Kalimat tenteram di dalam al-Qur'an

 

 

Tenteram diterjemah daripada kalimat tma'anna dan terbitannya. Ayat-ayat yang mengandunginya adalah:

 

 

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"

 

 

3:124. Ketika kamu kata kepada orang-orang mukmin, "Adakah tidak mencukupi bagi kamu bahawa Pemelihara kamu bantu kamu dengan tiga ribu malaikat diturunkan kepada kamu?

3:125. Ia, jika kamu sabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan bantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas."

3:126. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira bagi kamu, dan supaya hati kamu tenteram dengannya, dan pertolongan hanya daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

3:127. Supaya Dia potong sebahagian orang-orang tidak percaya, atau kecewakan mereka supaya mereka balik dengan kecewa.

 

 

4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

 

 

5:112. Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, "Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu turunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?" Dia berkata, "Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin."

5:113. Mereka berkata, "Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."

5:114. Berkata Isa putera Mariam, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan jadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

 

 

8:9. Apabila kamu mohon kepada Pemelihara kamu untuk pertolongan, dan Dia sahut kamu, "Aku akan bantu kamu dengan seribu malaikat yang datang di belakang kamu."

8:10. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira, dan supaya hati kamu tenteram dengannya; pertolongan hanya daripada Allah; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana,

 

 

13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan Peringatan Allah - dengan Peringatan Allah, hati jadi tenteram.
13:29. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka kebahagiaan, dan tempat kembali yang baik.

 

 

16:106. Sesiapa tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa, dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada Allah, dan bagi mereka, azab yang besar.

 

16:112. Allah buat satu persamaan: sebuah bandaraya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka kerjakan.

 

17:95. Katakanlah, "Sekiranya ada di bumi malaikat-malaikat yang berjalan-jalan dengan tenteram, tentu Kami turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai Rasul."

 

22:11. Dan antara manusia ada orang yang menyembah Allah di atas pinggir. Jika kebaikan menimpanya, dia tenteram padanya, tetapi jika penganiayaan menimpanya, dia balik di atas mukanya (sepenuhnya); dia rugi dunia dan akhirat; itu sebenarnya kerugian yang nyata.

 

89:27. "Wahai jiwa yang tenteram,

89:28. Kembalilah kepada Pemelihara kamu, dengan sangat berpuas hati, sangat memuaskan hati!

89:29. Masuklah kamu di kalangan hamba-hamba-Ku!
89:30. Masuklah kamu Taman-Ku!"
(
Jiwa yang tenteram masuk Taman (Syurga). Jiwa itu kepunyaan orang takwa kerana hanya dia sahaja akan masuk Taman. Sila lihat Syurga dan orang takwa. Terima kasih.)

 

- Concordance muka surat 1238

 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman