Kalimat ibu di dalam al-Qur'an
Bahagian 1 menyenaraikan ayat-ayat mengandungi kalimat ibu (termasuk
ibu Kitab), dan Bahagian 2, ayat-ayat
mengandungi kalimat-kalimat berkaitan dengan penyusuan, daripada kata
akar lain.
UMM
n.f. (pl. ummahat) -mother, essence (as in "Essence of the Book," umm al-kitab); abode (101:9)
3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat
muhkamat (yang menentukan). Itu ibu al-Kitab, dan yang lain
mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang di dalam hati mereka
menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat daripadanya untuk inginkan
pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan
berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.
xx4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
xxx4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.
5:17. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Katakanlah, "Siapakah pula yang akan batalkan Allah dalam apa jua jika Dia hendak musnahkan al-Masih putera Mariam, dan ibunya, dan kesemua yang di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan mencipta apa yang Dia hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu."
5:75. Al-Masih putera Mariam, hanyalah seorang Rasul; Rasul-Rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikan bagaimana Kami jelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikan bagaimana mereka berpaling.
5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.
6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim."
13:39. Allah hapuskan, dan Dia tetapkan apa sahaja Dia hendaki; dan di sisi-Nya ialah Ibu Kitab.
16:78. Dan Allah keluarkan kamu dengan tidak tahu sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu berterima kasih.
19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu perempuan jalang."
20:38. Apabila Kami wahyukan apa yang diwahyukan kepada ibumu,
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia gembira, dan tidak sedih. Kemudian kamu bunuh satu jiwa, dan Kami selamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami uji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.
20:94. Berkata, "Wahai anak ibuku, janganlah ambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut kamu akan berkata, 'Kamu telah pecahkan Bani Israil, dan kamu tidak endahkan ucapanku.'"
23:50. Dan Kami buat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat, dan Kami beri mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.
24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.
28:7. Maka Kami wahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan jangan takut, dan jangan juga sedih, kerana Kami akan kembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."
28:10. Pada paginya, hati ibu Musa jadi kosong, dan dia hampir-hampir nampakkan dia sekiranya Kami tidak kuatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.
28:13. Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya, supaya dia gembira dan tidak sedih, dan supaya dia tahu bahawa janji Allah adalah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
28:59. Namun begitu, Pemelihara kamu tidak musnahkan bandaraya-bandaraya sehingga Dia bangkitkan di ibu kotanya seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan Kami tidak musnahkan bandaraya-bandaraya melainkan bahawa penduduknya zalim.
31:14. Dan Kami wasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya membawanya (mengandungnya) dalam kelemahan atas kelemahan, dan susuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.
33:4. Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan.
33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.
39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?
33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.
39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?
42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.
43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana.
46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."
53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.
58:2. Orang-orang antara kamu yang menzihar isteri-isteri (berkata kepada isteri-isteri, "Kamu, kepadaku, adalah seperti punggung ibuku!") mereka, mereka bukanlah ibu-ibu mereka; ibu-ibu mereka hanyalah yang beranakkan mereka, dan mereka benar-benar mengatakan satu ucapan yang mungkar, dan dusta. Namun begitu, sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.
80:34. Pada hari seseorang lari daripada saudaranya,
80:35. Dan ibunya, dan bapanya,
80:36. Dan isterinya,
dan anak-anaknya,
101:9. Ibunya (tempat kediamannya), lubang yang dalam.
~ A Concordance of the Qur'an ms 145
RADIA
ARDA'A vb. (IV)-to suckle. (pcple. act.) wet nurse, suckling woman; foster mother
ISTARDA'A vb. (X)-to
seek nursing or suckling (for a child) - (terbit sekali sahaja)
2:233. Para ibu akan susukan
anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang hendak
sempurnakan susuan. Adalah atas bapa
untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk
anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa
dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan
bersama dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke
atas mereka. Dan jika kamu hendak cari
penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal
sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan
ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.
4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu sudah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.
22:2. Pada hari apabila kamu melihatnya, tiap-tiap perempuan yang menyusui melupakan apa yang dia susukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu lihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah keras.
28:7. Maka Kami wahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan jangan takut, dan jangan juga sedih, kerana Kami akan kembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."
28:12. Dan Kami haramkannya sebelum itu daripada mana-mana perempuan yang menyusukan; maka dia berkata, "Bolehkah aku tunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya?"
65:6. Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan jangan menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berikan mereka upah mereka, dan bermuafakatlah antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan lain akan menyusukannya.
~ A Concordance of the Qur'an ms 994-995
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman