Kalimat isteri di dalam al-Qur'an


Selain daripada tiga kalimat yang disenaraikan di halaman ini, isteri didapati menjadi antara terjemahan kepada kalimat lain seperti nisa' dan imra'ah yang dapat dirujuk di halaman kalimat Perempuan.

 

1. ZAWJ n.com. (pl. azwaj) -spouse, husband, wife, mate; a couple, a pair; each party in a pair; (du) a couple (pl., in addition to above) bands, divers kinds

Kalimat di atas diterjemah kepada isteri, pasangan, jenis, golongan dan juga suami, menurut konteks ayat. Ayat-ayatnya seperti di bawah:
 

2:25. Dan beri berita gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih), bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu" bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya, dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."

2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.

2:230. Jika dia ceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia kahwin suami lain. Kemudian jika dia (suami baru) ceraikannya, maka tidak salah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka sangka mereka akan lakukan had-had Allah. Itu had-had Allah; Dia jelaskannya bagi kaum yang tahu.

2:232. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.


2:234. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, mereka akan tunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiada kesalahan ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah sedar apa kamu buat.

2:240. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka buat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidak salah ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.

3:15. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah lihat hamba-hamba-Nya."

4:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia ciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu.

4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu  tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu  tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.


4:20. Dan jika kamu hendak tukar seorang isteri di tempat isteri lain dan jika kamu sudah beri seorang satu timbunan, jangan ambil daripadanya sesuatu. Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara fitnah, dan dosa yang nyata?

4:57. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, Kami akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan Kami masukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah.

6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas anggapan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

6:143. Lapan pasangan; dua biri-biri, dan kambing, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Beritahu aku pengetahuannya jika kamu berkata benar."

7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim."


7:189. Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami akan jadi daripada orang-orang berterima kasih."

9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugian, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."

11:40. Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, "Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya." Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit.

13:3. Dia yang bentangkan bumi dan letak di dalamnya gunung-gunung dan sungai-sungai, dan daripada tiap-tiap buah-buahan, Dia membuatnya dua jenis; menutupi siang dengan malam. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.


13:23. Taman-Taman Adn mereka masuk, dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka, dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu,

13:38. Dan Kami telah utus Rasul-Rasul sebelum kamu, dan Kami beri mereka isteri-isteri, dan keturunan; dan tiada bagi seseorang Rasul untuk datangkan satu ayat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap tempoh ada Kitab.

15:88. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dan jangan kamu sedih terhadap mereka, dan rendahkanlah sayap kamu terhadap orang-orang mukmin.

16:72. Allah buatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia buatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia rezekikan kamu daripada benda-benda yang baik. Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan adakah mereka tidak percaya kepada rahmat Allah?

20:53. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan, dan turunkan air dari langit, dan dengannya Kami keluarkan bermacam-macam jenis tumbuhan.


20:117. Kemudian Kami berkata, "Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka jangan ia keluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu jadi sengsara.

20:131. Jangan kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang Kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dengan bunga kehidupan dunia, supaya Kami uji mereka dengannya, dan rezeki Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.

21:90. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami beri dia Yahya, dan Kami betulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan seru Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami.

22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami jelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami hendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu lihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami turunkan air kepadanya, ia bergetar dan gelembung, dan tumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;
23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;


23:27. Kemudian Kami wahyukannya, "Kamu buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkan ke dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan antara mereka; dan jangan berucap kepada-Ku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan.

24:6. Dan orang-orang yang membaling kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa."

26:7. Apa, tidakkah mereka renungkan bumi, berapa banyaknya di dalamnya yang Kami tumbuhkan daripada tiap-tiap jenis yang mulia.

26:165. Apa, adakah kamu datangi lelaki daripada semua alam,
26:166. Dengan tinggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu ciptakan untuk kamu? Tidak, tetapi kamulah kaum yang derhaka."


30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

31:10. Dia cipta langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia lemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami turunkan dari langit air, dan tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.

33:4. Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata "Kamu padaku adalah seperti punggung ibuku") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan.

33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.

33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.


33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah rahmati, dan kamu telah rahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu sembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah nyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah sempurnakan apa yang dia hendaki daripadanya, maka Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka sudah sempurnakan apa yang mereka hendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.

33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu, yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh tukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu miliki; Allah menjagai atas segala sesuatu.

33:53. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu, tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiada bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.

33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan orang-orang mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah Pengampun, Pengasih.


35:11. Allah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian Dia buat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya; orang-orang yang diberi umur panjang, tidak dipanjangkan umurnya dan tidak juga dikurangkan umurnya melainkan ia di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah, mudah.

36:36. Dia disanjung, yang mencipta semua pasangan daripada apa yang bumi tumbuhkan, dan daripada diri-diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak tahu.

36:56. Mereka dan pasangan-pasangan mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh.

37:22. Kumpullah orang-orang buat kezaliman , dan isteri-isteri mereka, dan apa mereka sembah,

38:56. Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu buaian yang buruk!
38:57. Semua ini; maka mereka merasainya - air yang mendidih dan nanah,

38:58. Dan seksaan lain yang serupa jenisnya berpasangan.


39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?

40:8. Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

42:11. Pemula langit dan bumi; Dia buatkan untuk kamu, daripada diri-diri kamu, pasangan-pasangan, dan pasangan-pasangan daripada binatang ternak, di dalamnya jadikan kamu berkembang. Tidak ada yang serupa dengan-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.

43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan buatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,

43:70. "Masuklah ke Taman (Jannah), kamu dan isteri-isteri kamu, berjalan dengan gembira!"


50:7. Dan bumi - Kami bentangkannya, dan lemparkan di atasnya gunung-gunung, dan Kami tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang menggirangkan,

51:49. Dan daripada segala sesuatu Kami cipta dua jenis; supaya kamu mengingati.

53:45. Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan,

55:52. Di dalamnya daripada tiap-tiap buah-buahan, dua jenis.

56:7. Dan kamu jadi tiga golongan.


58:1. Allah telah dengar ucapan dia yang berdebat dengan kamu mengenai suaminya, dan mengadu kepada Allah. Allah dengar perbualan kamu berdua; sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.

60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berikan orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah nafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin.

64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu maafkan, dan ketepikan, dan jika kamu ampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.

66:3. Dan apabila Nabi beritahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis (berita); dan kemudian, apabila dia (isteri) beritahukannya, dan Allah beritahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) beritahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia beritahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang beritahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”


66:5. Mungkin, jika dia ceraikan kamu, Pemeliharanya akan tukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang menyembah, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.

70:29. Dan jaga kemaluan mereka,
70:30. Kecuali daripada isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki, maka mereka tidak tercela,
70:31. Tetapi sesiapa yang mencari lebih daripada itu, merekalah orang-orang yang derhaka,

75:39. Dan Dia buatkan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.

78:8. Dan Kami cipta kamu berpasangan,

~ A Concordance of the Qur'an ms 1330

 

2. HALA'IL n.f. (pl. of halil)- a wife 
 

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu sudah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.

~ A Concordance of the Qur'an ms 527

 

3. SAHIB n.m. (pl. ashab)

Kalimat ini mempunyai pelbagai maksud sperti penghuni, teman, isteri, dan lain. Di sini hanya yang diterjemahkan kepada isteri sahaja disenaraikan ayat-ayatnya (untuk senarai lengkap sila rujuk kalimat Penghuni):


6:101. Pencipta langit dan bumi; bagaimanakah Dia boleh mempunyai seorang anak lelaki sedang Dia tiada isteri, dan Dia yang cipta segala sesuatu, dan Dia tahu segala sesuatu?

70:12. Dan isterinya yang temannya, dan saudaranya,

72:3. Dan bahawasanya tingginya kebesaran Pemelihara kami! - tidak ambil kepada-Nya sama ada isteri atau anak.

80:36. Dan isterinya, dan anak-anaknya,

~ A Concordance of the Qur'an ms 1183


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman