Kalimat Mariam di dalam al-Qur'an


Termasuk di dalam senarai ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi nama "Mariam" ialah nama bapanya, "Imran".

Mariam dipilih Allah sebagai seorang perempuan di atas semua perempuan di semua alam.

 

3:33. Allah telah pilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam.

3:35. Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang perempuan." Allah sangat tahu apa yang dia lahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti perempuan, "Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."

3:37. Pemeliharanya terima anaknya dengan penerimaan yang baik, dan dengan kebaikan-Nya, dia membesar dengan menarik hati, dan Zakaria menjaganya. Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia dapati rezekinya. Dia berkata, "Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu?" Dia berkata, "Daripada Allah." Sesungguhnya Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa hitungan.

3:42. Dan ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah pilih kamu, dan bersihkan kamu, dan Dia pilih kamu di atas semua perempuan di semua alam.

3:43. Wahai Mariam, patuhlah kepada Pemelihara kamu, sujudlah, dan tunduklah, bersama orang-orang yang tunduk."

3:44. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kerana kamu tidak berada dengan mereka, ketika mereka lemparkan pena-pena mereka, siapa antara mereka yang akan jaga Mariam; kamu tidak berada di sisi mereka ketika mereka bertengkar.

3:45. Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah beri kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan.
3:46. Dia akan berkata-kata kepada manusia dalam buaian, dan dewasa, dan akan jadi seorang yang salih."
3:47. Dia berkata, "Pemeliharaku, bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki memandangkan tiada manusia telah
sentuh aku?" Berkatalah Dia, "Begitulah, Allah cipta apa yang Dia hendaki. Apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanya berkata padanya, 'Jadilah', maka jadilah ia.

4:156. Dan kerana ketidakpercayaan mereka, dan ucapan mereka terhadap Mariam, satu fitnah yang besar.

4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan janganlah kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

19:16. Dan ingatlah di dalam Kitab, Mariam, apabila dia berundur daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.
19:17. Dan dia ambil satu hijab (tabir), menjauhkan daripada mereka; kemudian Kami utus kepadanya Roh Kami yang menyerupai di hadapannya seperti seorang manusia dengan tanpa cacat.
19:18. Berkata, "Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa!"
19:19. Dia berkata, "Aku hanyalah seorang Rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk beri kamu seorang anak lelaki yang suci."
19:20. Berkata, "Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun
sentuh aku, dan bukan juga aku perempuan jalang?"
19:21. Dia berkata, "Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami buat dia satu ayat bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang sudah ditentukan.'"
19:22. Lalu dia membawanya (mengandungnya), dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh.
19:23. Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, "Aduhai, sekiranya aku sudah mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan!"
19:24. Tetapi apa yang di bawahnya memanggilnya, "Tidak, jangan kamu sedih; sesungguhnya Pemelihara kamu adakan di bawah kamu sebuah anak sungai.
19:25. Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.
19:26. Maka makan dan minumlah, dan gembiralah (berdingin mata); dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

19:27. Kemudian dia datangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, "Wahai Mariam, sesungguhnya kamu datangkan sesuatu yang aneh!
19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu perempuan jalang."
19:29. Maka dia menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, "Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?"
19:30. Berkata, "Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia beri aku al-Kitab, dan jadikan aku seorang Nabi.
19:31. Dia buat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia wasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,
19:32. Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak buat aku sombong, sengsara.
19:33. sejahtera ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup."
19:34. Itu Isa putera Mariam, dengan ucapan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.

23:50. Dan Kami buat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat, dan Kami beri mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.

66:11. Allah buat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
66:12. Dan Mariam, anak perempuan Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan jadi antara orang-orang yang patuh.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman