Kalimat sunnah di dalam al-Qur’an


Pada ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an, kalimat sunnah disebut sebanyak 15 kali sementara bilangan ayat yang membawanya berjumlah 11. Namun,  tiada satu pun kalimat, mahu pun ayat, yang menyebut kata sunnah nabi atau sunnah Rasul. Demikianlah disimpulkan daripada ayat-ayat berikut:

 

3:137. Berbagai-bagai sunnah (resam) telah berlalu sebelum kamu, maka mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.
(resam dahulu adalah balasan kepada orang-orang yang dustakan ayat-ayat Allah)

4:26. Allah hendak jelaskan kepada kamu, dan untuk beri petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang sebelum kamu, dan untuk terima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.

8:38. Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, jika mereka berhenti, Dia akan ampunkan mereka atas apa yang telah lalu; tetapi jika mereka mengulangi, sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu!

15:13. Mereka tidak percayainya, walaupun sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu.

17:77. Sunnah (resam) orang-orang yang Kami utus sebelum kamu, daripada Rasul-Rasul Kami, dan kamu akan dapati tiada perubahan pada sunnah Kami.
(tiada perubahan pada sunnah Allah)

18:55. Dan tiada yang halang manusia daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka, dan minta ampun kepada Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.

33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.

33:62. Sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan dapati tiada pertukaran pada sunnah Allah.
(lagi disebut mengenai sunnah Allah yang tidak berubah)

35:43. Dengan menyombong di bumi, dan buat tipu daya yang jahat; tetapi tipu daya yang jahat hanya meliputi ahli yang lakukannya. Maka tidakkah mereka menanti-nanti melainkan sunnah (resam) orang-orang dahulu kala? Kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah, dan kamu tidak akan dapati sebarang penyimpangan pada sunnah Allah.
(tiada pertukaran dan penyimpangan pada sunnah Allah)

40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.

48:23. Sunnah (resam) Allah seperti yang telah berlalu sebelumnya, dan kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah.
(sunnah Allah tidak berubah dari zaman dahulu, iaitu orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat-Nya akan diazab)
 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman