Kalimat kebijaksanaan (hikmah) di dalam al-Qur'an

 

2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

2:151. Sebagaimana juga Kami utus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang Rasul untuk bacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk sucikan kamu, dan untuk ajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.

2:231. Apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa buat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu.

2:251. Dan mereka kalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud bunuh Jalut; dan Allah beri kepadanya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia ajarnya apa Dia hendaki. Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

2:269. Dia beri kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

3:48. Dan Dia mengajarnya al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil,

3:81. Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."

3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan sucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.

4:54. Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah beri mereka? Sungguh, Kami beri keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), dan kami beri mereka kerajaan yang besar.

4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu segolongan daripada mereka bermaksud untuk sesatkan kamu, tetapi mereka hanya sesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak mudaratkan kamu sedikit pun. Allah turunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia ajar kamu apa yang kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.

17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; jangan adakan berserta Allah tuhan lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

31:12. Sesungguhnya Kami beri Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."

33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

38:20. Kami menguatkan kerajaannya, dan memberinya kebijaksanaan, dan ucapan yang menetapkan.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, "Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku menjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu selisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

54:5. Suatu Kebijaksanaan yang dalam maksudnya; namun begitu, amaran-amaran tidak berguna.

62:2. Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,

- Concordance ms 525


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman