Kalimat roh di dalam al-Qur'an


Terdapat sebanyak dua puluh satu kalimat "roh" di dalam al-Qur'an. Ayat-ayat yang mengandunginya adalah seperti berikut:

 

2:87. Dan kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Roh Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh.

2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.

4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan janganlah kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'

15:29. Apabila Aku sudah membentuknya (Adam), dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu bersujud kepadanya.

16:2. Dia turunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"

16:102. Katakanlah, "Roh Qudus (Suci) turunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan untuk menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim."

17:85. Mereka tanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit."

19:17. Dan dia ambil satu hijab (tabir), menjauhkan daripada mereka; kemudian Kami utus kepadanya Roh Kami yang menyerupai di hadapannya (Mariam) seperti seorang manusia dengan tanpa cacat.

21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya Roh Kami, dan Kami buat dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.

26:192. Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam,
26:193. Dibawa turun oleh Roh Amin (Roh yang dipercayai),

32:9. Kemudian Dia membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.

38:72. Apabila Aku telah membentuknya, dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu sujud kepadanya!"

40:15. Yang naikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, lemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia beri amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,

42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus,

58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kaum kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.

66:12. Dan Mariam, anak perempuan Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan jadi antara orang-orang yang patuh.

70:4. Kepada-Nya malaikat-malaikat dan Roh naik dalam sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun.

78:38. Pada hari apabila Roh dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan; mereka tidak berkata-kata kecuali dia yang kepadanya Yang Pemurah izinkan, dan yang berkata benar.

97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,

~ A Concordance of the Qur'an ms 1040

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman