Didapati sebanyak 41 ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan “iman”:
2:93. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu,
dan naikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah dengan kekuatan apa yang kami beri kamu, dan dengarlah." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka
kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, "Buruknya apa yang iman kamu perintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin."
2:108. Atau, adakah kamu hendak tanya Rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang tukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
2:109. Kebanyakan daripada ahli Kitab ingin
sekiranya mereka dapat kembalikan kamu sebagai orang-orang tidak percaya
setelah keimanan kamu kerana dengki dalam jiwa mereka sesudah yang
benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ketepikanlah,
sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas
segala sesuatu.
(ahli Kitab dengki, setelah
yang benar menjadi jelas bagi mereka)
2:143. Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.
3:86. Bagaimanakah Allah akan beri petunjuk kepada kaum tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan saksikan bahawa Rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
3:90. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
3:100. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab , mereka akan
kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang tidak percaya.
(awas dalam mentaati orang diberi
Kitab)
3:106. Pada hari apabila beberapa muka jadi hitam, dan beberapa muka jadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka jadi hitam, "Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu? Maka rasalah azab kerana kamu tidak percaya."
3:167. Dan supaya Dia tahu orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau tangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami tahu bagaimana hendak berperang, tentu kami ikut kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat-sangat tahu apa yang mereka sembunyikan.
3:173. Orang-orang yang kepada mereka manusia berkata, "Manusia telah berkumpul terhadap kamu, kerana itu takutilah mereka"; tetapi ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka berkata, "Cukuplah Allah bagi kami. Wakil yang sangat baik!"
3:177. Orang-orang yang beli ketidakpercayaan dengan keimanan, mereka tidak mudaratkan Allah sedikit pun, dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:193. Wahai Pemelihara kami, kami dengar
seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu
kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan
kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
('Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' )
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik
dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal
bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita
yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang
diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam
ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia.
Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan
di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.
(tidak percaya, atau kafir, dalam keimanan)
6:82. Orang-orang yang percaya, dan tidak campuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.
6:158. Apa, adakah mereka menanti-nanti supaya malaikat-malaikat datang kepada mereka, atau supaya Pemelihara kamu datang, atau satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang? Pada hari satu daripada ayat-ayat Pemelihara kamu datang, ia tidak akan bermanfaat kepada sesuatu jiwa untuk beriman, yang tidak pernah percaya sebelumnya, atau mengusahakan sedikit kebaikan pada imannya. Katakanlah, "Lihat dan tunggulah; kami juga menunggu."
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila
Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan
kepada mereka, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada
Pemelihara mereka, mereka tawakal,
(bertambah dalam keimanan)
9:23. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih suka ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
9:66. Janganlah kamu beralasan. Kamu tidak percaya setelah keimanan kamu. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu, Kami akan azab segolongan yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang berdosa.
9:124. Setiap kali sebuah surah diturunkan kepada kamu, sebahagian daripada mereka berkata, "Siapakah antara kamu yang bertambah dalam keimanan dengan ini?" Bagi orang-orang yang percaya, ia tambahkan mereka dalam keimanan, dan mereka gembira.
10:9. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Pemelihara mereka akan beri petunjuk kepada mereka kerana keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam taman-taman kebahagiaan.
10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandaraya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami hilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan mereka untuk suatu waktu.
16:106. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.
30:56. Tetapi orang-orang diberi pengetahuan dan keimanan berkata, "Kamu telah tinggal menurut Kitab Allah sampai Hari Kebangkitan. Inilah Hari Kebangkitan, tetapi kamu tidak tahu."
32:29. Katakanlah, "Pada Hari Kemenangan, iman mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang tidak percaya, dan tidak juga mereka akan diberi tangguh."
33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan Rasul-Nya janjikan kita, dan Allah dan Rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan.
40:10. Diumumkan kepada orang-orang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."
40:28. Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.
42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus,
48:4. Dia yang turunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya mereka menambahkan iman pada keimanan mereka; kepunyaan Allah tentera-tentera langit dan bumi; Allah Mengetahui, Bijaksana,
49:7. Dan ketahuilah bahawa Rasul Allah adalah di kalangan kamu. Jika dia mentaati kamu dalam kebanyakan urusan, kamu akan menderita; tetapi Allah jadikan cinta pada keimanan kepada kamu, nampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia jadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras.
49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah
sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka;
dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang
mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan diri-diri (sesama) sendiri,
dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang
buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka
itu, merekalah orang-orang zalim.
(jangan mengejek orang lain)
49:14. Orang-orang Arab berkata, "Kami percaya." Katakanlah, "Kamu tidak percayai; tetapi katakanlah, 'Kami tunduk patuh'; kerana iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih."
49:17. Mereka mengiranya sebagai satu budi baik
kepada kamu bahawa mereka sudah tunduk patuh! Katakanlah, "Janganlah kamu
mengira bahawa keislaman kamu adalah sebagai satu budi baik kepadaku; tidak,
tetapi Allah berbudi baik kepada kamu, dengan dia beri kamu petunjuk pada
keimanan, jika sekiranya kamu orang-orang yang benar.
(apa kata Nabi kepada orang yang mengaku Islam)
52:21. Dan orang-orang yang percaya, dan keturunan mereka yang ikut mereka dalam keimanan, Kami akan hubungkan keturunan mereka dengan mereka, dan Kami tidak kurangkan mereka sedikit pun daripada amalan-amalan mereka; tiap-tiap orang ditanggungkan dengan apa yang dia usahakan.
58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kaum kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.
59:9. Dan orang-orang yang telah bertempatkan di tempat tinggal, dan dalam keimanan, sebelum mereka, mencintai sesiapa yang hijrah kepada mereka, dengan tidak dapati di dalam dada mereka sebarang hajat (keinginan) terhadap apa yang mereka diberi, dan lebih suka yang lain di atas diri-diri mereka, walaupun kepapaan adalah bahagian mereka. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan jiwanya sendiri, mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau letak di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih."
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, "Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?" Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman