Kalimat unta di dalam al-Qur'an


Perkataan unta diterjemah daripada empat kalimat al-Qur'an, iaitu:

ibil  

ba'ir  

jamal 

rikab  

Di samping itu, disampaikan lima kalimat lain yang bersangkutan dengan unta, seperti di bawah ini:

naqah  (unta betina)

'ishar  (unta bunting)

awbar  (bulu unta, atau kambing)

him  (unta kehausan)

'ir  (kafilah - unta)

 

1.  Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan unta ialah:


(i)  ibil

6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."

88:17. Apa, tidakkah mereka renungkan bagaimana unta diciptakan,


(ii)  ba'ir

12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah."

12:72. Mereka berkata, "Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan dapat beban seekor unta; itu aku jamin."


(iii) jamal

7:40. Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami balas orang-orang yang berdosa.

77:33. Seolah-olah ia unta-unta keemasan.


(iv)  rikab

59:6. Dan apa sahaja yang Allah beri Rasul-Nya (rampasan perang) daripada mereka, terhadap apa yang kamu memacu yang bukan daripada kuda, dan bukan juga unta; tetapi Allah beri kuasa kepada Rasul-Rasul-Nya terhadap sesiapa Dia hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu.

 

2.  Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "unta betina" (naqah) adalah seperti berikut:

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk jadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.

7:77. Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan mereka berkata, "Wahai Salleh, datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu seorang utusan."

11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan janganlah sentuh ia dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."

17:59. Tiada yang halangi Kami daripada mengutus ayat-ayat melainkan bahawa orang-orang dahulu kala telah mendustakannya; dan kami beri Tsamud unta betina, yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya. Dan Kami tidak utus ayat-ayat melainkan untuk menakut-nakutkan.

26:155. Berkata, "Ini seekor unta betina; baginya minuman, dan bagi kamu minuman, pada hari yang diketahui,

54:27. Kami utus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka; maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan sabarlah.

91:13. Kemudian Rasul Allah berkata kepada mereka, "Unta betina Allah; biarkanlah ia minum!"


3.  Terdapat hanya satu ayat yang mengandungi perkataan unta bunting ('ishar), iaitu,

81:4. Apabila unta-unta bunting ditinggalkan,


4.  Dan satu ayat untuk "bulu unta, atau kambing" (awbar)

16:80. Dan Allah buatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan buatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu dapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta atau kambing), dan daripada rambut mereka, perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.


5.  Dan satu juga bagi "unta yang kehausan" (him)

56:55. Dengan meminumnya seperti unta yang kehausan minum."


6.  Dan akhirnya, terdapat tiga ayat yang mengandungi perkataan "kafilah (unta)" atau 'ir, seperti di bawah ini:

12:70. Kemudian, apabila dia siapkan untuk mereka persiapan mereka, dia letak gelas minumannya ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!"

12:82. Tanyalah bandaraya yang kami berada di dalamnya, dan kafilah yang kami datang bersama di sana; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.'"

12:94. Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, "Sesungguhnya aku dapati bau Yusuf, melainkan kamu tuduh aku nyanyuk." 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman