Kalimat Shuaib & Madyan di dalam al-Qur'an

 

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, mengancam dan halangi jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dan inginkannya jadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia lipatgandakan kamu, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang buat kerosakan.

7:87. Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak percayai, maka sabarlah kamu sehingga Allah hakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim."

7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong, "Sungguh, kami akan usir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandaraya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?

7:89. Sungguh, kami akan ada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada anutan kamu, setelah Allah selamatkan kami daripadanya. Tiadalah bagi kami untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, hendak. Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah kami tawakal. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi keputusan."

7:90. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang tidak percaya, "Sungguh, jika kamu ikut Shuaib, jika demikian, tentulah kamu orang-orang yang rugi."

7:91. Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

7:92. Orang-orang yang dustakan Shuaib, seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya. Orang-orang yang dustakan Shuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan nasihatkan kamu; bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum tidak percaya?"

 

9:70. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan kaum Ibrahim, dan penduduk Madyan, dan negeri-negeri yang telah musnah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas; Allah tidak menzalimkan mereka, tetapi diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.

 

11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan jangan kurangkan sukatan dan timbangan. Aku lihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.

11:85. Wahai kaumku, tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.

11:86. Sisa Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin. Dan aku bukanlah penjaga kepada kamu."

11:87. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, adakah solat kamu suruh kamu supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah, atau untuk buat seperti yang kami hendaki dengan harta-harta kami? Kamu penyantun, berfikiran waras."

11:88. Dia berkata, "Wahai kaumku, apa pendapat kamu, jika aku di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan Dia rezekikan aku dengan rezeki yang baik daripada-Nya; dan aku tidak hendak menentang kamu pada apa yang aku larang kamu; aku hanya hendak membetulkan, sebarang yang aku boleh, dan pertolonganku hanyalah dengan Allah. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku berkesesalan.

11:89. Wahai kaumku, janganlah perpecahan dengan aku mendesak kamu supaya menimpa kamu yang serupa dengan apa yang menimpa kaum Nuh, atau kaum Hud, atau kaum Salleh; dan kaum Lut, yang tidak jauh daripada kamu.

11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."

11:91. Mereka berkata, "Wahai Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu kata. Sesungguhnya kami lihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu kami rejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami."

11:92. Dia berkata, "Wahai kaumku, adakah kumpulanku lebih kuat terhadap kamu daripada Allah? Dan Dia, adakah kamu ambil Dia sebagai sesuatu yang dilemparkan ke belakang kamu? Pemeliharaku meliputi apa kamu buat.

11:93. Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal, dan sungguh kamu akan tahu kepada siapa datang azab yang aibkannya, dan siapa dia pendusta. Dan berjaga-jagalah; aku bersama kamu, menjagai."

11:94. Dan apabila perintah Kami datang, Kami selamatkan Shuaib dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan orang-orang buat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi dapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

11:95. Seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya, "Maka nyahlah Madyan, sebagaimana Tsamud telah hapus."

 

20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia gembira, dan tidak sedih. Kemudian kamu bunuh satu jiwa, dan Kami selamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami uji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.

22:44. Dan penduduk Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku tangguhkan orang-orang tidak percaya, kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?

 

15:78. Sesungguhnya penduduk Aikah (hutan belukar) adalah orang-orang zalim.
15:79. Dan Kami lepaskan dendam kepada mereka. Kedua-dua mereka adalah di atas imam (jalan) yang nyata.

26:176. Penduduk Aikah (hutan belukar) telah dustakan para utusan.

26:177. Apabila Shuaib berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:178. Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,

26:179. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:180. Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam.

26:181. Tepatilah sukatan, dan janganlah jadi penipu,

26:182. Dan timbanglah dengan timbangan yang lurus,

26:183. Dan jangan kurangkan sesuatu daripada manusia, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.

26:184. Takutilah Dia yang cipta kamu, dan orang-orang dahulu kala."

26:185. Mereka berkata, "Kamu hanyalah antara orang-orang yang kena sihir,

26:186. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kami; sesungguhnya kami sangka kamu termasuk pendusta-pendusta.

26:187. Maka jatuhkan kepada kami serpihan-serpihan dari langit, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."

26:188. Berkata, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu apa kamu buat."

26:189. Tetapi mereka dustakan dia; kemudian azab Hari Bayang-Bayang mengambil mereka; sesungguhnya ia adalah azab hari yang besar.

 

28:22. Dan apabila dia hadapkan mukanya ke arah Madyan, dia berkata, "Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada jalan yang betul."

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

 

28:45. Tetapi Kami tumbuhkan generasi-generasi, dan panjanglah umur mereka. Tidak juga kamu orang yang tinggal di kalangan penduduk Madyan, dengan membacakan mereka ayat-ayat Kami; tetapi Kami utus utusan-utusan.

 

29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

29:37. Tetapi mereka dustakan dia; maka gempa bumi ambil mereka, dan pagi dapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

nota:
Madyan
dan penduduk Aikah adalah sama kerana Rasulnya sama.
 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman