Kalimat wahyu di dalam al-Qur’an


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan wahyu adalah:

 

3:44. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kerana kamu tidak berada dengan mereka, ketika mereka lemparkan pena-pena mereka, siapa antara mereka yang akan jaga Mariam; kamu tidak berada di sisi mereka ketika mereka bertengkar.

4:163. Kami wahyukan kamu (Muhammad) sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.
(wahyu yang sama)

5:111. Dan ketika Aku wahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan Rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'"

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."
(jangan sekutukan Allah dengan mengambil selain daripada al-Qur'an)

6:50. Katakanlah, "Aku tidak kata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?"
(apa Nabi kata)

6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya."
(orang mengaku dapat wahyu)

6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.
(ikut al-Qur'an; berpalinglah daripada orang yang sekutukan, iaitu yang mengambil selain daripada wahyu-Nya)

6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang wahyukan perkataan-perkataan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
(syaitan jenis jin dan manusia wahyukan)

6:121. Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.

6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
(apa yang diwahyukan kepada Nabi mengenai makanan yang diharamkan)

7:117. Dan Kami wahyukan Musa, "Lemparlah tongkat kamu." Maka tiba-tiba ia telan apa yang mereka palsukan.

7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

7:203. Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai."
(Nabi hanya ikut al-Qur'an)

8:12. Apabila Pemelihara kamu wahyukan para malaikat, "Aku bersama kamu; maka teguhkanlah orang-orang yang percaya. Aku akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat sangat; maka pukullah di atas leher, dan pukullah tiap-tiap jari mereka."

10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."

10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
(meminta al-Qur'an lain)

10:87. Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin."

10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim."
(ikut al-Qur'an)

11:12. Boleh jadi kamu (Muhammad) tinggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepada kamu, dan dada kamu jadi sempit dengannya, kerana mereka berkata, "Mengapa harta simpanan tidak diturunkan kepadanya, atau malaikat tidak datang bersama dia?" Kamu (Muhammad) hanyalah seorang pemberi amaran; dan Allah Wakil atas segala sesuatu.

11:36. Dan diwahyukan kepada Nuh, "Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan percayai, kecuali orang yang telah percaya; janganlah kamu berdukacita dengan apa mereka buat.

11:37. Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan janganlah kamu ucapkan kepada Aku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan."

11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka sabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang bertakwa.

12:3. Kami ceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa Kami wahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.
(lalai sebelum dapat al-Qur'an)

12:15. Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami wahyukannya, "Kamu (Yusuf) akan beritahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak sedar."

12:102. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu, dan kamu tidak berada dengan mereka ketika mereka bersetuju dalam urusan mereka, dengan membuat tipu daya.

12:109. Kami tidak utus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang Kami wahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di bandaraya-bandaraya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka lihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

13:30. Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku bertaubat."
(Nabi membacakan al-Qur'an)

14:13. Orang-orang tidak percaya berkata kepada Rasul-Rasul mereka, "Sungguh, kami akan usir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara mereka wahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan musnahkan orang-orang zalim,

16:43. Kami tidak utus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami wahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak tahu.

16:68. Dan Pemelihara kamu wahyukan lebah, "Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka bangunkan.
(lebah dapat wahyu)

16:123. Kemudian Kami wahyukan kamu (Muhammad), "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan."

17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

17:73. Sungguh, mereka hampir-hampir goda kamu (Muhammad) daripada apa yang Kami wahyukan kamu, supaya kamu mengada-adakan terhadap Kami yang selain daripadanya, dan kemudian tentu mereka akan ambil kamu sebagai sahabat.

17:86. Jika Kami hendaki, Kami hilangkan apa yang Kami telah wahyukan kamu, kemudian kamu dapati tiada daripada itu untuk mewakili kamu terhadap Kami,

18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan.
(tiada yang menukar kata-kata-Nya)

18:110. Katakanlah (Muhammad), "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

19:11. Maka dia keluar kepada kaumnya dari mihrab (bilik ibadat), lalu dia wahyukan mereka, "Kamu sanjunglah pada waktu awal pagi dan petang."

20:13. Aku Sendiri telah pilih kamu; maka dengarlah apa yang diwahyukan.

20:38. Apabila Kami wahyukan apa yang diwahyukan kepada ibumu,
(kisah Nabi Musa)

20:48. Telah diwahyukan kepada kami (Musa dan Harun) bahawa azab adalah kepada orang yang dustakan dan berpaling.'"

20:77. Kami wahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkan untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."

20:114. Maka, tingginya Allah, Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."
(sebuah doa)

21:7. Dan Kami tidak utus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami wahyukan; tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak tahu,

21:25. Dan Kami tidak utus seorang Rasul sebelum kamu melainkan bahawa Kami wahyukannya, "Tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku."

21:45. Katakanlah, "Aku hanya beri amaran kepada kamu dengan wahyu"; tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.
(hanya wahyu)

21:73. Dan lantik mereka menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka sembah.

21:108. Katakanlah, "Diwahyukan kepadaku hanyalah bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka adakah kamu muslim?"

23:27. Kemudian Kami wahyukannya, "Kamu buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan kemudian apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, masukkan ke dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan antara mereka; dan janganlah berucap kepada-Ku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan.

26:52. Dan Kami wahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti."

26:63. Kemudian Kami wahyukan Musa, "Pukullah laut dengan tongkat kamu"; dan ia terbelah, dan tiap-tiap bahagian seperti gunung tinggi yang besar.

28:7. Maka Kami wahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan jangan takut, dan jangan juga sedih, kerana Kami akan kembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.

33:2. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
(ikut al-Qur'an)

34:50. Katakanlah, "Jika aku sesat, aku hanyalah sesat terhadap diriku sendiri; jika aku dapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku wahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat."
(petunjuk hanya dengan al-Qur'an)

35:31. Dan apa yang Kami wahyukan kamu daripada Kitab adalah yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya; sesungguhnya Allah sedar, melihat hamba-hamba-Nya.

38:70. Hanya ini yang diwahyukan kepadaku, bahawa aku (Muhammad) hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

39:65. Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu, "Jika kamu sekutukan, amalan kamu akan jadi sia-sia, dan kamu jadi antara orang-orang yang rugi."

41:6. Katakanlah (Muhammad), "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang sekutukan,

41:12. Maka Dia tentukan mereka sebagai tujuh langit dalam dua hari, dan Dia wahyukan perintahnya di tiap-tiap langit." Dan Kami hiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan untuk menjaganya; itulah ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui.

42:3. Demikianlah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu; Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

42:13. Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.

42:51. Tiadalah bagi seseorang manusia, bahawa Allah berkata-kata kepadanya, melainkan dengan wahyu, atau dari belakang tabir, atau Dia utus seorang Rasul, dan dia wahyukan apa sahaja Dia hendaki dengan izin-Nya; sesungguhnya Dia Tinggi, Bijaksana.

42:52. Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus,

43:43. Maka berpegangteguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus.

46:9. Katakanlah, "Aku bukanlah yang baru antara Rasul-Rasul, dan aku tidak tahu apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
(apa kata Nabi)

53:4. Ini tidak lain hanya satu wahyu yang diwahyukan,

53:10. Kemudian mewahyukan hamba-Nya, apa yang dia wahyukan.

72:1. Katakanlah, “Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah dengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan,

99:5. Kerana apa yang Pemeliharanya wahyukannya.
 

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman