Amal Salih
Buat baik, seperti buat kerja-kerja baik , adalah hanya untuk diri sendiri, bukan orang lain, yang dikurniakan balasan yang baik. Begitu juga dengan membuat kejahatan dan balasan setimpal. Demikianlah itu adalah ketentuan Allah, yang tidak menganiayakan hamba-hamba-Nya, seperti tersurat di dalam al-Qur'an bermaksud,
"Sesiapa buat kerja-kerja baik , ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak buat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya." (41:46)
Perbuatan buat kerja-kerja baik , atau 'amila solihan, atau amal salih, adalah bertujuan untuk memuaskan hati Allah, sebagai tanda terima kasih kepada-Nya atas rahmat yang dikurniakan. Tujuan yang jelas itu jadi antara isi sebuah ayat yang mengandungi suatu doa yang harus dilafaz ketika hamba-hamba-Nya sampai usia 40 tahun, yang di situ juga menyebut agar dapat lakukan perbuatan tersebut. Ayat berbunyi,
"Kami wasiatkan manusia, bahawa dia buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh).'" (46:15)
kerja-kerja baik yang memuaskan hati Allah telah dikenal pasti daripada al-Qur'an, dikumpul dan dirakam di dalam artikel berjodol Orang Baik, namun sukacita diturunkan di bawah ini pula, tetapi dengan ringkas sahaja:
tidak sombong tapi jual diri kepada Allah (2:206-207)
nafkahkan harta (2:265)
bertakwa (3:15)
tidak menipu (3:161-162)
tidak berasa takut tetapi keimanan bertambah apabila diberitahu musuh sudah berkumpul untuk menyerang (3:173-174)
bicara rahsia untuk beri sedekah, atau apa yang baik, serta
membetulkan antara manusia (4:114)
mengunjungi Rumah Suci (Haji) (5:2)
percaya,
berhijrah, dan
berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa (9:20-21)
lelaki dan perempuan mukmin yang menyuruh yang baik,
melarang yang mungkar,
lakukan solat,
beri zakat, dan
mentaati Allah dan Rasul-Nya (9:71-72)
benar dengan janji, dan
menyuruh keluarga bersolat dan zakat (19:54-55)
keras terhadap orang tidak percaya,
pengasih sesama sendiri,
tuduk dan sujud kepada Allah (48:29)
tidak mengutamakan kesenangan dunia (57:20)
berhijrah kerana diusir daripada tempat tinggal dan harta mereka: (59:8) dan
keluar berjuang di jalan Allah (60:1)
Bagi mereka yang merasakan suruhan-suruhan di senarai amat berat untuk ditanggung harus ingat bahawa Allah telah meringankannya menurut sebuah firman berbunyi, "Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya" (7:42).
Amal salih, atau buat kerja-kerja baik adalah perintah bagi semua hamba-hamba-Nya, termasuk para Rasul. Seorang Nabi juga difahamkan telah disuruh Allah untuk melakukannya. Dua ayat berikut menjelaskan:
"Wahai Rasul-Rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu kerjakan," (23:51) dan,
"Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu (Nabi Daud) buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku lihat apa kamu buat." (34:11)
Mungkinkah pembuatan baju besi di situ merupakan satu kerja baik , atau amal salih? Selanjutnya, difahamkan iaitu ia (amal salih) adalah kekal, tidak seperti harta dan anak-anak yang dimiliki, di samping dikatakan-Nya sangat baik untuk diangan-angankan, kerana ganjaran dan pengembaliannya adalah lebih baik daripada penambahan dalam petunjuk yang diberi Allah. Firman-firman-Nya,
"Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia; tetapi yang kekal, kerja-kerja baik - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan." (18:46) dan,
"Dan Allah akan menambahkan kepada orang-orang yang dapat petunjuk dalam petunjuk; dan yang kekal, kerja-kerja baik , adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik pengembaliannya." (19:76)
Allah naikkan kerja-kerja baik kepada-Nya seperti kata-kata yang baik naik, dan ia tidak dilakukan untuk mencari kemuliaan, mahupun untuk meminta upah ke atasnya. Dua ayat berikut beri keterangan lanjut:
"Sesiapa hendak kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja baik - Dia naikkannya;" (35:10) dan,
"Itu berita gembira yang Allah beri hamba-hamba-Nya yang percaya, dan buat kerja-kerja baik . Katakanlah, 'Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini, melainkan kasih sayang untuk sanak saudara'; dan sesiapa perolehkan yang baik, Kami tambahkan dengan kebaikan padanya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Berterima Kasih." (42:23)
Dunia tidak ditinggalkan tanpa buat amal salih atau kerja-kerja baik . Atau jadi seperti orang yang memohon kepada Pemelihara supaya dikembalikan ke dalamnya untuk buat kerja-kerja baik yang ditinggalkan, atau, seorang lagi yang memohon agar dikeluarkan dari neraka dan kembali ke dunia untuk buat amalan tersebut. Firman-firman-Nya lagi:
"Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku, Supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku telah tinggalkan.' Tidak, ia hanya satu kata yang dia ucapkan; dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan." (23:99-100) dan,
"Di dalamnya mereka menjerit, 'Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik , selain daripada apa yang kami telah buat.' 'Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong.'" (35:37)
Rayuan mereka ditolak. Sebab mereka jadi begitu derita turut dinyatakan di dalam al-Qur'an, iaitu tidak melihat dan mendengar semasa hidup, serta tidak yakin kepada ayat-ayat Allah. Firman Tuhan,
"Dan sekiranya kamu dapat melihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah yakin.'" (32:12)
Amal salih atau buat kerja-kerja baik harus diiringi sifat sabar. Ia juga dilakukan sambil tidak sekutukan Allah dalam penyembahan kepada-Nya, dan dilakukan di samping patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Senarai di bawah melengkapkan hujah:
sabar dan
buat kerja-kerja baik :
"Kecuali
orang-orang yang sabar, dan buat kerja-kerja baik ;
bagi mereka, ampunan dan upah yang besar." (11:11)
buat kerja-kerja baik dan
tidak sekutukan Allah:
"Katakanlah,
'Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan
kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah
dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat
amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam
penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun.'" (18:110)
patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan
buat kerja-kerja baik :
"Tetapi
sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan
buat kerja-kerja baik , Kami akan beri upahnya
dua kali; Kami sediakan untuknya rezeki yang mulia." (33:31)
Mukmin, Muslim, Percaya
kerja-kerja baik harus juga ditunai sedang berkepercayaan seperti orang mukmin. Maksud mukmin secara ringkas ialah percaya kepada Allah dan Hari Akhir seperti dihuraikan firman berbunyi, "Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, 'Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir'; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai)." (2:8)
Terdapat beberapa ayat al-Qur'an mencatat penggabungan amal salih dengan mukmin, antaranya hanya dua direkodkan di sini. Ingin diingtkan bahawa amalan tersebut jadi tanggungjawab semua, lelaki atau perempuan, yang bergelar mukmin. Dua yang disebut tadi adalah,
"Dan sesiapa buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun." (4:124) dan,
"Dan sesiapa buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia mukmin, sungguh Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami akan balas mereka dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa mereka buat." (16:97)
Turut disebut bersama kerja-kerja baik dan mukmin ialah Kitab al-Qur'an untuk menjadi petunjuk bagi mereka. Ayat-ayat yang menjelaskannya adalah dua juga yang diturunkan iaitu:
"Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar," (17:9) dan,
"Segala puji bagi Allah yang turunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak buatkan padanya sebarang kebengkokan, Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik , bahawa bagi mereka upah yang baik," (18:1-2)
Dan bukan sahaja mukmin tetapi muslim juga disebut sebagai pasangan. Iktibar dipetik daripada ayat berbunyi,
"Dan siapakah lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan buat kerja-kerja baik , dan berkata, 'Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim'?" (41:33)
Apapun, mukmin atau muslim, adalah orang-orang yang percaya. Sesiapa saja antara mereka yang buat kerja-kerja baik , ia adalah untuk diri mereka sendiri sebagai persediaan untuk hari esok. Firman Allah,
"Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah ketidakpercayaannya; dan sesiapa buat kerja-kerja baik, maka untuk diri-diri merekalah mereka buat persediaan," (30:44)
Ayat-ayat menyebut orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik adalah banyak. Antara yang awal disebut menjelaskan bahawa diri tidak dibebankan kecuali menurut kemampuan masing-masing dalam mencari kepuasan hati Allah. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya;" (7:42.)
mereka menjadi orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan, dalam tugas amal salih untuk-Nya. Itu tersirat di dalam ayat-ayat mengandungi frasa orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik yang berbunyi,
"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Jangan kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat. Allah janjikan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka, ampunan dan upah yang besar." (5:8-9)
Kebanyakan daripada ayat-ayat yang mengandungi frasa tersebut menyentuh mengenai balasan yang bakal mereka terima di akhirat. Namun, sebutan mengenai balasan di dunia pun ada, diringkaskan seperti berikut:
Allah beri petunjuk:
"Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
Pemelihara mereka akan beri petunjuk kepada mereka kerana keimanan
mereka;" (10:9)
diberi Allah
perintah yang mudah:
"Tetapi orang
yang percaya dan buat kerja-kerja baik , maka baginya
balasan paling baik, dan kami akan kata kepadanya daripada
perintah kami, yang mudah." (18:88)
diletakkan Allah rasa kasih sayang:
"Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
kepada mereka Yang Pemurah akan letak rasa kasih sayang."
(19:96)
jadi khalifah di bumi dan berada dalam
keadaan aman
serta agama diteguhkan Allah:
"Allah
berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan buat
kerja-kerja baik, bahawa Dia akan sesungguhnya jadikan
kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia jadikan
orang-orang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia
akan teguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia relai untuk
mereka, dan Dia akan tukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan
mereka, dengan keamanan. 'Mereka menyembah-Ku, mereka tidak
sekutukan Aku dengan sesuatu.' Sesiapa tidak percaya sesudah itu,
maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq." (24:55)
berada dekat dengan Allah:
"Bukan harta
kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam
kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan
buat kerja-kerja baik ; mereka itu, bagi mereka,
balasan dua kali ganda kerana apa mereka buat, dan mereka
berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa." (34:37)
baik untuk dijadikan rakan kongsi:
"dan sesungguhnya,
kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama
lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik
- dan mereka adalah sedikit!" (38:24)
pemberian ditambah Allah:
"Dan Dia sahut orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dan Dia
tambahkan kepada mereka pemberian-Nya." (42:26)
dan,
dimasukkan ke
dalam pengasihan Allah:
"Dan
bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
Pemelihara masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; itulah
kemenangan yang nyata." (45:30)
Mereka yang percaya dan beramal salih, iaitu yang dapat kemenangan yang nyata, dikategorikan pula sebagai orang-orang bertakwa, selain dikatakan yang terbaik daripada makhluk-makhluk. Firman-firman Allah yang mengkhabarkannya berbunyi,
"Atau, adakah Kami akan buat orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , seperti orang-orang yang buat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan buat orang-orang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?" (38:28)
"Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk," (98:7)
Dan kehidupan serta kematian mereka tidak sama dengan orang-orang buat jahat. Allah juga janjikan mereka dengan ampunan dan upah yang besar. Sila lihat ayat-ayat di bawah:
"Atau, adakah orang-orang yang buat jahat sangka Kami akan buat mereka seperti orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka putuskan!" (45:21)
"Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar." (48:29)
Mengenai upah atau balasan di akhirat, seperti dikatakan tadi, sungguh banyak ayatnya disuratkan. Antara bunyi ayat-ayat tersebut diringkaskan seperti berikut:
"dan di dalamnya,
bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di dalamnya
mereka tinggal selama-lamanya." (2:25)
"masukkan ke taman-taman, di bawahnya
mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan
selamanya." (4:122)
"bagi mereka
kebahagiaan, dan tempat kembali yang baik." (13:29)
"dimasukkan ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di
dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka;
salam hormat mereka di dalamnya, 'Salam!'" (14:23)
"ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di
dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan
mutiara-mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada
sutera." (22:23)
"bagi mereka upah yang tidak putus-putus." (84:25)
Selain menyebut frasa orang-orang yang percaya, terdapat juga sebutan berbunyi percayai Allah, seolah mengganti atau menjelaskan, yang berpasangan dengan membuat kerja-kerja baik . Di bawah diturunkan dua ayat bersabit:
"Pada hari Dia kumpulkan kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar." (64:9)
"Seorang Rasul dengan membacakan kamu ayat-ayat Allah yang menjelaskan, supaya Dia keluarkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dari kegelapan kepada cahaya. Sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Dia akan masukkannya ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Sesungguhnya Allah sediakan baginya rezeki yang baik." (65:11)
Turut disebut ialah percaya kepada Allah dan Hari Akhir, sebagai penjelasan bagi maksud orang-orang yang percaya. Ayat yang direnungkan atas perkara tersebut berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:62)
Ayat itu disebut lagi di 5:69. Ia tidak perlu dipanjangkan di sini kerana sudah dihurai di halaman berjudul Ayat 2:62 dan Ayat 2:62 dan 3:85 seperti tersenarai di bahagian Perpustakaan laman web ini.
Bertentangan
Kembali kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik . Kekadang terdapat pada konteks ayat mengandungi frasa terebut suatu petunjuk kepada amalan-amalan yang bertentangan, yang menarik perhatian. Sebagai contoh diturunkan ayat-ayat berbunyi,
"Al-Masih tidak akan pandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa pandang rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombong, Dia pasti akan kumpulkan mereka kepada-Nya, kesemua mereka.
Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Dia akan bayar kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia menambahkan mereka daripada pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombong, merekalah yang Dia akan azab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong." (4:172-173)
Pada ayat-ayat itu, menurut pendapat penulis, amalan yang bertentangan atau yang tidak dilakukan oleh orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik adalah:
memandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah dan menyombong
Selanjutnya terdapat beberapa ayat lagi yang menunjukkan amalan-amalan yang tidak dilakukan oleh orang-orang berkenaan, dan mereka disenaraikan seperti berikut:
tidak percaya kepada ayat-ayat Allah:
"Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami
pasti akan panggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus
kesemuanya, Kami tukar dengan kulit-kulit lain, supaya mereka rasakan azab. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
Dan
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
Kami akan masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir
sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di
dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan Kami
masukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya berlimpah." (4:56-57)
sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini dan
tenteram padanya, dan
lalai daripada ayat-ayat Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan
Kami, dan yang sangat puas hati dengan kehidupan dunia ini, dan tenteram
padanya, dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat Kami, Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Api, kerana apa yang mereka
usahakan.
Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
Pemelihara mereka akan beri petunjuk kepada mereka kerana
keimanan mereka; di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam
taman-taman kebahagiaan." (10:7-9)
tidak tegakkan muka (kehendak) kepada agama
yang betul dan
tidak percaya:
"Maka tegakkanlah muka kamu
kepada agama yang betul, sebelum datang satu hari daripada Allah
yang tidak dapat dikembalikan; pada hari itu, mereka
dipisah-pisahkan.
Sesiapa tidak percaya, maka atasnyalah
ketidakpercayaannya; dan sesiapa buat kerja-kerja baik , maka
untuk diri-diri merekalah mereka buat persediaan,
Supaya Dia
membalas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik daripada pemberian-Nya; Dia tidak suka orang-orang tidak percaya." (30:43-45)
pakai hadis yang menghiburkan, sesatkan daripada jalan Allah,
ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan serta
berpaling daripadanya:
"Antara manusia, ada yang
membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan
Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan;
mereka itu, bagi mereka, azab yang hina. Dan apabila ayat-ayat Kami
dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombong, seakan-akan
dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka
berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
bagi mereka Taman-Taman Kebahagiaan." (31:6-8)
berusaha untuk membatalkan ayat-ayat Allah:
"Supaya Dia
balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia. Dan orang-orang yang
berusaha
terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - bagi mereka, azab
kemurkaan yang pedih." (34:4-5)
buta dan buat jahat:
"Tidaklah
sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang
yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan orang
yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati." (40:58)
sekutukan Allah, tidak beri zakat, dan tidak
percaya kepada akhirat:
"Katakanlah, 'Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku
diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya,
dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang sekutukan, Yang tidak beri zakat, dan tidak percaya kepada akhirat. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
dapat upah yang tidak putus-putus.'" (41:6-8)
zalim:
"Kamu lihat orang-orang
zalim dalam ketakutan daripada apa
yang mereka telah usahakan, apa yang akan jatuh kepada mereka;
tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , adalah di
padang-padang yang cukup pengairannya di Taman (Jannah); apa sahaja
mereka hendaki, mereka dapati di sisi Pemelihara mereka;
itulah pemberian yang besar." (42:22) dan,
tidak percaya Kitab dan sekutukan Allah
"Orang-orang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya;
mereka itulah seburuk-buruk makhluk. Tetapi
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
mereka itulah yang terbaik daripada makhluk-makhluk," (98:6-7)
Demikianlah amalan-amalan tidak dilakukan oleh orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , atau amal salih.
Buat Baik
Lagi dapatan mengenai orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik (salih). Amalan tersebut didapati dikatakan juga amalan baik (diterjemah daripada kalimat ahsana). Ayat yang mengandunginya berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik." (18:30)
Sehubungan itu, sebuah artikel telah ditulis (berjudul Buat Baik) mengenai amalan baik seperti yang disebut. Di dalamnya terkandung senarai amalan-amalan itu, dan di sini diturunkan pula tetapi diringkaskan sahaja supaya bersesuaian dengan tajuk di sini iaitu amal salih. Senarai tersebut dicatat di bawah:
nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, menahan kemarahan, maafkan
manusia, apabila lakukan kesumbangan atau menzalimi diri-diri sendiri
mengingati Allah, dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka -
3:133-135
pergi berperang -
9:120
berjuang untuk Allah, diberi petunjuk pada jalan-jalan-Nya -
29:69
percaya, dan tidak campuradukkan iman dengan kezaliman -
6:82-84
seru
kepada Pemelihara dengan rendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh
harapan, dan tidak mencabul, tidak buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan -
7:55-56
menyeru ke jalan Pemelihara dengan kebijaksanaan dan
teguran yang baik, dan berdebat dengan cara yang lebih baik, dan apabila
membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang ditimpa, dan sabar -
16:125-128
solat pada dua tepi siang, dan awal malam, dan sabar -
11:114-115
jadikan ayat-ayat al-Kitab petunjuk,
lakukan
solat, dan beri zakat, dan yang yakin akan akhirat - di
atas petunjuk daripada Pemelihara mereka -
31:2-5
bertakwa dan sabar -
12:90
lakukan korban semasa Haji
untuk mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri
-
22:37
tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan, tidak menyombong -
39:58-59
menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan - 53:31-32
Amalan Lain
Amalan percaya dan buat kerja-kerja baik selanjutnya didapati dipadankan dengan beberapa amalan atau sifat lain pula. Amalan-amalan tersebut adalah:
lakukan solat, dan beri zakat:
"Orang-orang
yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
dan lakukan
solat, dan beri zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara
mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka
bersedih." (2:277)
merendahkan diri kepada Pemelihara
mereka:
"Tetapi
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
dan merendahkan diri kepada Pemelihara mereka, mereka itu jadi penghuni-penghuni Taman; di dalamnya tinggal selama-lamanya." (11:23)
mengingati Allah dengan banyak, serta
menolong diri-diri sendiri setelah dizalimi:
"Kecuali
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri
mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang buat kezaliman pasti akan tahu di mana tempat balik yang mereka akan
dibalikkan." (26:227)
percaya kepada apa diturunkan
kepada Muhammad (al-Qur'an):
"Tetapi
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia
adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan
mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan
mereka." (47:2) dan,
saling
berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar:
"Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk
sabar." (103:2-3)
Ayat mengenai sabar (dengan percaya dan kerja-kerja baik ) ditambah dua lagi iaitu:
sabar untuk mendapatkan ganjaran Allah:
"Maka dia keluar kepada kaumnya
dengan perhiasannya. Orang-orang yang hendak kehidupan dunia
berkata, 'Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun
diberi! Sesungguhnya dia seorang empunya peruntungan yang besar.'
Tetapi
orang-orang, yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata,
'Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang
percaya, dan buat kerja-kerja baik ; dan tiada yang
akan menerimanya kecuali orang-orang yang sabar.'" (28:79-80)
sabar serta tawakal:
"Dan
orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
sungguh, Kami akan tempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di
Taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal
selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal, Orang-orang yang
sabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara
mereka." (29:58-59)
Namun, amalan paling bayak disebut bersama percaya dan buat kerja-kerja baik ialah bertaubat. Di bawah ini diturunkan lima ayat:
bertaubat daripada
sia-siakan solat:
"Kemudian menggantilah selepas
mereka pengganti-pengganti yang sia-siakan solat, dan mengikuti
hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan temui kesalahan, Kecuali
orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik ;
mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan mereka tidak akan
dizalimi sedikit pun," (19:59-60)
bertaubat - akhirnya dapat petunjuk:
"Sesungguhnya
Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan
buat kerja-kerja baik , dan akhirnya dapat
petunjuk." (20:82)
bertaubat - kejahatan ditukar kepada kebaikan:
"Kecuali
orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka itu, Allah akan tukar
kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih." (25:70)
bertaubat - benar-benar bertaubat kepada Allah dalam
taubat:
"Dan sesiapa bertaubat, dan buat kerja-kerja baik , dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam
taubat." (25:71) dan,
bertaubat - orang beruntung:
"Tetapi bagi
orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , mudah-mudahan dia termasuk orang-orang beruntung." (28:67)
Maka dengan itu orang-orang mukmin, iaitu yang percaya dan buat kerja-kerja baik , atau amal salih, lelaki atau perempuan, hanya beramal untuk memuaskan hati Allah, dalam kesyukuran atas rahmat yang dikurniakan-Nya kepada mereka. Dan mereka tentu berlumba-lumba dalam mengerjakannya serta bertaubat.
Allah disanjung!
Penulis
Bacaan
28 Mei 2011
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman