Kalimat Salleh & Tsamud di dalam al-Qur'an

 

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk jadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.

7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

7:75. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, "Adakah kamu tahu bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?" Mereka berkata, "Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."

7:77. Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan mereka berkata, "Wahai Salleh, datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu seorang utusan."

7:78. Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

7:79. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah sampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan nasihatkan kamu, tetapi kamu tidak suka orang-orang yang beri nasihat."

 

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

 

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang tumbuhkan kamu daripada bumi dan tetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."

11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang jadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu larang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami, dengan bimbang."

11:63. Berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia beri aku pengasihan daripada-Nya? Siapakah yang akan tolong aku terhadap Allah jika aku mengingkari-Nya? Tiadalah kamu, bagiku, melainkan menambahkan kerugianku.

11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan janganlah sentuh ia dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."

11:65. Tetapi mereka melukainya; dan dia berkata, "Gembiralah kamu di dalam tempat tinggal kamu selama tiga hari. Itu janji yang tidak didustakan."

11:66. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Salleh, dan orang-orang yang percaya bersama dia, dengan pengasihan daripada Kami, dan daripada kerendahan hari itu; sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Kuat, Yang Perkasa.

11:67. Dan orang-orang buat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi dapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak,

11:68. Seolah-olah mereka tidak tinggal di dalamnya. "Sesungguhnya Tsamud tidak percaya kepada Pemelihara mereka, maka nyahlah Tsamud!"

 

11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

11:95. Seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya, "Maka nyahlah Madyan, sebagaimana Tsamud telah hapus."

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."

17:59. Tiada yang halangi Kami daripada mengutus ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan kami beri Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak utus ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.

22:42. Jika mereka dustakan kamu, sesungguhnya sebelum mereka, kaum Nuh telah dustakan, dan Ad, dan Tsamud,

25:38. Dan Ad, dan Tsamud, dan penduduk Ras, dan antara yang demikian, generasi-generasi yang banyak.

 

26:141. Tsamud telah dustakan para utusan.

26:142. Apabila saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:143. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.

26:144. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:145. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.

26:146. Adakah kamu akan dibiarkan dalam apa yang di sini dengan aman,

26:147. Di dalam taman-taman (jannah) dan mata-mata air,

26:148. Dan ladang-ladang yang disemai, dan pohon-pohon palma dengan seludang yang lampai?

26:149. Dan kamu pahat rumah-rumah dengan mahir daripada gunung-gunung?

26:150. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,

26:151. Dan janganlah mentaati perintah orang-orang yang membazir (berlebihan),

26:152. Yang buat keroskan di bumi, dan tidak membetulkan."

26:153. Mereka berkata, "Kamu hanyalah antara orang-orang yang kena sihir,

26:154. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kami; maka datangkanlah satu ayat, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."

26:155. Berkata, "Ini seekor unta betina; baginya minuman, dan bagi kamu minuman, pada hari yang diketahui,

26:156. Dan janganlah sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu diambil azab hari yang besar."

26:157. Tetapi mereka melukainya, dan pada waktu pagi, mereka penuh sesal,

26:158. Dan azab ambil mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

 

27:45. Dan Kami utus kepada Tsamud, saudara mereka Salleh, "Sembahlah Allah!" Dan tiba-tiba, mereka jadi dua golongan yang bertengkar dengan satu sama lain.

27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak minta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?"

27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."

27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang buat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.

27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"

27:50. Dan mereka buat tipu daya dengan satu tipu daya, dan Kami sebaliknya buat tipu daya dengan satu tipu daya, sedang mereka tidak sedar.

27:51. Dan perhatikan bagaiman kesudahan tipu daya mereka! Kerana Kami binasakan mereka dan kaum mereka kesemuanya.

27:52. Itu rumah-rumah mereka, semua telah roboh disebabkan mereka buat zalim; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang tahu.

27:53. Dan Kami selamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.

 

29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.

38:13. Dan Tsamud, dan kaum Lut, dan penduduk Aikah - mereka itulah golongan-golongan.

40:31. Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak hendak zalimkan hamba-hamba-Nya.

41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku beri amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud."

41:17. Bagi Tsamud, Kami beri mereka petunjuk, tetapi mereka lebih suka kebutaan daripada petunjuk, maka halilintar daripada azab yang menghinakan ambil mereka kerana apa yang mereka usahakan.

50:12. Telah dustakan sebelum mereka, kaum Nuh, dan penduduk Ras, dan Tsamud,

51:43. Dan pada Tsamud, apabila dikatakan kepada mereka, "Gembiralah kamu untuk suatu waktu!"

53:51. Dan Tsamud, Dia tidak tinggalkan mereka,

54:23. Tsamud dustakan amaran-amaran,

 

69:4. Tsamud dan Ad telah dustakan yang Mengetukkan.

69:5. Bagi Tsamud, mereka dimusnahkan dengan bunyi yang keras.

 

85:18. Firaun, dan Tsamud?

89:9. Dan Tsamud, yang menebuk batu-batu di lembah,

 

91:11. Tsamud mendustakan dalam kelampauan batas mereka,

91:12. Apabila orang yang paling sengsara antaranya bangkit,

91:13. Kemudian Rasul Allah berkata kepada mereka, "Unta betina Allah; biarkanlah ia minum!"

91:14. Tetapi mereka dustakannya, dan melukainya, maka Pemelihara mereka binasakan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan mendatarkan mereka,

 

Penduduk al-Hijr

15:80. Penduduk al-Hijr mendustakan para utusan.
15:81. Kami beri mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya.
15:82. Mereka memahat gunung-gunung menjadi rumah-rumah yang aman.
15:83. Dan Teriakan ambil mereka pada waktu pagi.
 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman