Kalimat sahut di dalam al-Qur'an


Sahut bermaksud balasan, kepada panggilan atau pertanyaan. Ia diguna di sini sebagai terjemahan kepada dua kalimat al-Qur'an yang seakar. Mereka adalah sperti berikut (petikan daripada A Concordance of the Qur'an muka surat 611 dan 612):

AJABA -to answer, give answer. (pcple. act.) one who answers; Answerer (Divine attribute)

ISTAJABA -(with prep. li-) to answer, respond, hearken

Daripada buku rujukan itu juga, ayat-ayat mengandungi dua kalimat tersebut dapat difahamkan. Mereka dikumpul sekali gus di sini kerana terdapat kaitan yang rapat, mengikut terjemahan daripada Bacaan:


2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.

3:172. Dan orang-orang yang sahut Allah dan Rasul-Nya setelah luka timpa mereka - bagi orang-orang antara mereka yang buat baik dan bertakwa adalah upah yang besar.

3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.

5:109. Pada hari apabila Allah kumpul Rasul-Rasul, dan berkata, "Apakah sahutan yang kamu diberi?" Mereka berkata, "Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib."
(Rasul tidak tahu)

6:36. Yang sahut hanyalah orang-orang yang dengar; bagi orang-orang yang mati, Allah akan bangkitkan mereka, kemudian kepada-Nya mereka dikembalikan.
(orang yang mendengar)

7:194. Orang-orang yang kepada mereka kamu seru, selain daripada Allah, ialah hamba-hamba yang serupa dengan kamu; serulah mereka dan hendaklah mereka sahut kamu, jika kamu berkata benar.

8:9. Apabila kamu mohon kepada Pemelihara kamu untuk pertolongan, dan Dia sahut kamu, "Aku akan bantu kamu dengan seribu malaikat yang datang di belakang kamu."

8:24. Wahai orang-orang yang percaya, sahutlah Allah dan Rasul, apabila Dia seru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.


10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
10:89. Berkata, "Seruan (doa) kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan jangan ikut jalan orang-orang yang tidak tahu."

11:14. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa ia diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka sudahkah kamu muslim?

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang tumbuhkan kamu daripada bumi dan tetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."


12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku suka untukku daripada apa yang mereka seru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak palingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku jadi antara orang-orang bodoh."
12:34. Maka Pemeliharanya menyahutnya, dan Dia palingkan daripadanya muslihat mereka; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak sahut mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Seruan (doa) orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

13:18. Bagi orang-orang yang sahut Pemelihara mereka adalah yang paling baik; dan orang-orang yang tidak menyahut-Nya - sekiranya bagi mereka kesemua yang di dalam bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya. Mereka itu, bagi mereka hitungan yang jahat, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - sebuah buaian yang buruk!

14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang benar, dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahut aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka, dan orang-orang buat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkan kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan sahut seruan Engkau, dan ikut Rasul-Rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?


17:52. Pada hari Dia seru kamu, lalu kamu sahut dengan memuji-Nya, dan kamu sangka kamu tidak tinggal melainkan sebentar sahaja."

18:52. Dan pada hari Dia berkata, "Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa"; kemudian mereka seru mereka, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan Kami adakan tempat kebinasaan antara mereka.

21:76. Dan Nuh, apabila dia panggil sebelum itu, lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia dan keluarganya daripada kecemasan yang besar.

21:83. Dan Ayub, apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya, mudarat telah menyentuhku, dan Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."
21:84. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami hilangkan mudarat yang ada padanya, dan Kami beri dia keluarganya, dan yang serupa dengan mereka bersama mereka; pengasihan daripada Kami, dan peringatan bagi orang-orang yang menyembah.

21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan sangka Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia panggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya aku termasuk orang-orang zalim."
21:88. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia daripada kesedihan; begitulah Kami selamatkan orang-orang mukmin.

21:89. Dan Zakaria, apabila dia panggil Pemeliharanya, "Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan aku sendirian, dan Engkau yang terbaik daripada pewaris-pewaris."
21:90. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami beri dia Yahya, dan Kami betulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan menyeru Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami.


27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.

28:50. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa mereka hanya ikut keinginan mereka; dan siapakah lebih sesat daripada orang yang ikut keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

28:64. Dikatakan, "Serulah sekutu-sekutu kamu!" Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan mereka lihat azab - sekiranya mereka dapat petunjuk!

28:65. Pada hari Dia panggil mereka, dan Dia berkata, "Apakah sahutan yang kamu beri kepada para utusan?"

35:14. Jika kamu seru mereka, mereka tidak dengar seruan kamu, dan jika mereka dengar, mereka tidak sahut kamu; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak percayai akan persekutuan kamu. Tiada yang beritahu kamu seperti Yang menyedari.

37:75. Nuh telah panggil Kami; dan betapa sangat baiknya Penyahut!


40:60. Pemelihara kamu berkata, "Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."

42:16. Dan orang-orang yang berdebat mengenai Allah setelah sahutan dibuat kepada-Nya, perdebatan mereka tidak sah di sisi Pemelihara mereka; kepada mereka kemurkaan, dan bagi mereka, azab yang keras.

42:26. Dan Dia sahut orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dan Dia tambahkan kepada mereka pemberian-Nya. Dan orang-orang tidak percaya - bagi mereka, azab yang keras.

42:38. Dan orang-orang yang sahut Pemelihara mereka, dan lakukan solat, dan urusan mereka adalah dengan rundingan antara mereka, dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka,
42:39. Dan yang, apabila keangkuhan menimpa mereka, menolong (membela) diri mereka sendiri.


42:47. Sahutlah Pemelihara kamu, sebelum datang satu hari daripada Allah yang tidak dapat dikembalikan; pada hari kamu tidak ada tempat perlindungan, tiada penafian.

46:5. Dan siapakah lebih sesat daripada orang yang seru selain daripada Allah, yang tidak akan sahut dia hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka lalai?

46:31. Wahai kaum kami, sahutlah penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan ampun kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan lindung kamu daripada azab yang pedih.

46:32. Sesiapa yang tidak sahut penyeru kepada Allah, tidak dapat mengandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman