam!
26:131. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,
26:132. Dan takutilah Dia yang bantu kamu dengan apa yang kamu tahu,
26:133. Bantu kamu dengan binatang ternak dan anak-anak,
26:134. Dan kebun-kebun (jannah), dan mata-mata air.
26:135. Sesungguhnya aku takut bagi kamu akan azab hari yang besar."
26:136. Mereka berkata, "Sama sahaja bagi kami, sama ada kamu tegurkan, atau kamu bukan daripada orang-orang yang beri teguran.
26:137. Ini, tidak lain, hanyalah tabiat orang-orang dahulu kala.
26:138. Dan kami tidak akan diazab."
26:139. Maka mereka dustakan dia; kemudian Kami musnahkan mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.

38:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan Ad, dan Firaun daripada pasak-pasak khemah,

40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan hamba-hamba-Nya.

41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku beri amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud."

41:15. Bagi Ad, mereka menyombong di bumi tanpa patut, dan mereka berkata, "Siapakah yang lebih kuat daripada kami dalam kekuatan?" Apa, tidakkah mereka lihat bahawa Allah, yang mencipta mereka, Dia lebih kuat daripada mereka dalam kekuatan? Dan mereka sangkal ayat-ayat Kami.
41:16. Kemudian Kami utus kepada mereka angin yang sangat bising pada hari-hari yang malang, supaya Kami merasakan kepada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih rendah lagi, dan mereka tidak ditolong.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
46:22. Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk palingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar."
46:23. Dia berkata, "Pengetahuan hanyalah di sisi Allah, dan aku sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya; tetapi aku lihat kamu satu kaum yang bodoh."
46:24. Kemudian, apabila mereka melihatnya seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, "Inilah awan yang akan beri kami hujan!" "Tidak begitu; bahkan ia apa yang kamu minta disegerakan - angin yang di dalamnya azab yang pedih,
46:25. Membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya." Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami balas kaum yang berdosa.

50:13. Dan Ad, dan Firaun, dan saudara-saudara Lut,

51:41. Dan pada Ad, apabila Kami utus kepada mereka angin yang membinasakan,
51:42. Yang tidak tinggalkan sesuatu apabila ia datang kepadanya, tetapi membuatnya seperti benda yang reput.

53:50. Dan bahawa Dialah yang musnahkan Ad yang dahulu,

54:18. Ad dustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?
54:19. Kami utus kepada mereka angin yang sangat bising pada satu hari yang malang terus menerus,
54:20. Meregut manusia seakan-akan mereka tunggul-tunggul batang palma yang membantun.
54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?

69:4. Tsamud dan Ad telah dustakan yang Mengetukkan.

69:6. Dan bagi Ad, mereka dimusnahkan dengan angin yang sangat bising, yang sangat kencang.
69:7. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu lihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh

89:6. Tidakkah kamu lihat bagaimana Pemelihara kamu buat terhadap Ad,

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman