Kalimat Isa di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an mengenai Nabi Isa dibahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama ialah ayat-ayat yang mengandungi nama "Isa", kedua yang mengandungi kalimat "Al-Masih", dan ketiga, kalimat "putera Mariam."

Isa:

2:87. Dan kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh?

2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.

3:45. Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah beri kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.

3:52. Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, "Siapakah yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah?" Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, "Kami akan jadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.

3:55. Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan matikan kamu, dan naikkan kamu kepada-Ku, dan Aku bersihkan kamu daripada orang-orang tidak percaya. Aku akan buatkan orang-orang yang ikut kamu di atas orang-orang tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan hakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu selisihkan.

3:59. Sesungguhnya persamaan Isa di sisi Allah seperti persamaan Adam. Dia ciptanya daripada tanah, kemudian Dia berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah dia.

3:84. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan kepada apa diberi kepada Musa dan Isa, dan Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah bunuh al-Masih, Isa putera Mariam, Rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali ikut sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.

4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.

4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan janganlah kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

5:46. Dan Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami beri kepadanya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa.

5:78. Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

5:112. Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, "Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?" Dia berkata, "Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin."

5:114. Berkata Isa putera Mariam, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.

6:85. Dan Zakaria, Yahya, Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih.

19:34. Itu Isa putera Mariam, dengan ucapan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.

33:7. Dan apabila Kami ambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam; Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh,

42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, "Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku menjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu selisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

57:27. Kemudian Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Rasul-Rasul Kami; dan Kami utus, untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan kami beri kepadanya Injil. Dan Kami buatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak tuliskan (tetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak awasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami beri orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

61:6. Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku Rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan beri berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.”

61:14. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, “Siapakah yang akan jadi penolong-penolong aku bagi Allah?” Pengikut-pengikut yang setia berkata, “Kami akan jadi penolong-penolong Allah.” Dan segolongan daripada Bani Israil percaya, dan segolongan tidak percaya. Maka Kami kukuhkan orang-orang yang percaya terhadap musuh mereka, dan mereka menjadi orang-orang yang menguasai.

 

Al-Masih:

4:172. Al-Masih tidak akan pandang rendah untuk jadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa pandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombong, Dia pasti akan kumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.

5:17. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Katakanlah, "Siapakah pula yang akan batalkan Allah dalam apa jua jika Dia hendak musnahkan al-Masih putera Mariam, dan ibunya, dan kesemua yang di bumi? Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya, dengan mencipta apa yang Dia hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu."

5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong."

5:75. Al-Masih putera Mariam, hanyalah seorang Rasul; Rasul-Rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikan bagaimana Kami jelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikan bagaimana mereka berpaling.

9:30. Orang-orang Yahudi berkata, "Uzair ialah putera Allah"; orang-orang Kristian berkata, "Al-Masih ialah putera Allah." Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?

9:31. Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan.

 

Putera Mariam:

23:50. Dan Kami buat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat, dan Kami beri mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.

43:57. Dan apabila putera Mariam dijadikan satu contoh, tiba-tiba kaum kamu menghalanginya,

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman