Kalimat syafaat di dalam al-Qur'an
Kalimat syafa'a dan syafi', daripada akar yang sama,
diterjemah kepada syafaat, pengantara / pengantaraan atau
mengantara di dalam Bacaan. Ayat-ayat mengandungi kalimat
tersebut adalah seperti berikut:
2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila
sesuatu jiwa tidak dapat
bela
jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat
(pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan
diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
(suatu jiwa tidak dapat tolong jiwa yang lain; syafaat tidak
diterima)
2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila
sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima
keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan)
kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
(syafaat tidak bermanfaat)
2:254. Wahai orang-orang yang percaya,
nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu, sebelum datang satu hari
yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga
syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya - merekalah
orang-orang zalim.
(tiada
syafaat)
2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak tahu sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa yang Dia hendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak rasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.
4:85. Sesiapa yang mengantara dengan
pengantaraan yang baik, akan terima sebahagian daripadanya, dan sesiapa
yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia akan pikul
yang serupa dengannya; Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.
(orang yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, dia sendiri
akan menerima sebahagian daripadanya; orang yang mengantara dengan pengantaraan
yang buruk, dia sendiri akan memikul yang serupa
dengannya)
6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada
orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka;
tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada
juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.
(tiada seorang pengantara)
6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang ambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia
menipu mereka. Ingatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan
kerana apa yang ia usahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali
(pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia tebus dengan yang
setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang
dibinasakan kerana apa yang mereka usahakan. Bagi mereka, minuman daripada
air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.
(tiada pengantara)
6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami
bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu
tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu.
Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang
yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara
kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada
kamu."
(balik kepada Allah bersendirian; orang yang
dianggap pengantara diterangkan sebagai sekutu Allah)
7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya
interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang sebelumnya
yang telah melupakannya, akan berkata, "Sungguh, Rasul-Rasul Pemelihara kami
telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara
untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk
buat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah
merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat
(hilang) daripada mereka.
(orang yang bersalah
bertanyakan pengantara baginya)
10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah
yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy,
mengarah segala urusan. Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya.
Itu Allah, Pemelihara kamu, maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu
mengingati?
(syafaat setelah diizin-Nya, atau setelah
diberi-Nya)
10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa
yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka
berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah."
Katakanlah, "Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di
langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka
sekutukan.
(Allah tidak tahu ada pengantara di langit
dan di bumi)
19:86. Dan menghalau orang-orang yang berdosa ke
Jahanam, dalam keadaan dahaga,
19:87. Dengan tanpa kuasa syafaat
(pengantaraan), kecuali orang-orang yang telah ambil dengan Yang Pemurah
perjanjian.
20:109. Pada hari itu, syafaat
(pengantaraan) tidak bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah
izinkan, dan ucapannya Dia sangat puas hati.
(syafaat tidak berguna kecuali orang yang diizin-Nya -
ucapannya)
21:28. Dia tahu apa yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengantara kecuali kepada orang yang Dia relai, dan mereka ketakutan dalam takuti-Nya.
26:100. Maka kita tidak ada pengantara,
30:13. Mereka tidak akan ada pengantara-pengantara di kalangan sekutu-sekutu mereka, dan mereka tidak percaya kepada sekutu-sekutu mereka.
32:4. Allah ialah Dia yang cipta langit dan
bumi, dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas
Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada
pengantara; tidakkah kamu mengingati?
(hanya Allah
yang mengantara)
34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di
sisi-Nya kecuali kepada orang Dia izinkan; sehingga, apabila
dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang
dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi,
Yang Besar."
(Dia izinkin, atau yang Dia
tolong)
36:23. Apa, adakah aku akan ambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah hendak mudarat untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak selamatkan aku?
39:43. Atau, adakah mereka ambil pengantara-pengantara selain daripada Allah? Katakanlah, "Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan tidak faham?"
39:44. Katakanlah, "Bagi Allah kepunyaan
syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan
bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
(hanya
Allah mengantara)
40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.
43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang saksikan pada yang benar, dan mereka tahu.
53:26. Berapa banyaknya malaikat yang di langit
yang pengantaraan mereka tidak berguna sedikit pun, kecuali setelah Allah
izinkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia puas hati.
(pengantaraan malaikat tidak berguna; izin daripada Allah, atau
diberi Allah)
74:48. Kemudian pengantaraan daripada pengantara-pengantara tidak bermanfaat kepada mereka.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman