Kalimat untung di dalam al-Qur'an
Untung dan yang berkaitan diterjemah daripada 3 kalimat al-Qur'an, seperti disenaraikan di bawah. Ayat-ayat mereka menunjukkan siapa sebenarnya orang-orang beruntung dan siapa yang tidak.
i. AFLAHA - to prosper, to gain the upper hand (peple. act) one
who prospers, a prosperer
2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan),
2:3. Yang percayai yang ghaib, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka,
2:4. Yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan
sebelum kamu, dan mereka yakin akan akhirat.
2:5. Mereka itu
di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka, dan mereka itulah orang-orang beruntung.
2:189. Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk jadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah dari pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itu orang-orang beruntung.
3:130. Wahai orang-orang yang percaya, jangan makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
3:200. Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
5:35. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan carilah jalan untuk dekat dengan-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya agar kamu beruntung.
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:100. Katakanlah, "Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu." Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda agar kamu beruntung.
6:21. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim.
6:135. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah kamu mengikut tempat kamu; aku seorang yang beramal. Dan sungguh, kamu akan tahu siapa yang mempunyai tempat kediaman muktamad. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
7:8. Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang beruntung.
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang keji, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya, merekalah orang-orang beruntung.
8:45. Wahai orang-orang yang percaya, apabila sahaja kamu bertemu satu pasukan, maka berdiriteguhlah kamu, dan ingatlah akan Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
9:88. Tetapi Rasul, dan orang-orang yang percaya bersama dia, berjuang dengan harta mereka, dan jiwa mereka; dan mereka itu, bagi merekalah yang baik-baik; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
10:17. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang berdosa tidak beruntung.
10:69. Katakanlah, "Orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung."
10:77. Musa berkata, "Adakah kamu kata ini kepada yang benar apabila ia datang kepada kamu? Adakah ini sihir? Tetapi ahli-ahli sihir tidak beruntung."
12:23. Dan perempuan yang di dalam rumahnya dia digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata, "Marilah kepadaku!" Dia berkata, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah beri aku (Nabi Yusuf) tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
16:116. Dan jangan kata apa yang lidah kamu terangkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu ada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.
18:20. Jika mereka tahu mengenai kamu, mereka akan rejam kamu, atau kembalikan kamu kepada anutan mereka, kemudian kamu tidak akan beruntung selama-lamanya."
20:64. Maka kumpulkan muslihat kamu, kemudian datanglah dalam barisan-barisan. Sesiapa pada hari ini yang di atas, sungguh beruntung."
20:69. Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu (Nabi Musa), dan ia akan telan apa mereka buat; mereka hanya buat tipu muslihat ahli sihir, dan ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang."
22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.
23:1. Beruntunglah
orang-orang mukmin,
23:2. Yang dalam solat mereka, mereka merendahkan hati;
23:3. Dan yang daripada percakapan sia-sia, mereka berpaling;
23:4. Dan yang pada zakat, mereka lakukan;
23:5. Dan yang pada kemaluan mereka, mereka menjagai;
23:6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau apa yang tangan-tangan kanan
mereka miliki, lalu mereka tidak tercela;
23:7. Tetapi sesiapa yang cari lebih daripada itu, mereka itu derhaka;
23:8. Dan yang amanat mereka, dan perjanjian mereka, mereka awasi;
23:9. Dan yang pada solat mereka, mereka jagai;
23:10. Mereka itu pewaris-pewaris,
23:11. Yang mewarisi Firdaus, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
23:102. Kemudian orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang beruntung.
23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, hitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang tidak percaya tidak beruntung.
24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan jangan juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, hanya bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
28:37. Tetapi Musa berkata, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang dapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , mudah-mudahan dia termasuk orang-orang beruntung.
28:82. Dan pada waktu pagi, orang-orang yang inginkan tempatnya kelmarin berkata, "Aduhai, Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Sekiranya Allah tidak berbudi baik kepada kami, tentu Dia buatkan kami ditelan juga. Aduhai, orang-orang tidak percaya tidak beruntung!"
30:38. Maka berikan sanak saudara haknya, dan orang miskin, dan musafir; itu lebih baik bagi orang-orang yang hendak Wajah Allah; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
31:2. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana,
31:3. Untuk satu petunjuk dan satu pengasihan bagi orang-orang buat baik,
31:4. Yang melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka yakin akan akhirat.
31:5. Mereka itu
adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itu orang-orang beruntung.
58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan di dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.
59:9. Dan orang-orang yang telah bertempatkan di tempat tinggal, dan dalam keimanan, sebelum mereka, mencintai sesiapa yang hijrah kepada mereka, dengan tidak dapati di dalam dada mereka sebarang hajat (keinginan) terhadap apa yang mereka diberi, dan lebih suka yang lain di atas diri-diri mereka, walaupun kepapaan adalah bahagian mereka. Dan sesiapa dilindungi daripada kehalobaan jiwanya sendiri, mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
64:16. Maka takutilah Allah sejauh yang kamu boleh, dan dengarlah, dan taatlah, dan nafkahlah dengan baik untuk diri-diri kamu. Dan sesiapa dilindungi daripada kehalobaan dirinya sendiri, maka mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
87:6. Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa,
87:7. Kecuali apa yang Allah hendaki; sesungguhnya Dia tahu perkataan yang dilantangkan, dan apa yang disembunyikan.
87:8. Kami memudahkan kamu dalam yang Mudah.
87:9. Maka ingatkanlah, jika peringatan bermanfaat,
87:10. Orang yang takut akan mengingati,
87:11. Tetapi orang paling sengsara akan menjauhinya,
87:12. Yang akan dipanggang di Api Besar,
87:13. Kemudian dia tidak mati di dalamnya, dan tidak juga hidup.
87:14. Beruntunglah
orang yang menyucikan dirinya,
87:15. Dan mengingati (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah.
91:7. Demi jiwa dan Yang membentukkannya,
91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
91:9. Beruntunglah
orang yang menyucikannya,
- A Concordance of the Qur'an muka surat 427
ii. RABIHA - to profit
(hanya satu ayat sahaja)
2:8. Dan sebahagian manusia ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah
dan Hari Akhir" tetapi mereka bukan orang-orang mukmin (yang percayai).
2:9. Mereka hendak tipu Allah dan orang-orang yang percaya, tapi hanya diri-diri mereka sendiri mereka tipu, dan mereka tidak sedar.
2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka,
dan bagi mereka azab yang pedih kerana mereka dustakan.
2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Jangan kamu buat kerosakan di bumi",
mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."
2:12. Sesungguhnya merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka
tidak sedar.
2:13. Apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah sebagaimana manusia percaya",
mereka berkata, "Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh
percaya?" Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak
tahu.
2:14. Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata,
"Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka,
mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang
berolok-olok."
2:15. Allah akan memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau
membabi buta dalam kelampauan batas mereka,
2:16. Mereka
itu, orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka
tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukan orang-orang yang dapat
petunjuk yang benar.
- A Concordance of the Qur'an muka surat 989
iii. 'ARAD - temporal or chance goods, advantage
4:94. Wahai
orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah
kamu, dan jangan kata kepada orang yang lemparkan kepada kamu "Salam",
"Kamu bukan orang mukmin", kerana cari keuntungan kehidupan dunia. Di
sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah
berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah sedar apa
kamu buat.
7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, "Kami akan diampunkan"; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka pelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu faham?
8:67. Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh beramai-ramai di bumi, kerana kamu hendak keuntungan dunia, dan Allah hendakkan akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.
9:42. Sekiranya ia satu keuntungan yang dekat diperolehi, dan satu perjalanan yang mudah, tentu mereka ikut kamu; tetapi jarak perjalanan yang dituju itu jauh bagi mereka. Mereka masih bersumpah dengan Allah, "Sekiranya kami boleh, tentu kami keluar bersama kamu", maka mereka musnahkan diri-diri mereka; dan Allah, Dia tahu bahawa mereka sebenarnya pendusta-pendusta.
24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakan perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan jangan kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.
- A Concordance of the Qur'an muka surat 275
10 Okt 2012
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman