Kalimat terangkan di dalam al-Qur'an


Kalimat tersebut mengganti perkataan "sifatkan" yang telah diguna. Ia diterjemah daripada perkataan di bawah yang turut mengandungi penjelasan daripada Concordance:

WASAFA vb. (I)-to describe, to depict, to portray. (n.vb.) describing, portrayal, depiction


6:100. Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka. Mereka andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya Dia di atas apa mereka terangkan.

6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.

12:18. Dan mereka datangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia berkata, "Tidak, tetapi jiwa kamu hasut kamu lakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu terangkan."

12:77. Mereka berkata, "Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu." Tetapi Yusuf rahsiakan di dalam dirinya, dan tidak nampakkannya kepada mereka, dengan berkata, "Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat-sangat tahu apa yang kamu terangkan."

16:62. Mereka adakan bagi Allah apa yang mereka benci; dan lidah mereka terangkan dusta bahawa yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan.

16:116. Dan jangan kata apa yang lidah kamu terangkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu ada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.

21:18. Tidak, tetapi Kami lemparkan yang benar kepada yang palsu, dan ia mengatasinya, lalu tiba-tiba ia lenyap. Maka kecelakaanlah bagi kamu kerana apa yang kamu terangkan!

21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!

21:112. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah, tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu terangkan."

23:91. Allah tidak ambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentu tiap-tiap tuhan pergi dengan apa ia cipta, dan sebahagian mereka tentu meninggi terhadap sebahagian lain; Allah disanjung, di atas apa mereka terangkan.

23:96. Tangkislah kejahatan dengan apa yang lebih baik. Kami Sendiri sangat-sangat tahu apa yang mereka terangkan.

37:159. Allah disanjung, di atas apa yang mereka terangkan,

37:180. Pemelihara kamu disanjung, Pemelihara Yang Mulia, di atas apa yang mereka terangkan!

43:82. Pemelihara langit dan bumi disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!"

~ A Concordance of the Qur'an muka surat 1295 (di hujung halaman)

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman